Wednesday, November 4, 2009

BILA CINTA ZED DI TOLAK...

Hulu Langat. 11am. Janji melayu call time bagi aku pukul 11am tapi pukul 1pm pun belum start shooting lagi, elok la tu amalkan lah selalu main dengan masa. Tukar sikit peribahasa bukan masa itu emas, tapi masa tu menunggu korang je. Hi assalamualaikum, wah.. lama betul aku tak bagi salam dalam blog aku ni. Hmmm.. sori la kepada korang semua, bukan aku tak nak update tapi saja aku biarkan sejuk sikit blog aku ni, sebab aku nak buang yang keruh ambik yang jernih. Sekurang kurangnya takde lah orang cakap yang blog aku naik rating sebelum ni disebabkan kontroversi, ye dak? Biar aku bermula dari bawah balik sebab aku buat blog ni adalah untuk aku berkongsi dengan siapa sahaja yang nak berkongsi dengan aku, bukan nak kontroversi.

Sebenarnya korang tau tak? Dah berbulan bulan aku tak update blog, macam macam berlaku pada diri aku, tak kira la dari keje, peribadi dan apa apa saja lah pasal diri sendiri. Sebenarnya aku dah fed up! dengan kehidupan aku ni, terasa nak lari jauh dari Malaysia, bertapa dalam gua kat Mongolia lagi bagus rasanya. Aku nak Tanya korang, korang nak dengar cerita mana dulu? cerita sedih dulu ke? Cerita gembira ke? Atau cerita so so je dulu? Hmmm... aku tau macam mana nak susun jalan cerita aku ni.

Macam ni, aku cerita yang so so dulu. Aku ni baru balik dari esplanade Singapore buat teater impak maksima muzikal. Aku suka penonton di singapura sebab diorang supporting buatkan aku teruja bila berlakon kat stage sana, yang mana tak dapat kawal diri tu belakon over sampai boleh Nampak kepoyoaan ooooo.... Aku masih teringat ayat ayat Singapore yang aku bawak “lu releks sua.. guaa ade surprise untuk lu”, “member lu kental sia..” Huh! Stylo la...! hehehe... terima kasih kepada penari Singaporean yang mengajar aku ayat ayat Singapore, lu all girek seh!.. sekurang kurangnya pelakon, penari, back up singer, pemuzik, istana budaya, global network, excellent picture buat yang the best untuk Malaysia. WELL DONE! Eh.. lupa plak tajuk asal.. balik dari esplanade aku terus shooting dengan drama baru SLOT LAGENDA, NENEK KEBAYA, setiap isnin hingga khamis 4.30pm TV3 dan ulangan plak pada pukul 8.30pm TV9 so jangan lupa tengok ok.

Berlakon drama ni aduh... aku tak tau la, apa masalahnya macam macam berlaku sampai aku boleh menyirap pulak bila jadual tak disusun dengan betul. Appointment aku banyak cancel last minit, panggil aku ikut sesuka hati, apa punya keja la ni. Tapi bila aku ade buat silap sikit je, diorang pandang kesalahan aku ni macam besar gila padahal diorang tak cermin diri sendiri, nilah masalah bila berkerja tak professional. Diorang Cuma fikir bila diorang tunggu aku? Tapi ada diorang fikir bila aku tunggu diorang pulak? Kalau nak ikutkan nisbah menunggu ni aku menunggu diorg 20 kali, diorang tunggu aku sekali je 20:1 ,macam tulah perumpamaannya. Aku tak dapat nafikan buat drama ni macam macam masalah teknikal berlaku, ada kematian, ada masalah takde suara, ada yang sakit mata semua ni berlaku dalam drama NENEK KEBAYA, aku terasa macam ada tidak kena, macam satu sumpahan oleh NENEK KEBAYAN plak. Adesss...

Ok, cukup untuk cerita yang so so je, sekarang ni aku nak cerita korang cerita sedih aku plak. Kalau la korang pengikut setia blog aku ni korang mesti pernah perasaan yang aku dah jatuh cinta dengan gadis yang bernama 01011983. Fuh... sedih ni.. nak nangis ni..sob.. sob.. ishh.. hmmm.. ok la.. camni ceritanya, aku dah berkenalan dengan gadis ni melalui facebook. Kenal dia lama dah Cuma tak bersua muka je, asal nak jumpa je mesti ada ada halangan, dia pulak kerja selalu over sea aku pulak keje tak tentu masa nak jumpa punya la payah.

Nak di jadi kan cerita, aku jarang nak mintak no phone pada gadis yang aku minat melainkan kalau dia nak bagi, tapi aku ni penunggu yang setia tetap menanti bila ada peluang. Malangnya... sebelum ni dia pernah call handphone aku, dia call aku pakai phone umah, aku tak angkat kebetulan pulak aku sibuk dengan teater di Singapore, sampai la...baru baru ni dia msg aku dari luar Negara pakai handphone dia, disitulah aku terasa gembiranya hati aku akhirnya aku dapat jugak no handphone dia.

Aku terfikir, hmm.. mungkin jodoh aku dah sampai, sejak aku dapat no dia aku selalu bersms dengan dia, tapi rasa musykil sebab bila aku call dia tak angkat, mungkin dia sibuk dengan kerja dia aku tak mahu mengganggu dia sangat jadi, aku dah tak call, aku bersms je dengan dia. Dia seorang yang caring, penyayang, bertanggungjawab, lucu, dan very komited dengan kerja. Itu lah, yang aku Nampak bila aku bersms, ym dan bermsg di facebook dengan dia, ini satu pandangan aku terhadap dia. Aku gembira dengan dia, aku rasa aku serasi dengan dia, mungkin inilah jodoh aku! Ya jodoh aku! Terima kasih! kerana perasaan cinta aku akan berputik kembali setelah 6 tahun mencari cinta.

Satu hari dia tergerak hati nak bagi tau pada aku, mengenai satu pekara penting katanya. Mengenai hubungan aku dengan dia. Aku rasa dia mungkin keliru, tergesa gesa membuat keputusan, dan tuhan yang menentukan jodoh. Dia takut nak meluahkan pada aku apa yang dah terjadi, takut aku tak dapat terima kenyataan, mungkin fikirannya memikirkan aku ni akan hilang perasaan terhadap dia sebagai seorang kawan. Aku bukan macam tu, AKU ADALAH AKU!, aku selalu berfikiran POSITIF walaupun sakit menyerang hatiku. Dia bagitau pada aku yang dia... yanggg diaaaa... dah bertunang bulan lepas, tuhan saja yang tau perasaan aku bila aku dengar semua tu. Aku terasa kalau la awal 1 bulan aku dapat berjumpa dengan dia, kalau la aku dari awal lagi dapat no phone dia, semua takdir ni akan berubah, tapi apa nak buat benda dah jadi kita redha je...

Berita gembira pulak... korang tau tak blog aku zedzaidi.blogspot.com ni dapat pengiktirafan oleh suratkhabar . Aku dapat offer 1 kolum dalam 1 ruangan paper diorang just for me! untuk berkarya dan bercerita pasal industry seni di Malaysia. Fuhhh!!! Aku berbesar hati dengan tawaran tu. Tak sangka pulak blog yang aku buat main main ni, boleh di terima oleh korang semua dan pihak pihak yang lain THANK U GUY’S!!. Paper apa? Sain kontrak dulu baru aku kasi tau jadi, TUNGGU!!!!

Dan kesedihan dalam kegembiraan aku ini terubat apabila cubaan untuk jatuh cinta dengan 01011983 bertukar no ke 14091986 pulak. Yang ni lebih mencabar masih dalam proses Cuma aku takut terlepas peluang lagi macam sebelum ni, semuanya gara gara aku ni yang lambat bertindak ceh! Lambat betul aku dalam soal cinta. OPSS!!!... bukan lambat, tapi pemalu nauzubillah.. Cuma mak aku dah tuhan saja yang tau hehehehe...

Kepada peminat peminat teater yang belum tengok teater cuci the muzikal boleh la pegi tengok masih sempat lagi.. sebab tarikh diorang habis 8 november ni di istana budaya. Cerita dia kewl.. sebab membariskan pelakon yang popular dan hebat, cerita macam mana dalam filem Cuma di garapkan dengan muzikal dan dance, kelebihannya main panjat panjat cuci bangunan. Yang Nampak uniknya bila scene haris iskandar nak putuskan tali diorang yang tengah cuci bangunan scene hans dan ac mizal. Yang paling romantic bila hans naikkan mesin yang pencuci tu dengan vanida imran sambil menyanyi atas mesin tu... so romantic WOW! J dan yang paling best watak adflin yang lucu bertukar ke sedih, ac mizal over over cute cute, dan awie sangat lucu dan terhibur. Mereka semua pandai bermain dengan penontot dan perjalanan cerita biasa dengan journal komedi. Sekurang kurangnya aku berbangga sebab IMPAK MAKSIMA MUZIKAL TEATER menjadi teater pertama di Malaysia sebelum cuci. BANGGA DO..

"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)

56 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

woaw! lek lu bro. jangan gopoh gapah! hehe. macam2 cerita yang terkumpul ni. sekali cerita, keluar semuanya. tapi apa2 pun, gudluck with ur new lover.

princess dla said...

gud luck zack...grab the chance ok dude...hehe...insyaallah ada jodoh xkemana kan..

.:Fathiha Zainal:. said...

Tuuu dia! Keluar sume cite. Hehe.. Kisah mencari cinta.. Hurmm.. Kalau la kan.. Tapi, ape2 pun yg terjadi mungkin ada hikmah di sblknye. Bersabar je la.. Anyway, gdluck for watever u'll be doing ya! May Allah bless U..

*Menanti updates yg sterusnya. =)

Anonymous said...

i sgt2 menanti u update blog u ni..lamanye menghilang.. anyway i ni 25121987..heee...
gurau2 je

kisshugkisshug said...

hello zac..
hahaha
u r so funny yet sounds kerazy..
gues wut..
dun have to rush on these love thingy..
it will comes naturally..
anyway,kawen jemput i tau!
oOOoOoO
hahahaha
my bday is 280686...aw!
im so over

Ann said...

zed ni pemalu ker..haha baru taw...ala zed, kalo ade jodoh ade la...(ayat memujuk ni ar..hehe)

anyway, i like ur acting dlm 'kurnia' la..kelakar ar watak zed dlm tu..

aku lak..25061984..hehe

Aweks said...

Zed, lelaki pemalu akan selalu terlepas peluang tau. At least, jangan malu dengan orang yg kamu suke kalau dah tak boleh ubah sangat sikap pemalu tu. Siyes. Terlepas peluang.

Siti Nor Aisyah Bt.Rahman said...

hahaha, zed.. klu dah mlepas tu xde jdoh la.. n usah dkco lg tunang owg.. bhy.. huhu.. sal korg nk bg no2 ni semua? aku.. nah.. 121212.. hahah.. blom lahir lg taw? haha.. xnk aku.. setia tu penting.. wink2!~

thetalkingsnail said...

waa..tahinah2!!bertambah gelamer la ko pas ni.bagus2.keep up the good work.updet le blog.best bace blog ko.

NaNa said...

Salam...

Wah muda2 sungguh pilihan hati..pe pun..jodoh di tangan tuhan..hrap2 jumpa ye jodoh kamu..dn last rajin2 laa update blog..

sharQ_in said...

la..jejaka pemalu rupnenye mamat ni..:-)

surney hasniey said...

Berdoa je untuk yang terbaik dalam hidup kita. Jodoh tu kan ketentuan Allah s.w.t. Mungkin ada hikmah kamu lambat bertindak.

Tak sempat tengok Impak Maksima The Musical aritu..rasa rugi plak..huu..

Btw, masa tu memang sangat2 penting kan...(^,^)

Rini Anthony @ odu siambah said...

Salam blogger n salam satu malaysia......iskkk tak sangka betul ke zed yang tulis semua nie....kelakar habis and fuhhh hebat gila u nie kannn....ok saya dah tonton nenek kebaya baru2 nie.... oleh kerana baru lagi tak dapat lah komen banyak sangat....hehehe walau apa2 pun teruskan usaha anda semua.Saya juga akan terus menyokong zed ok dan biarkan lah mereka yang tak menghargai masa tuuu asalkan kita jangan jadi macam mereka2 keyyy

Dyea said...

Zed...senang2 U kawen jer ngan pilihan mum U....

Takpun...meh jadik BF I...huahauhauahau

de_are_na said...

wah2..banyak sangat citer kali neh..
sampai tak tahu nak komen yang mana satu..
hurm k..

pasal kolum dalam newspaper tu..congratulations!

pasal menunggu/masa tu..hurm..biasa la tu..tapi apa yang penting kita kena banyak bersabar k..bukan apa..kadang2 ada hikmah kalo jadi penyabar neh..kebaikan kita pasti akan terbalas k..

pasal ur love..hurm..jangan di kenang sangat 'kalau kenal lebih awal' tapi lebih baik pikirkan pasal perkara itu mmg takder jodoh..andai kata kenal lebih awal pown..kalo dah mmg takde jodoh..mmg takkan jadik jugak..tpai andai kata kenal lambat pown...kalo ada jodoh..tetap menjadi..selalu la berdoa agar jodoh di dekatkan yer..huhuhu...

pasal ur new love...hurmm 1987..wah2 anak2 muder remaja tu..hahaha..apapun..all the best...

untuk semua bidang..sayer nk ucapkan all the best...suker sgt tgk Zed Zaidi berlakon..sangat kewl..huhuhuh...wishing u all the best in whatever u do..

ateeq kapcai said...

x pe la abg zed.. tabah je la..

Lala said...

ciannye...xpe..abg zed cube plak dgn yg baru selepas yg lame bertunang...bunga byk abg zed...tapi abg zed kene la cpt2 bertindak...takut terlepas kat tgn org lain pulak kali ni....'
chaiyok2!!!

chek yanna said...

sabo jer.... mungkin de hikmah tu..
n congrat la abg zed sal blog dpt masok paper...
semyum2 je..

cellenna86 said...

hehe.. lawak2 btul bc blog en zed ni.. =D bgsla tu maka cpt2 la skit msk jarum ni.. kdg2 org perempuan ni kalu dia suka pn kat lelaki tu dia xkan buat apa2 .. almaklumla malu kan.. =D tp lg 1 xde jodoh.. huhuhu..

k apa2 pun .. be the best.. sbb sy suka tgk lakonan en zed n tmbh2 buat kuiz kt fb leh lak dpt en zed kekeke.. n gud luck dgn gadis tersebut n others things.. ganbatte ne~~~~

Haniza Sulaiman said...

Tahniah bro, coz diberi peluang untuk berkarya di Akhbar..
Tang Cinta tu....Ada jodoh x ke mana....sekurang2nya dia beritahu gak hal sebenar...
apa2 pon gud luck for ur new life bro..

:: StItCh :: said...

adoii!! bro..lau skali memblogkan diri..
bermcm 'ramuan' tercampak lam resepi nih..
heeheheh3...congrats bro!!..tuk kerjaya+khdpan bro...apa eks...?psl jodoh tuh..byk2 kan doa+istiqarah..okiesh!..~cinta+syg sesuatu yg ajaib!! semuanya dh d aturkan oleh ALLAH..k..
jg diri bro! kerja2 gak..kesihatan kene jaga bro.. :)

Al Quds Travel said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

najwa said...

bagus la lu zed....xpe..jgn paksa diri...

tp wa prsn kn...lu suka guna birthday kn?
sape la budak tu...beruntung la dia..
dh la lu pndai urus umah..pembersih..
senang sape dpt...
dia pn msti suka kt sifat2 lu nnt...

hehehehehehehe....

klu jd la ngan budak baru tu...
wa doakan yg terbaik buat lu..
sbb wa pn lm dh follow up pkmbngan lu...
heeeeee......

rose said...

betul tu zed ikut je pilihan ibu memang berkat!

Anonymous said...

u tak letih ke?

Rara said...

hihi. meh couple dengan i je senang wakakakakkaka :D

Nurul said...

Assalamualaikum,best laa cerite abg.Terperanjt ade geram ade mcm2 laaa...ape2 pon abg kene percaya bahawa jodoh itu ada pada semua org.X kira la slow/fast.Klau abg dah jemu pilih girlfriend sendiri suruh jee mama/ayah abg carikan...klau abg nak laa...nyway saye suka gaya rmbut abg dlm IMTM kat Singapore tu HANdSOME habis laaa.

cujen said...

kita serupa.....ehheheheh...
rupanya bukan senang nak mencari cinta ni kan... lagi2 bila dah terasa umur cam dha lajut... tengok kengkawan sume dah kawen and ada anak.. kita ni dok terkapai2 lagi.. haih...

minah nomad said...

haha..1st time dpt komen artis..n cite plak cite yg agak meletop kalau masuk melodi..hehe kena bgtau abg nas nie suh dia terjah siapakah gadis itu..jeng jeng jeng

cik peah said...

haha..baru tahu zed zaidi ni pemalu rupenye..tapi dpn kamera xmalu plak..:P

Anonymous said...

kesian lak dgr... tapi cepatnya dpt penganti...

LaDy Bit said...

"01011983 bertukar no ke 14091986"
~camne eh nak selesai kan teka teki zed ni
~waduh2..
~semoge zed mendapat jodoh yg baik
~kalo desperate sgt meh aku carikan calon
~ne tao secocok..hahaha~
~nyway, zed mmg da bakat dlm penulisan..

Anonymous said...

zed..cite kite hampir serupa.. tp sy side pmpn la.. sy pnh rapat ngn someone.. kalau nk diikutkan sy mmg suke kat die.. tp masalahnye bile sy dah bertunang baru die ckp yg die suke kat sy.. ye la.. xkan sy pulak nk kene declare perasaan kat die dlu kot.. sbb sy pmpn... bg sy sbg seorang pmpn, xnk mengharap even serapat mane pun die dgn sy..n sbg lelaki pulak, jgn malu utk berterus terang kalau dah suke... okey... peace...

Aety Teja said...

bro, klau jodoh x ke mana. yang penting ada usaha. Allah Maha Mengetahui.

p/s : pandai cakap orang tapi saya pun sama gak.. hu hu..

(*v*)

Anonymous said...

cita2 tanpa usaha sia2 bro..cinta tanpa cita2 buang masa..cinta lahir dr ketentuan Illahi tp Dia beri kita masa dan ruang tuk mencari cinta..so bl dh de, kita kena usaha tuk dapatkannya..kdg2 cinta yg kita cari tu depan mata jer..so, sayangilah peluang yg ada...


***16031983***

ZihNuN FaTiN said...

pe pn, sy doakan yg terbaik buat zed...

jodoh itu pasti..teruskan semangat anda!

thumb up!=)

Aja said...

hehe..boleh plak guna number...kalo 14091986 tu tak jadi gak boleh lah i jd pengganti..i nak u mention my name as 1556583 bole? hehe...jgn marah gurau saja..
satu je nk bg u semangat:
"Allah mungkin melambatkan jodoh kita kerna dia memberi kita peluang yg lebih untuk mencari dan memilih pasangan kita. Bersyukur kerna diberi peluang yg lebih daripada org lain yg diberi peluang yg singkat saja."

:)

ctlinda said...

tahniah atas kejayaan yg diperolehi...tabahkan hati hadapi setiap dugaan yg dihadapi..ingat setiap dugaan ada hikmahNya...

zam said...

uiks..salam zed..
jangan sedey2..nanti jodoh sampai maa..
mude2 gak aweks yg ko cube menekel ni ahaks..
kelaka pakai DOB diorg..macam cite turn left turn right (takeshi kaneshiro & gigi leung) lak..tapi diorg pakai student number..ingat nombor je,name tatau..hhaaha
okla..wish u all da best..insyaAllah. :)

~ aRora_aTeh~ said...

^_^

takpe...
menyintai tak semestinya dapat memiliki...

usaha lagi....
huhu

Ellanna Bernard said...

adoiyaii~ mmg pelbagai flavour la entri abg zed ni, xpe la, ni semua school of life, pelajaran dalam kehidupan yg kita perolehi melalui pengalaman..anyway, all the best for everything k!

puterigunungjerai said...

wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik,dan jika dia tidak diciptakan untuk mu,anggaplah dia bukan yang terbaik untukmu..kerana dirimu terlalu baik untuknya...

nur dalilah said...

wah3x...
tak nak ckp bnyk...
ringkas je..
hidup ni kan msti d ambil n d pandang dr sudut yg mudah...tak perlu menyesakkan nafas.sebenarnye,ape yg kite nak dlm hidup,sesuatu yg tak menekan kite n anggap sume perkare bleh d selesaikan dgn mudah...Dan yg paling penting,ingat ALLAH slalu.susah senang kite,ALLAh yg mengetahuinya...So,luahkan pdNYA

Anonymous said...

Anggap jer xderjodoh..InsyaAllah,one day,sinar kebhgiaan akan tiba jua..All the best :)

eZZan said...

teruja bile zed dh update blog.lame dh tnanti2.huhu..
mcm2 cite ader, wat kiter turut cedey, tcenyum,kdg2 mcm nk tgelak dpn pc.hehe.. ur blog really cheer up my life lah..

keep up d god work,zed..focus in what u do,then u'll get what u want.. InsyAllah..wink

cik fiza said...

kadang2 ape yg kita suka x sume kita akan dpt.. kita merancang tapi... Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita... :)

Anonymous said...

komen awek2 kat atas ni nmpak hipokrit sket la. mungkin ade selit harapan zed zaidi jenguk blog takpun fb dan naseb mereka brtukar menjadi "awek2 berANGKA" n jd bahan tulisan blog zed. kn?? kn??? pasni mesti ramai yg menafikan,, da tau dahh

Anonymous said...

ha'ahh la.. baru perasan. macam ade motif lain.. zed, baik kau berhati2

husna said...

waah... agak lah sedih membaca luahan saudara dalam blog...apa2 pun good luck lah...semoga berjaya dalam pencarian....jgn tersilap langkah sekali lagi.....

fatihah... said...

tahu x knp cinta kamu ditolak...
kerana gadis itu bukan aku...

zie said...

i ade tengok cite nenek kebaye..wah,u punye jelingan mase detect kelainan kat pak cik driver tu mmg mantap aarr...haha

MiSs PaTheTiC PoEt said...

waaaaaaaa untungnya dpt column sendiri kat newspaper..itu adalah impian ku huhu..btw all the best dlm perjalanan cintamu itu hoho

Anonymous said...

la....gune no bufday ker.....baru aku perasan....huhuhu....sy br tgk cite nenek kebaye tu....best gak....so ni 1 time sy msuk blog ni.ble komen ker.....xyah tgu abg zed kate ok.sy komen jer.....
ape pun abg zed,jodoh sume di tgn tuhan.cume nk tgu cepat ngan lmbt jer jodoh tu.sy pasti jodoh tu ade untuk setiap insan.....pastu abg zed jgn la terlalu cpt jth cinte ngan seseorg.kenal la dulu hati budi ngan latar blakang die dulu......ni tup tup tau dier da betunang....x ker hancur berkecai hati tu.....ok bro.....
ape pun lu mmg best bro....all the best k.....

FaRaH AiN said...

hoho.
lepas ni pengunjung blog no bpe lak?
ahaha

Anonymous said...

love is mystery...
discovery will make you believe..

ErinZ Site said...

Salam..

:: Bro...semoga cepat anda bertemu jodoh...tahniah atas tawaran untuk ruangan kat paper tue...Ada bakat menaip dan menulis..keep it up ::

Post a Comment