Friday, November 6, 2009

ZED ZAIDI ACCIDENT?

Pelakon terbabit nahas mautOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimanbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana salah faham berhubung artis terkenal tanah air bernama `Zaidi’ yang didakwa melanggar mati seorang penunggang motosikal, pelakon Zed Zaidi turut terheret dalam teka-teki berhubung kemalangan ngeri awal pagi semalam.Zed Zaidi (gambar), 29, yang dikaitkan dengan kemalangan maut di Lebuh Raya Lingkaran Tengah berhampiran Batu Caves di sini, menafikan kereta BMW yang terbabit kemalangan itu miliknya seperti diperkatakan.Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil turut menafikan berada di lokasi kejadian selain mendakwa maklumat yang mengaitkan namanya itu tidak tepat sama sekali.Bagaimanapun, misteri identiti artis berkenaan terjawab apabila polis mengesahkan artis berkenaan adalah pelakon Zaidi Omar, 48, bukannya Zed Zaidi.

Zaidi Omar yang kini aktif dengan ceramah keusahawanan e-dagang bersama pelakon dan penyanyi, N D Lala didakwa menjadi `mangsa keadaan’ apabila gagal mengelak sebelum merempuh motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pelakon berkenaan dipercayai gagal mengelak sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang secara berbahaya dengan melawan arus.Sumber polis berkata, ketika kejadian pelakon terbabit yang memandu BMW bersendirian melanggar mangsa di Kilometer 7.3 Lebuh raya Lingkaran Tengah (MRR2) dari arah Kepong menuju bulatan Batu Caves, Gombak di sini.“Pelakon berkenaan yang memandu di lorong laju dipercayai gagal mengelak sebuah motosikal yang ditunggang melawan arus sebelum berlaku pelanggaran kuat. Akibatnya, penunggang motosikal berkenaan tercampak ke arah cermin hadapan kereta menyebabkan cermin hadapan sebelah kanan kenderaan pecah.“Penunggang motosikal berkenaan kemudian melambung pula ke tengah pembahagi jalan sebelum mati di tempat kejadian.

Motosikal mangsa turut diseret kira-kira 50 meter,” katanya.Mangsa dikenali sebagai Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, dari Tumpat, Kelantan.Zaidi yang menyedari kehadiran wartawan cuba mengelak gambarnya diambil dan bergegas meninggalkan lokasi kejadian.“Zaidi cukup terkejut dengan kemalangan itu yang pastinya menyebabkan dia trauma seketika kerana tidak menyangka terbabit dengan kemalangan maut,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.Wartawan Harian Metro gagal menghubungi telefon bimbit Zaidi Omar yang juga pelakon filem `Perempuan, Isteri dan...’Difahamkan pelakon yang sinonim dengan watak lelaki budiman itu sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar di sini, semalam.Susulan itu polis trafik meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis trafik Jalan Bandar.

nevers i.... :P - zed zaidi

30 comments:

sweet.ants said...

bkn eksiden tp penyebab eksiden..oh no~
i x rela u di apa2kan..hahha ecehs

adyhollowgurlz said...

uuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhh...
terkejut sye

Rini Anthony @ odu siambah said...

Salam..... isssisssiss itu lah yang dikatakan malang tak berbau, bala tak menentu dan dugaan yang menimpa nie takkan memilih nama,tempat,keadaan dan masa... ada2 aja cubaan. syukurlah zed tak apa2 dan minta2 terus dijauhkan dari segala masalah dan perkara yang buruk. DOakan juga saudara zaidi Omar dan keluarga mangsa dapat melalui musibah ini dengan tenang dan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik.

::ms norul:: said...

sabo je la..

HAWA said...

syukur bukan zed zaidi...
takziah kepada yang terlibat...

HALAMANKU said...

syukur...tapi takziah kepada yang terlibat.. berjaga sebelum terkena...namun ader rahmat setiap apa yang berlaku...wani'azubillah...

farrahin zulfarid :) said...

gosshhh..
sek bek zed x pape... (:(:

ROHAIFI AZRI said...

biasela bro. salah faham...
semoga bro selamat dan terelak dari malapetaka... may Allah bless u & bless us...!

Orchid said...

ai dah agak bukan u..ssb laporan akhbar mengatakan artis tuh dah berusia..takan u kan..u masih muda ma..;)

Biasa ler org sekeliling cepat membuat andaian sebelum diselidik..tk gitu?..ape2 pun syukur alhamdulillah bukan u yang menjadi mangsa..cuma u menjadi mangsa nama yang hampir bunyinya ada persamaan.

ainrahman said...
This post has been removed by the author.
azyan said...

nsb baik bkn zed zaidi

manlukeman said...

hampir juga tertipu semalam..

Al Quds Travel said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

najiahtul said...

hhii...i always keep following your blog...
don't hesitate to visit mine...
it's a great pleasure if u're following...

Anonymous said...

i pun neves!

takblehtido said...

owh..baru tau pelakon mane yg paper ckp tu..hehe..
seb baik bkn zed zaidi..

Anonymous said...

sepupu kwn aku yg meninggal tu...kwn aku ngah exam time tu punyela bergegas nk ke KL...seb bek sempat amek exam...

fatihah.. said...

salam... semasa aku dgr berita 2 pun... memang aku ingat kamu... alhamdulillah cuma salah faham...

NAJIAHTUL SYAFIQAH ISMAIL said...

hhhiii..nice&interesting blog...i'm following urs...don't hesitate to visit my blog and it's great pleasure if u following mine too...
btw...take care of ur health!!

pisang_busuk said...

hee...musti abg zed ckp dlm ati lega..bkn aku...hahaa

KA_KZ_EJ said...

naseb bek bukan zed,.. kalo x.............................................

ashamir said...

biasala salah phm bila sama nama ni..
by the way Zed, betul ke filem Perempuan, Isteri dan...tu shooting kat Batu Kapur..??

Anonymous said...

boleh camtu plak ek?

~ aRora_aTeh~ said...

''nevers i.... :P - zed zaidi''

tomey pulak last2 nih..
tehe

SejarahCintaMastura said...

waahhh... bahaya nye accident nih.. :-DD

Anonymous said...

thank God its not you~

faraa said...

uhh dasyat !

eZZAn said...

kalo c'gu BM bace report Zed ni, msti beliau bagi mark 99% sbb repot yg baek,mcm reporter.kurang 1% sbb last ader ayat "never i...;p"..hik3

smga kita semua dlindungi oleh NYA..

kingpahat a.k.a zaimi said...

sabar dengan ujian ini....pasti ada hikmahnya.

Mohd Azmi bin Mohamed Idris said...

anda pencari cinta yang betui keee????

Post a Comment