= TERKINI=
Perkembangan semasa..

AKU BARU CEK DI KELANTAN SEMALAM YANG AKU DARAH....

Assalamualaikum kepada semua. Hari ni aku tak nak berceloteh panjang sebab tengah sibuk dengan EVENT PENJELAJAHAN 1 MALAYSIA di seluruh pelusuk negeri. 3 zon, zon utara, zon selatan dan zon timur.. lebih kurang 100 artis seniman terlibat memeriahkan jelajah ini. Terima kasih kepada artis SENIMAN yg terlibat dan faham akan permasalahan tentang event yang kita buat ini dan aku juga minta maaf sekiranya ada yang terkurang dan terlast minit. Keputusan last minit akan memeningkan kepala semua orang dari orang yang HEBAT. Memang kalau kita rasa kita hebat, HEBAT KE KITA?. hmmm...

Ok hari ni.. aku nak bercerita mengenai DARAH, bukan DARA tapi DARAH. :) Semalam aku baru je habis event di kelantan WALK WITH ME with SULTAN KELANTAN. Sambutan terhadap kereta drift dan show drift dapat sambutan yang bukan biasa tapi luar biasa oleh orang yang biasa tapi HEBAT. Didalam kesibukan menguruskan event ini aku ternampak satu booth derma darah... aku terfikir... dan aku nak tahu APA JENIS DARAH AKU EH? hmmm... aku ni semua nak tahu lebih lebih lagi pasal diri aku, dan untuk pengetahuan korang AKU LEBIH KENAL AKU. Nak di jadikan cerita aku terus pegi ke booth setelah puas bergambar dengan RAKYAT KELANTAN DARULNAIM. Aku ingatkan aku ni tak di kenali rupa-rupanya orang kenal dan boleh dikatakan orang KENAL AKU, POPULAR tu takde la sangat.. tapi lebih 1000 orang jugak la bergambar dengan aku... itu baru anggaran, mungkin lebih. *Wink!

Bila aku di booth derma darah.. aku rasa berkobar kobar sebab nak tahu apakah jenis darah aku ni ye. cek punya cek pastu dia pakai ketip warna unggu ketip kat jari hantu, aku terasa macam kena gigit semut api yang TAK MATANG je ( ada salah eja tak? :P ) hehehe... ok pastu dia ambik sample darah aku dia test punya test pastu dia bagi jawapan yang darah aku ni JENIS O POSITIF. Korang tau tak orang yg berdarah O, dia seorang yang tidak kedekut sebab JENIS DARAH O ni boleh menderma kepada SEMUA JENIS DARAH yang lain, ini menunjukkan yang DARAH O, tak pentingkan diri sendiri dan DARAH O juga suka membantu orang yang perlu dibantu.

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah disukai. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O memimpin secara teliti sehingga ke akar umbi.
Siapa yang berdarah O positif?
ZED ZAIDI *WINK!


              ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!                      


Zed Zaidi Zed Zaidi Author

mStar Online : Seniman: Harun Salim Bachik Bakal Undur Diri

mStar Online : Seniman: Harun Salim Bachik Bakal Undur Diri
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat