= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Zed Zaidi @ Rozaidi Abdul Jamil Tawar Diri Calon Exco Pemuda Umno Malaysia


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Kenyataan saya hari ini untuk memperjelaskan kepada umum bahawasanya saya dengan rasa rendah diri yang bernama ROZAIDI BIN ABDUL JAMIL atau lebih dikenali sebagai ZED ZAIDI berhasrat menawarkan diri bagi CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Saya berharap pemuda-pemuda umno di 191 bahagian dan melalui 26 ribu ketua pemuda umno cawangan menyokong hasrat saya bagi mentransformasikan BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN dengan lebih mantap dan aktif sebagai alat propaganda yang berkesan bagi menghadapi persiapan PRU yang ke 14 nanti.

Insyallah.. berkat doa rakyat serta UMNO di seluruh peringkat memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pelapis bagi mewarisi parti suatu hari nanti dan selaras dengan gesaan Presiden Parti bagi meremajakan UMNO.

Prinsip saya... APABILA KITA INGIN PERGI KE PERJALANAN YANG JAUH, KITA KENA MULA DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA. Oleh yang demikian langkah ini adalah langkah yang pertama oleh saya sebagai anak muda yang berpegang kepada kepimpinan WASSATIYAH bagi perjuangan anak seni, sebagai rakyat dan mendukung perjuangan parti untuk mempertahankan AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR.

CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
ZED ZAIDI @ ROZAIDI BIN ABDUL JAMIL
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat