= TERKINI=
Perkembangan semasa..

ALAHAI ANUGERAH BINTANG POPULAR... AKU RASA....

Aku rasa Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP2014) yang melabuhkan tirai kelmarin terus menjadi acara pengiktirafan tahunan kepada selebriti tanah air termasuk artis negara jiran seperti Singapura yang diberi peluang sebagai calon.
Namun, selain penyampaian anugerah dan platform artis melaram, ABPBH 2014 juga tidak terkecuali menerima pelbagai komen dan reaksi daripada ramai pihak.
Sebagai peminat setia acara hiburan tanah air, aku sebagai pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tidak ketinggalan menonton acara berkenaan yang bersiaran secara langsung menerusi TV3.
Menerusi laman sosial Facebook dan twitter aku sendiri mengucapkan tahniah atas kejayaan Shaheizy Sam yang sekali lagi dipilih sebagai Bintang Paling Popular.
..
Namun, bila aku tengok penganjuran anugerah itu pada tahun ini seperti ada yang tak kena dan kebanyakan komen aku ni dipersetujui ramai pihak.
Aku gembira acara ini lebih telus berdasarkan banyak keputusan kemenangan yang mengejutkan dan di luar jangkaan berbanding keputusan pemenang pada tahun-tahun sebelumnya.
Cuma, Aku berpandangan suasana perjalanan majlis dirasakan kurang impak.
Apa yang aku nampak banyak masalah dan acara bercelaru kerana susunan pengumuman kategori anugerah berterabur secara tidak langsung menimbulkan kekeliruan kepada penonton.
Malah, penyampai anugerah sendiri ada yang nyaris tersilap mengumumkan keputusan kategori pemenang.
"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kita mudah menjangka siapa yang akan naik ke pentas dan mengambil trofi tetapi kali ini ada beberapa kejutan yang memang kita semua tidak sangka.
"Ini menunjukkan memang kemenangan itu betul-betul hasil undian peminat. Biar sekalipun ada pemenang yang memang belum dikenali tetapi mungkin artis itu cukup popular dalam kalangan peminatnya.
"Namun, sayangnya penyusunan kategori agak berterabur dan menimbulkan kekeliruan kepada kita yang menonton.
"Misalnya, jika diumumkan kategori Pelakon Baru Lelaki Popular, seterusnya mestilah untuk kategori wanita pula tetapi ia dipadankan pula dengan kategori lain.
"Bukan saja penonton yang keliru termasuk penyampai juga tersalah membacakan keputusan.
"Selain itu aku perasan ada percangahan info di mana pengacara menyebut acara kali ini masuk tahun yang ke-28 tetapi ada penyampai yang menyebut 25 tahun.
"Itu tidak sepatutnya terjadi dalam sebuah majlis anugerah berprestij sebegitu yang nampak macam tidak buat reheasal.
"Begitu juga, perjalanan anugerah kali ini juga hambar. Misalnya, dari segi persembahan, pada aku sendirilah ada yang kurang memberi impak dan membuatkan suasana majlis kurang meriah.
"Bagi aku pengisian persembahan juga penting dalam acara ini agar menimbulkan 'X factor' pada majlis tersebut.
"Hanya dua persembahan sahaja yang aku rasa cukup mencuri tumpuan kita iaitu Dayang dan Datuk Siti Nurhaliza berduet manakala penampilan empat penyanyi, Hazama, Black, Akim dan Lan (Typewriter).
"Rasanya impaknya akan lebih besar jika persembahan empat penyanyi ini diletakkan sebagai penutup majlis,"
Sekalipun penganjur mahu menampilkan pembaharuan atau kelainan, sebaiknya laksanakan dengan pendekatan yang jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya.
"Aku harap penganjur terbuka dengan apa jua komen-komen orang ramai dan kalau mahu buat kelainan sekalipun biarlah susunannya lebih tepat dan lebih memberi impak dari penganjuran sebelumnya,"
Dalam pada itu aku turut merasakan mengenai pengiktirafan melalui kategori online iaitu kategori Artis Paling Kontroversi yang disifatkannya kurang relevan dalam konteks mahu mengiktiraf seseorang artis itu.
"Kategori Artis Paling Kontroversi rasanya tidak perlu diwujudkan dalam anugerah berprestij seperti ABPBH 2014. Jika majlis anugerah kecil lain, tak apalah..
"Lagipun kalau mahu memberi penghargaan atau mengangkat populariti seseorang artis itu biarlah melalui lebih positif. Janganlah mewujudkan kategori yang boleh buat artis itu kena 'backfire' balik pada diri mereka nanti,"
Aku juga berpendapat penganjur boleh mewujudkan satu lagi kategori baru pada masa akan datang iaitu Artis Luar Negara Paling Popular.
"Kalau boleh, biarlah orang nampak kita lebih bijak. Misalnya sekadar mahu mencadangkan, penganjur boleh mewujudkan kategori Artis Luar Negara Paling Popular.
"Kita semua tahu yang industri kita mempunyai ramai artis berasal dari negara luar dan mereka sangat popular di sini.
"Bukan apa, sebab jika kita lihat anugerah-anugerah di luar negara, mereka juga mengiktiraf artis-artis yang bukan berasal dari negara mereka tetapi dimasukkan dalam satu kategori lain.
"Artis kita juga mengembangkan sayap di negara lain bukan senang boleh mendapat pengiktirafan atau penghargaan dari luar negara berbanding industri hiburan kita yang nampaknya mudah memberikan anugerah kepada orang luar.
"Jadi, mengapa tidak penganjur wujudkan satu kategori khas untuk mereka. Ini juga sebagai meningkatkan jati diri peminat sebagai rakyat Malaysia dan motivasi kepada artis-artis tanah air sendiri,"

Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat