= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Sambung Sarjana & PhD serentak, Zed Zaidi mahu jadi artis contoh




PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya.



Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, peluang diberikan oleh pihak universiti berkenaan perlu digunakan sebaik mungkin kerana ia melibatkan masa hadapannya.




"Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.




"Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.




Zed menambah dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian iaitu tentang industri kreatif di negara ini.
Zed juga juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).


Zed akan terus komited terhadap tugasnya sebagai presiden Seniman.
Dalam pada itu, Zed berkata, dia berharap dapat menjadi contoh kepada semua ahli Seniman yang turut mempunyai keinginan menyambung pengajian di peringkat universiti pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

"Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, kesibukan dengan pengajiannya tidak akan membataskan tanggungjawab dia sebagai presiden Seniman dan dia akan terus komited terhadap tugas berkenaan.

"Memandangkan saya memilih untuk membuat kajian jadi saya tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

"Saya optimis dapat menyelesaikan pengajian dan kajian menjelang tahun 2020 nanti," ujarnya. - Ehsan Dari Mstar.Com.My
  •  
  •  
  •  
  •  
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat