= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Video: Zed Zaidi kena majal dalam program JEMPUT MAKAN :)

  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Makan atau masak? Bakat terpendam Zed Zaidi KMN

  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016, bersempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disambut pada 4 Jun lalu.

Zed atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil ialah seorang daripada senarai 261 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2016 pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara. Presiden Persatuan Seniman itu berkata, pengiktirafan itu menunjukkan beliau seorang yang serius dalam menjalani aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya dalam memperjuangkan hak seniman tempatan.

"Ia pengiktirafan yang tidak disangka-sangka dan saya menerimanya dengan penuh hormat. Ia juga penghargaan yang tidak ternilai selepas berhempas-pulas memperjuangkan seniman tempatan kita.

"Kiranya, penghargaan yang diterima ini berbaloi juga dengan apa yang diusahakan. Walaupun usaha itu tidaklah sebesar mana, namun ia tetap dilihat umum," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, kata Zed, penganugerahan yang diterima juga memberi semangat kepada beliau sekali gus memudahkan lagi usaha memperjuangkan hak-hak penggiat seni negara. "Apabila kita diiktiraf, ia sedikit sebanyak memudahkan kita sebagai aktivis NGO. Keyakinan pihak luar lebih tinggi kerana mereka mempercayai kredibiliti dan kemampuan kita.

"Selain itu, segala urusan berkaitan dengan kerjasama kerajaan juga lebih mudah, insya-Allah," katanya sambil berkata, beliau juga sudah lali seandainya ada pihak yang mempertikaikan anugerah diterimanya.

Sumber: BH Online
  •  
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Malaysiakini: Zed Zaidi pertahan jawatan Presiden Seniman

Pelakon Zed Zaidi berjaya mempertahankan kerusi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan itu untuk penggal 2016 hingga 2019.

Pemilihan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Agung (AGM) Seniman ke-15 di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Kelang, Selangor hari ini.

Seramai 113 ahli hadir dalam mesyuarat itu sekaligus melayakkan ia dijalankan mengikut perlembagaan persatuan.

Selain presiden, turut dipertandingkan adalah jawatan timbalan presiden, setiausaha agung, penolong setiausaha, ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira.

Setiausaha Agung Seniman yang baru, Lt (B) Hafiz Nafiah dalam kenyataannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir untuk memilih kepimpinan baru Seniman bagi penggal akan datang.

Beliau juga mengucapkan tahiah kepada Zed Zaidi, atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil kerana terpilih sekali lagi mengetuai persatuan itu.

"Ini adalah hasil daripada gerak kerja beliau yang membawa pelbagai perubahan terhadap persatuan serta dapat dinilai oleh ahli-ahli Seniman sendiri," katanya.

Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman ketika AGM ke-14 pada 2012 sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah.

Ia berikutan lima artis veteran memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM itu sebagai tidak sah.

Zed bagaimanapun kembali mendapat kepercayaan ahli Seniman apabila mendapat 109 undian pada AGM ke-14 persatuan itu pada 27 September 2014.

Selama memegang jawatan itu, Zed pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti mempertikaikan kemasukan artis luar  dan membantah kemenangan pelakon Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Sumber: Malaysiakini
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat