= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MASA SHOOTING FILEM "NIYANG RAPIK" ZED TERKENA GIGIT...

Damansara Perdana 10 feb 2010 - 3.29am : Fuhhh... mengeluh dulu sebab terlalu penat.. shooting.. tapi aku tak boleh komplen sebab ni semua rezeki dari tuhan ya betul!!. sebenarnya sibuk aku ni dah boleh mengalahkan Perdana Menteri dah.. hehehe.. korang banyangkanlah eh.. dari habis shooting drama 26 episod sambung Filem terus buat drama bulan ramadhan pastu sambung drama radio continue plak dengan telemovie sambung lagi drama a.d.a.m 5 masuk plak teater impak maksima musical di singapore cantas plak drama 13 episod habis terus drama 26 episod hingga la ke moonsoon cup event jadi mc... kira jadual aku ni full pack sampai hujung tahun 2009 la ni.. tu belum aku sebut lagi kesibukan jadi duta produk, bisnes dan macam macam lagi... banyangkan? banyangkan! serta banyangan... bertapa takde masanya aku nak mengupdatekan BLOG aku ni... sampai berhabuk labtop BEB!!! :P

OKlah.. malas dah nak cerita pasal kesibukan aku ni sebab aku dah lantik AQUILA EMAS menguruskan kejaya seni aku jadi, aku boleh focus pada bidang bisnes plak. Aku dah merancang untuk bukak bisnes franchis dalam masa terdekat ni, bisnes dah jadi nanti, aku akan kasi tau kat blog k. :) .Berbalik ke pengalaman aku shooting filem "NIYANG RAPIK" cerita BERAT! suatu filem yang aku boleh buat COME BACK! dalam dunia perfileman tanah air sebab dah lama aku tak buat filem selalu drama je kan..? mana taknya biasanya aku dapat offer filem mesti clash dengan jadual shooting drama, sampai takde rezeki nak buat.. tapi bila 25 jun 2009 aku dapat offer filem NIYANG RAPIK dari director AHMAD IDHAM terus aku ambik. Sebenarnya secara kebetulan drama yang aku tengah tunggu tu.. post pone date banyak kali, tiba-tiba la rezeki filem masuk aku terus comfirm dan ambik walaupun aku tau FILEM AHMAD IDHAM akan bermula pada 27 jun 2009 masa hari jadi aku *wink. Setahu aku la.. AHMAD IDHAM ingat nak offer filem kat aku ni pun, masa aku shooting ANAK WAYANG dengan dia.... Yang Bestnya... FILEM NIYANG RAPIK ,kita orang start shooting masa hari jadi aku 27 jun habis shooting plak masa hari jadi AHMAD IDHAM 17 july 2009 pada pukul 7 pagi semuanya angka 77 lucky number tapi tikam je ekor passstttiiii... DOSA masuk neraka! * wink * wink * wink :P

Inilah dia... para pelakon filem "NIYANG RAPIK" dari kanan aku sendiri Zed Zaidi, Sam, Liyana Jasmy, Firz Fairuz, Awal, Kamal sebenarnya semua ada watak bukan sahaja dalam filem malah di luar filem.. aku boleh mengklasifikasikan Zed Zaidi si PENYELAMAT!, Sam si COOL, Liyana Jasmy si MANJA, Firz Fairuz si PENYAKAT, Awal si STYLO dan Kamal si PENJAHANAM HARTA BENDA. :P .Apa yang aku maksudkan dengan watak semua artis ni korang tau kenapa...??? ini lah cerita pengalaman shooting filem dengan diorang ni dalam hutan di TASIK KENYIR 2 minggu beb! tido dalam HOUSE BOT! masuk hutan keluar hutan naik bot kemana saja dan bot la pengangkutan kita orang bila ada kat TASIK KENYIR tu.

ZED ZAIDI SI PENYELAMAT
Bukan nak berlagak tapi apa yang aku nampak selalunya aku la jadi penyelamat pada pelakon pelakon ni. ada yang tak pandai berenang terpaksa di selamatkan ada yang kena buli terpaksa aku tenangkan ada yang bergaduh terpaksa aku settlekan ada yang tak cukup barang barang aku tolong bagi dan tolong belikan.. ada yang nak ke hulu ke hilir, aku la yang menjadi penyelamat untuk bawakan bot untuk diorang... jadi sesuai tak dengan watak aku ZED ZAIDI SI PENYELAMAT? * wink! Pengalaman kutip buah durian dalam hutan di TASIK KENYIR memang best gila!!, bayangkan korang boleh makan durian seberapa banyak yang korang nak, sampai aku dah bosan nak makan durian asyik asyik je durian nak tengok durian pun aku dah fed up! kebetulan pulak satu hari MAK Liyana Jasmy nak makan DURIAN, stok durian dah habis.. apa lagi aku jadi HERO pi kutip buah durian di hutan TASIK KENYIR la... masa TAPAU buah durian tu tengah khusyuk kutip buah tiba tiba... aku kena serang dengan PENYEGAT! sampai aku terkena SENGAT dan 2 orang lagi pun terkena jugak... nasib baik aku terkena sengat tu aku sempat tepis jadi mata aku takde la dalam keadaan bahaya sangat tapi 2 orang yang kena 1 tu kena kat bibir, bibir dia bengkak sampai bibir atas dia membesar bila aku tengok muka dia dah macam ANGELINA JOLIE dan yang sorang lagi plak kena di bahagian mata, bengkak di mata sampai aku tengok dia dah macam APEK jual SAYUR plak hehehe... tapi itu la pengalaman kutip buah DURIAN di hutan TASIK KENYIR.

SAM SI COOL!
Sam seorang yang sangat cool... dalam filem ini... watak dia dalam filem tak la secool di luar.. jadi memang sesuailah aku berikan dia gelaran SAM SI COOL. :) walaupun dia bukan tak pandai cuma segan je nak berenang dia seorang PELAKON yang sangat sangat KOMITED dalam Filem NIYANG RAPIK ni... bukan nak memuji.. tapi benar! Lakonan yang berkesan buatkan aku selesa nak berlakon dengan dia... AHMAD IDHAM pernah berkata "kamal walaupun pelakon baru yang kurang pengalaman belakon ni, tak pernah tanya aku pasal lakonan dia macam mana? ok ke? tak ok ke? tapi si SAM ni lain plak, asyik asyik tanya aku pasal LAKONAN dia ok ke tak? watak dia bawak ni betul ke tak? sampai aku pun naik RIMAS." :) Sam pernah berbisik dengan aku masa di house bot satu bilik dengan dia di TASIK KENYIR bro.. saya dah tak tahan la..duduk di house bot atas TASIK KENYIR nak balik KL!, itu la luahan SAM SI COOL :)

LIYANA JASMY SI MANJA
Huii.. ni lagi satu budak kecik yang sangat sangat la manja bukan saje dengan mak tapi dengan semua pelakon.. pengalaman aku shooting dengan dia pun ok. Bagi aku dia seorang pelakon muda yang sangat pandai dan berbakat dalam LAKONAN! Pengalaman shooting dengan budak kecik ni di TASIK KENYIR sangat la kelakar! Masa kitaorang nak kena shooting dari satu pulau ke satu pulau di tasik kenyir tu kita kena la transit menggunkan bot.. TASIK KENYIR ni ada 340 pulau tak silap aku la.. jadi nak ke satu pulau ke satu pulau yang lain makan masa busuk busuk pun 1 ke 2 jam jadi masa kita nak transit hari tu... untuk shooting... tak silap aku location kitaorang di GUA TAAT, masa perjalanan tu ada lah sesuatu terjadi pada liyana dalam bot transit tu dari keadaan hepi bertukar menjadi kelam kabut di sebabkan liyana jasmy. Dalam bot transit tu kita ada 8 orang duduk depan sekali kamal,awal, firz belakang diorang plak ada liyana aku dan belakang aku plak ada sam dan driver bot dan belakang sekali ada carlos wardrobe :). Nak di jadikan cerita dalam bot kitaorang hepi hepi menyanyi menyanyi lagu AIZAT hehehe... tiba tiba muka liyana dari hepi menjadi pucat aku ingat budak kecik ni dah terkena nyamuk CHIKUGUNYA tapi tidak.. rupanya dia sedang bertarung untuk menahan sebab nak terkucil... di dalam bot.. kita orang menjadi kelam kabut dan suspen.. sebab kita tak boleh singgah di mana mana pulau takut ada benda bahaya akan berlaku dalam hutan tu.. nak memerut di atas bot tak boleh... jadi nak taknak Liyana terpaksa tahan selama 1 jam untuk sampai ke GUA TAAT. Macam macam cara kitaorang cuba mengubah fikiran Liyana supaya jangan memikirkan pasal kesakitan perut itu, kita orang menyanyi.. lagi malah kita orang terpaksa bertahan apabila Liyana gigit legan kitaorang untuk menahan sakit... sampai la ke destinasi untuk dia memerut. Memang aku takan lupa lagu yang di nyanyikan oleh Liyana Jasmy "ku tak percaya BERAK! ku tak bercaya BERAK? B.E.R.A.K" uik? silap plak lirik dia ni.. " ku tak percaya CINTA ku tak percaya CINTA! C.I.N.T.A! *wink!

Dan yang lain lain aku nak cerita tapi tak boleh cerita semua kalau korang nak tau.. tengok lah FILEM NIYANG RAPIK dekat panggung wayang 25 FEB 2010 ni ok... bila korang tengok filem ni baru kau tau bertapa susahnya nak berlakon kat kawasan yang macam gitu dan bayangkan lah macam mana kru dan pelakon boleh berlakon tempat yang sebegitu complicated! huh! tapi yang nyata filem NIYAN RAPIK ni memang seram nak mampus!!! aku dah tengok kat panggung preview dan dapat banyak komen POSITIF dari wartawan, dan ini lah pembuka carier aku 2010. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!