LAMA BETUL AKU TAK MENAIP.... TAPI AKU RASA AKU...
2:05:00 PGTerasa macam nak menaip balik... so aku taip la malam ni. cerita ada banyak sejak dulu lagi bila menang presiden seniman tak sempat nak bukak blog pun. Ok la aku cerita yang terbaru pasal diri aku sekarang. Korang tau tak aku baru terima pingat dari Yang Di Pertuan Agong baru-baru ni pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N). Pergggggg, Agong bagi beb... terasalah selama ni diri di hargai bila dah banyak sangat bersilat dalam persatuan ni. Bila dapat pingat KMN ni rasa nak buat banyak lagi kebajikan kepada artis malaysia bukan artis malaysia je aku jaga sebenarnya banyak lagi persatuan aku jadi pengerusi termasuk la jadi pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan, AJK biro Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Yang di Pertua Rakan Kembara Malaysia peringkat putrajaya dan banyak lagi weeiiiiiiiii!!!!! banyak la tanggungjawab weeeeiiii!!!!! * WINK!.
meninggal dunia. Aku rasa amat sedih sekali sebab Datin bagi aku seorang isteri contoh pada aku la... dan ibu yang sangat baik. Masa aku pi umrah sekali dengan dia masyallah punya la taat dan setia pada Dato Jalal, Dato dah macam raja dah mintak je apa semua Datin turuti... aku pernah berlawak dengan datin, semasa di mekah, aku cakap aku doa depan kaabah specifik doa aku tu sebab ustaz yang ajar aku tu ustaz zul so... aku ikut la arahan... pastu aku bagitau datin tentang doa aku tu dia tergelak maaaiii.... rasonya memang aku ni boleh masuk pertandingan MAHARAJALAWAK MEGA la... fuhh...!!! Semoga roh datin tergolong dalam orang-orang yang beriman AL-FATIHAH.
Baik... lepas cerita sedih kita cerita hepi balik. Pada Oktober lepas ada pemilihan semula Jawatankuasa bagi penggal 2016-2019 untuk Persatuan Seniman Malaysia. Sebenarnya aku dah tak mau sambung lagi dah jadi presiden sebab besar betul tanggungjawab ni... tapi dah ahli pilih jugak aku terpaksa pikul lagi tanggungjawab untuk menerajui seniman sekali lagi. Korang tau bila jadi presiden seniman ni bertapa peritnya.. dah la buat keje amal kebajikan, gaji takde yang sedih bila buat benda baik untuk ahli-ahli selalunya kita sebagai presiden kena bedal balik... adooiiii... dah nasib.. diorg tak tau lagi... bila dah jadi presiden ni bedal sana sini termasuk ler producer tv filem iklan station tv nak ke diorang ambik aku berlakon lagi? hhaaaa.. kau pikir la sendiri.....!!! tapi aku cakap ni bukan semua ahli seniman macam tu hanya segelintir jer... tapi sekarang ni aku dah lihat seniman semakin bersatu dan ahli mula bijak menilai jawatankuasa yang mewakili diorang insyallah janji aku pada ahli seniman aku akan buat terbaik untuk korang dan sanggup MENJADI LILIN DIBAKAR BAGI MEMBERI CAHAYA KEPADA ORANG LAIN. :)
ok ok gambar sebelah ni gambar aku dengan gadis gadis imigration yang cun cun bila aku jadi juri untuk pertandingan nyanyian di jabatan imigration wilayah persekutuan kdn yang lain aku malas lagi nak menaip sebab dah takde idea dan ngantuk nanti aku update lagi. OK BYE!