= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MAIN PLAYSTATION SAMPAI MUNTAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN



Haaaaalooooo.... Assalamualaikum semua baru bukak blog nak menaip balik masa pkp ni... bosan gila.. hahaha.. ok hari ni aku menaip secara sempoi je.. sebab rasa bila lama tak bukak blog ni terasa kekok sangat.

OK! hari ni aku bercerita sikit mengenai playstation masa pkp. Syokkk oooo... main playstation masa pkp ni selalunya aku main fifa la.. sekarang fifa dah masuk version 2020 dah... so bila pkp ni main fifa 20 sampai muntah hijau...

Cer tengok statistik data fifa 20 aku kat gambor atas tu.. tu kira bebudak main proclub fifa 20 team yang aku main dulu nama club kaki pukul... so boring aku tukar club plak main playballmy pastu boring lagi tukar lagi ke bara boys gais... hahahaha... so siapa rasa diri terer sangat main fifa tu meh add id aku psn aku zedzaidi80 k. pastu kita lawan sampai habis pkp huhuhu...

Untuk pengetahuan korang dulu aku main play station ni sejak dari playstation 1 sampai ler ke playstation 4 sekarang masih menunggu bulan september playstation 5 plak dikeluarkan... mohon doa banyak banyak bini beli hadiah playstation 5 kat aku sempena hari jadi bulan jun yang akan kunjung tiba ok. AMIN!

Masa pkp ni dalam playstation aku ni ada game FIFA je... bila pkp ni di tambah minggu ke minggu sampai tak tahan boring kecipanan tahap gaban telah berlaku maka.. aku beli lagi game yang lain macam street fighter, grand tour rismo, grand thief apa kebenda tah namanya kira orang selalu panggil GTA game ni lah yang telah di download semasa pkp dan aku main semua game ni sampai muntah color macam macam keluar kejap muntah color hijau pastu biru pastu merah pastu kau sambung la sendiri color apa nak keluar..

So rumusannya kat sini... bila bini aku beli playstation 5 ni kat aku... playstation 4 ni aku nak buat apa? pS 3 PS2 PS1 tu pun aku simpan sampai sekarang.. so gais.. jadi lah orang yang setia simpan ler apa yang korang boleh simpan sampai rumah kau penuh dok simpan barang barang lama. yang penting masa PKP ni simpan laaa.. duit korang untuk beli makanan diri dan keluarga.

OK BYE!


ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

4 ulasan:

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!