
Hulu Langat. 11am. Janji melayu call time bagi aku pukul 11am tapi pukul 1pm pun belum start shooting lagi, elok la tu amalkan lah selalu main dengan masa. Tukar sikit peribahasa bukan masa itu emas, tapi masa tu menunggu korang je. Hi assalamualaikum, wah.. lama betul aku tak bagi salam dalam blog aku ni. Hmmm.. sori la kepada korang semua, bukan aku tak nak update tapi saja aku biarkan sejuk sikit blog aku ni, sebab aku nak buang yang keruh ambik yang jernih. Sekurang kurangnya takde lah orang cakap yang blog aku naik rating sebelum ni disebabkan kontroversi, ye dak? Biar aku bermula dari bawah balik sebab aku buat blog ni adalah untuk aku berkongsi dengan siapa sahaja yang nak berkongsi dengan aku, bukan nak kontroversi.
Sebenarnya korang tau tak? Dah berbulan bulan aku tak update blog, macam macam berlaku pada diri aku, tak kira la dari keje, peribadi dan apa apa saja lah pasal diri sendiri. Sebenarnya aku dah fed up! dengan kehidupan aku ni, terasa nak lari jauh dari Malaysia, bertapa dalam gua kat Mongolia lagi bagus rasanya. Aku nak Tanya korang, korang nak dengar cerita mana dulu? cerita sedih dulu ke? Cerita gembira ke? Atau cerita so so je dulu? Hmmm... aku tau macam mana nak susun jalan cerita aku ni.
Macam ni, aku cerita yang so so dulu. Aku ni baru balik dari esplanade Singapore buat teater impak maksima muzikal. Aku suka penonton di singapura sebab diorang supporting buatkan aku teruja bila berlakon kat stage sana, yang mana tak dapat kawal diri tu belakon over sampai boleh Nampak kepoyoaan ooooo.... Aku masih teringat ayat ayat Singapore yang aku bawak “lu releks sua.. guaa ade surprise untuk lu”, “member lu kental sia..” Huh! Stylo la...! hehehe... terima kasih kepada penari Singaporean yang mengajar aku ayat ayat Singapore, lu all girek seh!.. sekurang kurangnya pelakon, penari, back up singer, pemuzik, istana budaya, global network, excellent picture buat yang the best untuk Malaysia. WELL DONE! Eh.. lupa plak tajuk asal.. balik dari esplanade aku terus shooting dengan drama baru SLOT LAGENDA, NENEK KEBAYA, setiap isnin hingga khamis 4.30pm TV3 dan ulangan plak pada pukul 8.30pm TV9 so jangan lupa tengok ok.
Berlakon drama ni aduh... aku tak tau la, apa masalahnya macam macam berlaku sampai aku boleh menyirap pulak bila jadual tak disusun dengan betul. Appointment aku banyak cancel last minit, panggil aku ikut sesuka hati, apa punya keja la ni. Tapi bila aku ade buat silap sikit je, diorang pandang kesalahan aku ni macam besar gila padahal diorang tak cermin diri sendiri, nilah masalah bila berkerja tak professional. Diorang Cuma fikir bila diorang tunggu aku? Tapi ada diorang fikir bila aku tunggu diorang pulak? Kalau nak ikutkan nisbah menunggu ni aku menunggu diorg 20 kali, diorang tunggu aku sekali je 20:1 ,macam tulah perumpamaannya. Aku tak dapat nafikan buat drama ni macam macam masalah teknikal berlaku, ada kematian, ada masalah takde suara, ada yang sakit mata semua ni berlaku dalam drama NENEK KEBAYA, aku terasa macam ada tidak kena, macam satu sumpahan oleh NENEK KEBAYAN plak. Adesss...
Ok, cukup untuk cerita yang so so je, sekarang ni aku nak cerita korang cerita sedih aku plak. Kalau la korang pengikut setia blog aku ni korang mesti pernah perasaan yang aku dah jatuh cinta dengan gadis yang bernama 01011983. Fuh... sedih ni.. nak nangis ni..sob.. sob.. ishh.. hmmm.. ok la.. camni ceritanya, aku dah berkenalan dengan gadis ni melalui facebook. Kenal dia lama dah Cuma tak bersua muka je, asal nak jumpa je mesti ada ada halangan, dia pulak kerja selalu over sea aku pulak keje tak tentu masa nak jumpa punya la payah.
Nak di jadi kan cerita, aku jarang nak mintak no phone pada gadis yang aku minat melainkan kalau dia nak bagi, tapi aku ni penunggu yang setia tetap menanti bila ada peluang. Malangnya... sebelum ni dia pernah call handphone aku, dia call aku pakai phone umah, aku tak angkat kebetulan pulak aku sibuk dengan teater di Singapore, sampai la...baru baru ni dia msg aku dari luar Negara pakai handphone dia, disitulah aku terasa gembiranya hati aku akhirnya aku dapat jugak no handphone dia.
Aku terfikir, hmm.. mungkin jodoh aku dah sampai, sejak aku dapat no dia aku selalu bersms dengan dia, tapi rasa musykil sebab bila aku call dia tak angkat, mungkin dia sibuk dengan kerja dia aku tak mahu mengganggu dia sangat jadi, aku dah tak call, aku bersms je dengan dia. Dia seorang yang caring, penyayang, bertanggungjawab, lucu, dan very komited dengan kerja. Itu lah, yang aku Nampak bila aku bersms, ym dan bermsg di facebook dengan dia, ini satu pandangan aku terhadap dia. Aku gembira dengan dia, aku rasa aku serasi dengan dia, mungkin inilah jodoh aku! Ya jodoh aku! Terima kasih! kerana perasaan cinta aku akan berputik kembali setelah 6 tahun mencari cinta.
Satu hari dia tergerak hati nak bagi tau pada aku, mengenai satu pekara penting katanya. Mengenai hubungan aku dengan dia. Aku rasa dia mungkin keliru, tergesa gesa membuat keputusan, dan tuhan yang menentukan jodoh. Dia takut nak meluahkan pada aku apa yang dah terjadi, takut aku tak dapat terima kenyataan, mungkin fikirannya memikirkan aku ni akan hilang perasaan terhadap dia sebagai seorang kawan. Aku bukan macam tu, AKU ADALAH AKU!, aku selalu berfikiran POSITIF walaupun sakit menyerang hatiku. Dia bagitau pada aku yang dia... yanggg diaaaa... dah bertunang bulan lepas, tuhan saja yang tau perasaan aku bila aku dengar semua tu. Aku terasa kalau la awal 1 bulan aku dapat berjumpa dengan dia, kalau la aku dari awal lagi dapat no phone dia, semua takdir ni akan berubah, tapi apa nak buat benda dah jadi kita redha je...
Berita gembira pulak... korang tau tak blog aku zedzaidi.blogspot.com ni dapat pengiktirafan oleh suratkhabar . Aku dapat offer 1 kolum dalam 1 ruangan paper diorang just for me! untuk berkarya dan bercerita pasal industry seni di Malaysia. Fuhhh!!! Aku berbesar hati dengan tawaran tu. Tak sangka pulak blog yang aku buat main main ni, boleh di terima oleh korang semua dan pihak pihak yang lain THANK U GUY’S!!. Paper apa? Sain kontrak dulu baru aku kasi tau jadi, TUNGGU!!!!
Dan kesedihan dalam kegembiraan aku ini terubat apabila cubaan untuk jatuh cinta dengan 01011983 bertukar no ke 14091986 pulak. Yang ni lebih mencabar masih dalam proses Cuma aku takut terlepas peluang lagi macam sebelum ni, semuanya gara gara aku ni yang lambat bertindak ceh! Lambat betul aku dalam soal cinta. OPSS!!!... bukan lambat, tapi pemalu nauzubillah.. Cuma mak aku dah tuhan saja yang tau hehehehe...
Kepada peminat peminat teater yang belum tengok teater cuci the muzikal boleh la pegi tengok masih sempat lagi.. sebab tarikh diorang habis 8 november ni di istana budaya. Cerita dia kewl.. sebab membariskan pelakon yang popular dan hebat, cerita macam mana dalam filem Cuma di garapkan dengan muzikal dan dance, kelebihannya main panjat panjat cuci bangunan. Yang Nampak uniknya bila scene haris iskandar nak putuskan tali diorang yang tengah cuci bangunan scene hans dan ac mizal. Yang paling romantic bila hans naikkan mesin yang pencuci tu dengan vanida imran sambil menyanyi atas mesin tu... so romantic WOW! J dan yang paling best watak adflin yang lucu bertukar ke sedih, ac mizal over over cute cute, dan awie sangat lucu dan terhibur. Mereka semua pandai bermain dengan penontot dan perjalanan cerita biasa dengan journal komedi. Sekurang kurangnya aku berbangga sebab IMPAK MAKSIMA MUZIKAL TEATER menjadi teater pertama di Malaysia sebelum cuci. BANGGA DO..
"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)