= TERKINI=
Perkembangan semasa..

TIPS CINTA ZED ZAIDI? ( TIPS KEDUA)

Sini ada TIPS CINTA yang aku dah buat lama banyak save dalam handphone je aku tulis melalui pengalaman dan penjalanan cinta orang lain depan mata aku kalau korang pengguna DIGI korang boleh ON kan melaui SMS taip je ON TIPS ZED dan SEND to 2000 nanti dapat lah TIPS ZED every week!. :)
  1. Kaji cara agar kita memperolehi kasih sayang, jangan menuntut agar kita dicintai tapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
  2. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi, untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  3. Bukan laut namanya jika air tak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tak pernah luka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu.
  4. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut tapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  5. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah penangan sebuah cinta.
  6. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
  9. Bila mata bertemu dunia kita yang punya terasa lidah kelu berkata namun bisikan hati mengamit rasa meluahkan sayang melimpah ruah seakan tiada esok menanti.
  10. Andainya kudapat mencairkan hatimu yang keras dan jitu pastilah daku insan paling bahagia di dunia.

"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat