= TERKINI=
Perkembangan semasa..

SYUKRI HASHIM DALAM KENANGAN.....

4.10am - Damansara Perdana - Sebenarnya terpaksa jugak aku tulis dalam keadaan aku yang letih baru je TOUCH DOWN! dari kelantan terus je aku balik umah aku menulis di blog disebabkan SYUKRI HASHIM ni sangat rapat dengan aku. Dia sorang yang KELAKAR seorang yang PERIANG, tak kering gusi kalau lepak dengan beliau. Banyak jugak la drama yang aku dah shooting dengan dia.. CINTA GILA, IMPAK MAKSIMA VS REMPIT, A.D.A.M dan banyak lagi sampai aku dah lupa dah tajuk drama tu.

Aku dapat sms tengahari semalam 10 jun 2009 pukul 2pm di kota bharu kelantan. Masa tu aku tengah lunch dengan bisnes bisnesman yang kaya kaya dengan pihak RHB BANK. RHB BANK la.. yang belanja company aku makan sekali disebabkan company aku banyak kasi bisnes kat diorang. Borak borak borak dapat la sms dari ARASH MOHAMMAD yang sms dia berbunyi macam
ni AL-FATIHAH KEPADA SYUKRI HASHIM YANG SUDAH KEMBALI KE RAMATULLAH.

Bila aku baca sms aku TERKEJUT! aku rasa baru je habis shooting dengan ARWAH tapi bila aku dapat msg macam tu aku TERKEDU. Terus aku telepon ARASH tanyakan kesahihan cerita ni.. rupa rupanya betul... ARASH suruh aku pegi tengok arwah dan suruh contact DEN WAHAB sebab DEN WAHAB ada bersama sama dengan arwah di HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR.

Aku sebenarnya rasa RALAT sangat masa arwah sakit, bila arwah dapat tahu kena CANCER di HOSPITAL SELAYANG aku tak dapat jumpa arwah disebabkan aku SHOOTING luar dari KL. Bila aku di KELANTAN semalam memang niat dihati, aku memang nak melawat arwah.. tapi tak kesampaian HAJAT aku di TOLAK sampai arwah dah di KEBUMIKAN di TANAH PERKUBURAN AU2 KERAMAT dekat dengan rumah MAK aku. Jadi bila berkesempatan nanti aku akan menziarahi kubur arwah. Marilah kita disini sedekahkan AL-FATIHAH kepada ARWAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT AL-FAAAATIIIIHAAAH..... :(
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat