= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MAAF PADA YANG TERASA MELALUI BLOG ZED ZAIDI..

29 MAY 2009 - JUMAAT, 5.27 Pm Pulau Pangkor - updated blog Pakai Hp blacberry! : perggg... penat TOK!!!.. aku masih di lumut perak... shooting 24 episod for RTM drama "TERATAK MAHLIGAI" bersama pelakon ZIZAN NIN YANG SEWEL ( opss.. jangan marah zizan aku cuma gurau takut kang ada yang termakan hati lagi.. hahaha.. ) bagi aku orang tak boleh bergurau ni, orang yang tak boleh di jentik sikit, malah pandangan aku la.. dia seorang anak MANJA! *wink! , siapa lagi eh.. KAK CHIK, NISHAR DIR, ARASH, NADIA MUSTAPAR, DIAN P.RAMLEE, NABILA dan bla..bla..bla... lagi.. :)

HUH! sekian lama mengharungi... dugaan sebagai seorang artis dari KONTROVERSI, GOSIP, KRITIKAN dan bla..bla..bla.. , aku masih tetap tabah!. Nak jadi seorang ARTIS ni kena sanggup hadapi RISIKO.. sebab bila jadi ARTIS banyak CABARANNYA.., itu baru kita sorang je, belum kita BERKAHWIN lagi?, kalau dah BERKAHWIN nanti bertambah? tambah.. tambah! "tambah" la... cabaran dan dugaannya.. jadi, biar la kita belajar dari susah.. belajar lah terima kritikan.. bagi aku la.. kritikan ni bagus buatkan kita lebih matang, belajar dari kesilapan.. dan juga buatkan kita lebih PROFESIONAL! hah! kalau tak sanggup nak terima semua tu.. JANGAN LA.. JADI ARTIS!!! jadi je pegawai BOMBA ke? POLIS ke?.. betul tak? itu pun, kena kritik juga kalau buat keje lambatkan? GOTCHA!!! *wink! :P

Dah.. malas aku nak cerita semua tu.. bagi aku.. benda yang dah berlalu, biarkan ia berlalu.. aku mahu terus memandang kehadapan. Kalau semalam aku buat silap, hari ni takan berulang kembali.. dan semalam aku buat salah? lupakan!, mulakan hari baru hari ini! yey! itu lah.. sifat aku yang sebenar! hidup kena KEWL BEB! jangan nak jadi HERO! jangan jadi TAMAK dengan KEKUASAAN dan rasa DIRI BERKUASA BAI! takut menunjukkan kelemahan nanti.. PANAS BARAN! terkeluar ops!! malunya orang dah tau? huhuhu... kalau dah rasa DIRI BERKUASA! jangan terlalu TAKSUB dengan KUASA! sebab takut tergolong dalam orang-orang yang "SYIRIK" bagi aku ALLAH lagi MAHA BERKUASA! :) *wink!.

Hari ni aku rasa diri dalam keadaan tenang.. dan rasa releks sangat sebab takde tekanan lagi.. kalau ada , aku rasa bukan aku yang MENGISUKAN mungkin orang yang tak berapa BIJAK yang membesarkan isu ini! jadi biarkan. shu..shu..shu.. aku tiup supaya benda benda BODOH!!! di depan aku ni berlalu pergi.. sebab aku taknak jadi orang yang BODOH!!! melayankan pekara pekara BODOH!!! lagi.. :) argggghhhhhhhh...gggghhhhhh...!!!!!!!!, saje je jerit bagi tension hilang! hehehe.. :P *wink!

Aku nak mintak maap pada semua orang tak kira la.. orang yang aku tersebut nama sebelum ni .. orang yang terbaca, orang yang terkomen dalam blog aku... supaya dapat memaapkan kesalahan aku yang lepas dalam BLOG aku ni. Bukan aku sengajakan tapi tak disengajakan.. disebabkan aku ni penulis.. tahap beginner lagi! jadi maapkan la aku ye! hahaha... biasa la.. banyak yang aku perlu belajar dalam penulisan... sebab tu, aku belajar dari kesilapan.. sedangkan NABI ampunkan UMAT ini pulak kita manusia biasa.

Baru aku tahu.. ORANG POLITIK pun berkempen melalui BLOG hahaha... terasa kelakar pun ada..BUKAN PELIK? TAPI BENAR! kesan BLOG pada generasi sekarang sangat RELEVAN! jadi, pastikan korang ada BLOG! ZAMAN CYBER BEB!, dan dari sini lah.. aku baru tau.. KEKUASAAN BLOG ni macam mana, MENTOR BLOG aku adalah EIZLAN YUSOF.. aku masih berbincang nak kumpul dan buat KOMUNITI BLOG ARTIS nanti... bersama EIZLAN YUSOF.. insyallah... kalau takde arah melintang akan menjadi keyataan! yeh! semangat juang yang tinggi! hahaha..!! Pada aku la.. pesan aku pada korang, rasa nak kritik tu kritik la... aku NO HAL!!! punya.. aku nak jugak tahu kelemahaan aku... boleh la aku improve lagi pasal diri aku ni nanti dari masa ke semasa. Aku jenis yang boleh menerima kritikan, dan tak mudah MELENTING!!! sebab bagi aku MENGKRITIK TAK SEMESTINYA MEMBENCI! :).


"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat