= TERKINI=
Perkembangan semasa..

KENAPA PEREMPUAN BOLEH CUCI TANDAS LAKI TAPI LAKI...

Hari ni 3 MEI 2009 pukul 9 malam. perggghhh.... penatttt giloss.... pinjam kata kata AIZAT dalam ANUGERAH INDUSTRI MUZIK kita semalam "GILA LAH!" :P aku tengok dah jadi satu trend plak pada artis nak buat ucapan bila menang award :) hehehe.. takpe la.. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal AIM aku nak cerita pasal kejadian masa aku shooting tadi, drama baru 24 episod "TERATAK MAHLIGAI" RTM EUROFINE PRODUCTION pelakon hmm... ZIZAN NIN, ARASH, NABILA, NADIA MUSTAPHA dan... dan dot dot dot.. :) so.. shooting kat GIANT SUNWAY DAMANSARA ok la.. masa aku shooting tu.. biasa la.. ramai peminat dekat situ bukan aku je kena serbu malah pelakon-pelakon lain pun kena jugak hahahaa.. nak buat macam mana dah kata PUBLIC FIGURE..., kena layan.. sebab itu, salah satu kerja kalau nak jadi ARTIS tapi, make sure lah.. layan tu, IKHLAS jangan terpaksa.. sebab mama aku kata kalau TAK IKHLAS TAK MASUK SYURGA :P. OK lah.. shooting kat giant memang sempoi sebab director pun sempoi nama directornya ZUL HASHAD kira ok la.. keje dengan dia cepat cam office hour je.. call time kul 8 pagi balik kul 5 petang best ooo.. bukan selalu macam ni. hahaha...huii...?? dah melencong jauh ni.. :P ok lah.. sebenarnya aku nak cerita dengan korang pasal kejadian aku shooting kat giant tadi. Korang tau tak? masa break time aku pegi la ke tandas nak buang air kecik.. cari punya cari punya cari punya cari...baru la aku jumpa tandas.... not bad jugak la tandas dia bersihkan.. ye lahh mana tak bersih, giant tu masih baru.. cantik lagi.. mesti la bersih.. cuba korang nengok 3 tahun lagi.., datang balik giant, ko tengok tandas dia balik mesti dah jadi REBAN AYAM punya... GERENTI.!!! tak caya CUBA LAH! :P nak di jadikan cerita, masa aku masuk tandas giant... aku nak masuk dalam bilik bilik kecik dalam tandas tu, ye la.. nak buang secara terhormat, walaupun aku nak buang air kecik je hehehe.., bila aku nak masuk kena cek dulu samada bilik bilik tu ada orang ke takde orang.. tapi, hampeh semua FULL!! jadi nak taknak kena buang air kecik kat mangkuk luar tu. FUHH!! benda yang paling aku tak gemar nak buat, dah tak tahan sangat aku bedal je la.. janji TAK MASUK ANGIN KELUAR ASAP...!! masa sedap aku membuang air kecik di mangkuk CUTE kat luar tu.. ada la.. MINAH INDON yang TUKANG CUCI masuk nak cuci sinki TANDAS LELAKI. korang tau tak apa yang dia buat? dia cuci sinki, tangan kat sinki cuci, tapi kepala, mata, rambut dia pandang aku yang tengah ehemm.. ehem..? pelik kan? tapi benar! huh! aku jeling je kat dia.. dalam hati berkata.. "tak malu ke pandang aku masa tengah buang ehem.. ehem.. kat mangkuk cute tu..ishhh.." ni kira aku cakap dalam hati je la.., luar muka aku reaction senyum. :) takut dia peminat jadi, aku teringatlah balik kata mama aku.. biar IKHLAS.. TAK IKHLAS TAK MASUK SYURGA jadi aku REDHAKAN je lahhh...... dia pandang aku, aku terasa telah diaibkan.. macam orang "BARU DITEBUK TUPAI" walaupun pahit di telan! huhuhuhu... yang herannya kat sini.. KENAPA? PEREMPUAN BOLEH CUCI TANDAS LELAKI TAPI LAKI TAK DIBENARKAN CUCI TANDAS PEREMPUAN? kalau kes ROGOL berlaku la.. dalam TANDAS tu.. nak salahkan lelaki 100% tak mungkin, sebab dalam kes ROGOL perempuan jugak boleh menyumbang kepada kes ROGOL, macam contoh yang aku cerita kat atas tu... dan contoh lain, kalau perempuan tu tak pakai seksi.. mungkin KES ROGOL dapat dielakan tak gitu? jadi RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!! :P
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat