= TERKINI=
Perkembangan semasa..

KAMEK DI KUCHING, SARAWAK POLAH...

Hari ni 28 april 2009 - 11 pagi. semalam aku baru balik dari kuching, sarawak. kat sana macam macam la...aku buat. Kawan pun ramai jadi nak jumpa pun tak sempat sebab aku datang sarawak aku kena buat keje. aku berada kat sarawak 2 hari. keje apa? buat video klip, jadi pelakon video klip lagu indonesia, tak silap aku nama penyanyi indon ni REO kot? tah la.. aku pun lupa.. aku tau, aku buat keje, janji keje aku siap..dah cukup! pinjam ayat DAVID TEO sikit... producer METROWEALTH, bos!! u jangan marah i ok..takut nanti, "speck senget" hahahaha... :P " TAK JANJI, TAPI PASTI!" :) pengalaman jadi pelakon video klip ni ok. sebab aku rasa buat video klip ni tak perlukan dialog.. cuma perlu kan reaction muka sahaja, yang aku jadi LENGUH... PENAT... LETIH.. disebabkan model yang berlakon sekali dengan aku dalam video klip ni, sebab diorang berlakon macam aku dalam SEMBILU kat RTM dulu dulu.. cam TIANG LETRIK, cam KAYU BALAK, KAYU API pun ada. :P "KALAU TUAN MENEBANG JATI, BIAR SERPIH JANGAN TUMBANG, KALAU TUAN MENCARI GANTI, BIAR LEBIH JANGAN KURANG" :) ceh.. berpantun la plak.. hehehe.. sebenarnya aku nak perli orang tak boleh tersurat, kena la.. tersirat sikit sebab salah satu pelakon yang jadi model dalam video klip ni seorang datin yang invest untuk video klip REO, jadi tak boleh cakap lebih2 pasal datin, takut disalah ertikan dan aku takut kena BAN! masuk sarawak. Peergghhh...!! powerful jugak datuk dan datin ni kat sarawak ok. *wink :P . Berbalik pada model laki ni... dalam video klip ni aku jadi DATUK, laki pada DATIN dan model ni plak jadi SKANDAL dia. Model laki ni memang pure dari INDIA, nak kata cam SHAH RUKH KHAN, hmm... tak pandai pulak dia berlakon, nak kata HITRIK ROSHAN aaaaa... six pack dia sama la.. cuma muka hitrik putih lagi kot so paham paham je la.. model laki ni muka dia color apa ok. :). Nama dia CHIRSTOPER nama manja CHRIS. sepanjang aku buat video klip dengan dia cakap ORANG PUTIH je memanjang.. terasa cam dok kat london je *wink! :P, tapi aku suka dia.. dia ada sifat confident, ingin belajar, dan komited pada keje dia.. tu yang bagus pasal model ni.. kadang kadang aku terfikir jugak kenapa orang kita tak macam tu? hmmm.. dalam video klip tu aku kena bawak POSCHE BOXTER gempak tu.. JAKUN aku kejap.. tapi yang bestnya.. DATUK kasi aku bawak kete tu cam kasi bawak ISWARA je.. hehehe.. apa lagi aku belasah je la.. terasa macam kete sendiri plak hahahaha.. :P kita orang shoot kat tempat tempat sekitar sarawak ade yang dekat pantai.., kat lorong hutan, bandor , dekat lapangan terbang dan bla..bla..bla... cuma masa shoot kat pantai tu nasib baik tak kena SERBU, aku ada 2 bouncer datuk kasi suh jaga aku sebab satu kampung turun nak tengok aku buat video klip waaaahh....!! terasa cam AHLI POLITIK je ala WAKIL RAKYAT.. cam tengah BERKEMPEN. :) yang pasti.. semua keje selesai dengan jayanya.. insyallah aku akan sambung VIDEO KLIP ni.. di BALI INDONESIA kata datin tu la.. macam kata DAVID TEO lagi.. "TAK JANJI TAPI PASTI" p/s : ari tok kamek klaka sawak sikit jak, kamek mok mintak maap da orang orang yang terasa da tulisan kamek tok, mun da yang baca, yang nangga tulisan kamek tok kelak, yang marah, kamek mintak maaf sekali lagi aok. kamek sik pande bulak orang.. jujur kamek madah, semua bena, sik riso kamek polah pa yang kamek nangga jak. sik mok marah tuhan marah ya.. hehehe.. :) ( bahasa sarawak tah betul tak tidak aku bedal je tu ) *wink!
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat