= TERKINI=
Perkembangan semasa..

DRAMA RADIO BEST KE?

14 april 2009 aku pi drama radio kul 2pm di RTM. biasa la.. aku sampai kul 1,30pm awal 1/2 jam. nak masuk RTM ni as usual kena redah guard dia dulu, polis pengawal RTM. Muka sekor sekor macam nak makan orang.. aku tinggalkan beg duit aku dalam kereta, aku cuma bawak je lesen ada gambar nak tukar dengan pas RTM. Bila aku sampai kat pondok pengawal nak tukar dengan pas masuk, kau tau apa pengawal tu cakap? "takde IC ke?" aku jawab balik "IC nak buat photostat untuk payment DRAMA RADIO nanti." dia cakap "lain kali kalau nak buat apa apa kat RTM buat siap siap photostat IC tu.." apa ke sengalnya guard tu.. dia cuma nak dokumen yang sah pada aku selain IC, LESEN BERGAMBAR pun salah satu dokumen penting jugak yang boleh tukar dengan pas masuk. Dia siap marah aku lagi... ni lesen bergambar tak boleh 1 je.. kena ada satu lesen yang hidup dilampirkan sekali dengan lesen bergambar untuk dapatkan pas masuk rtm, jadi maknanya aku kena pegi balik ke kereta ambik lesen yang hidup plak sebab nak di lampirkan dengan LESEN BERGAMBAR aku tadi, untuk mendapatkan cecupak pas masuk RTM sahaja.. memang MAK LAMPIR betul POLIS PENGAWAL RTM tu!!, bagi aku la... guard ni mengajar aku erti kesabaran yang sebenar. Dah la tempat parking jauh... pastu kena buat keje dua kali, kira macam pegi balik pegi balik ambik lesen semata mata nak tukar dengan pas masuk. aku terus bawak semua beg dan aku teraburkan je dokumen aku IC, LESEN, CREDIT CARD, ATM CARD, PASSPORT dan lain lain dokumen depan guard tu suh pilih mana dokumen kau nak angkat kau angkat aku cuma nak pas masuk sahaja sebab aku datang RTM bukak nak pegi DISCO tapi nak buat KEJE. habis je dengan pengawal terus aku ke WISMA RADIO RTM jumpa orang yang berkenaan untuk DRAMA RADIO ni. jadi aku jumpa la dengan KAK TIM ARTIS NAIK TANGGA TURUN TANGGA dengan ATIE AF dan DATO RAHIM RAZALI serta MAMA NORLIA GHANI yang dah tunggu aku atas kelewatan disebabkan PENGAWAL RTM yang konon-konon CEREWET yang halang aku supaya sampai awal wink*!. pastu start la drama radio..... p/s : kalau aku tak diberi masuk ke WISMA RADIO RTM hari tu PENGAWAL RTM... kau jawab la... dengan BOS RTM NANTI!! padanmuka! :P
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Zed Zaidi

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Lt. Kol (K) Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat