= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA 2009

13 disember 2009 Damansara Perdana : Sebelum aku nak bukak mukadimah mengenai Persatuan Seniman Malaysia ni.. aku just nak info kepada Ahli- Ahli SENIMAN di jemput hadir ke MESYUARAT AGUNG SENIMAN pada 18 Disember 2009 ini, bertempat di FINAS pada pukul 3 pm kerana ada banyak perubahan dan juga gelombang,calon calon dan muka muka baru untuk sesi 2009/2010. Banyak gak la aku dengan perubahan secara mendadak jadi pastikan anda hadir untuk memberi sokongan kepada industri seni kita ini. Apa yang aku dengar la.. aku terima sms dari salah seorang ahli seniman, sms dia berbunyi cam gini "Slm. Dijemput ke mesyuarat Agung Seniman pd 18hb Jumaat 3pm di pawagam P.Ramlee Finas. Sokongan amat diperlukan bagi membentuk pasukan yg mantap. Pastikan yuran di update ye, kalau tidak tak leh mengundi. :) Harun Salim Bachik akn bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden - Shahriza Mahmud. Yusof Kelana - Setiausaha Kehormat. Zulkifli Ismail - Pen. Setiausaha, Bendahari - Wafa abdul Kadir. erima kasih"

YA! memang orang baru akan berentap dengan otai nanti. Itu yang aku suka.. kalau ada pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.. yang pasti siapa menang akan menjadi kuat kerana mendapat sokongan majoriti dari akar umbi, ini di perlukan bagi calon yang bertanding dan dipilih sendiri oleh ahli seniman sendiri. Well macam aku cakap kita perlukan anjakan paradigma dalam Persatuan Seniman supaya tidak terlalu klise, dan menjadi tunggak untuk mempertahankan dan juga menjaga kebajikan artis di Malaysia ni.

Aku nak bagi tau korang la.. sebenarnya aku ni memang minat berpolitik tapi aku berpolitik menggunakan kaedah transparent supaya orang tak tau aku berkerja dengan siapa, atau aku sokong di pihak yang mana. Nak berpolitik kena bijak beb! duit kena banyak... Kawan dan contact kena besar dan berpengaruh.. kalau takde semua tu, dah lama kena BACK STEP!. banyak buku politik kat umah aku ni... banyak jugak aku dah qatam membacanya, dari situ jugak aku dapat ilmu macam mana nak berpolitik secara berkesan dan teratur, kebanyakan ahli politik ni, dari peguam. Sebab peguam je lebih ariff dalam undang- undang dan juga etika etika setiap pekara, jadi kalau nak berdebat mesti menggunakan fakta untuk menyakinkan pengundi, walaupun kita tau.. kadang kadang undang undang boleh dipersoalkan. Nasib baiklah aku belajar dalam jurusan perundangan uitm dan aku belajar sains politik, jadi aku tau macam mana aku nak jadi aku!

Bagi aku, dalam persatuan ni pun sama macam politik. Persatuan dan Pertubuhan lebih kurang sama je jalan ceritanya cuma pertubuhan lebih Complicated sikit. Nak jadi seorang pemimpin kita kena berani, bijak buat keputusan, pandai berpidato, berkarisma dan juga peka dengan keadaan masalah ahli supaya visi, misi kita tak lari dari ideologi persatuan yang di naungi. Kalau yang berkuasa dalam persatuan salah bawak ajaran, boleh terpesong akidah persatuan dan secara tak langsungnya ahli ahli pun akan terpesong. Jadi tolong la.. jangan buat taik lagi!

Aku pernah jadi Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) Persatuan Seniman tak silap aku 2 tahun lepas... aku memang serius nak memperjuangkan HAK HAK dan jugak MEMBELA ARTIS MUDA kat MALAYSIA ni. Cuma masa tu aku TAK DIBERIKAN PELUANG untuk bersuara. Mana taknya semua bos bos kat SENIMAN tu semua dah macam bapak aku dah, aku nak bersuara lantang sikit kang kata aku melawan dan nak derhaka pada bapak! pastu aku sorang je la.. yang aku nampak ARTIS MUDA dalam seniman tu, kira suara MINORITI sebab AJK muda tak banyak. Yang lain semua otai yang lebih veteran busuk busuk pun 5 tahun tua dari aku.. apa yang aku boleh buat melainkan aku duk diam tanpa boleh bercakap apa pun! Baik takyah jadi AJK kalau macam tu nak suara pun tak boleh!!

Bila aku dengar barisan baru yang nak ambik alih teraju dari yang lama.. aku suka sangat sebab diorang ni lebih kurang artis senior la... berbanding dengan artis veteran yang menerajui SENIMAN selama ni.. dapat la sikit memahami masalah ARTIS JUNIOR macam kita kita ni yedak. Tapi apa yang pasti aku cuba menjadi salah seorang AJK SENIMAN pada 18 Disember 2009 sebab aku rasa kalau pucuk pimpinan yang baru ni berjaya menerajui SENIMAN mungkin senang la sikit aku nak bersuara untuk berjuang bagi menuntut HAK HAK ARTIS MUDA di MALAYSIA yang semakin lama semakin ramai.

Korang tau tak? kalau aku di lantik menjadi AJK SENIMAN 2009 ni aku akan buat tuntutan :-
  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )
  2. Insurans ( semasa artis bekerja )
  3. Wang Deposit yang lebih sistem matic dalam pekerjaan ( mengelakan penipuan )
  4. Memperjuangkan HAK ARTIS MUDA MALAYSIA ( aktiviti artis muda )
  5. Menstandardkan bayaran artis mengikut GRED
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ( KWSP )
Benda ni sebenarnya isu lama tapi aku masih nak memperjuangkannya disebabkan tak pernah ada jawapannya dari dulu sampai sekarang! jadi apa gunanya persatuan? aku kesian tengok artis artis dulu yang mana nasibnya sekian lamanya tak di bela! jadi aku sebagai artis muda, aku taknak artis muda leka dengan masalah mereka ni. Bayangkan kalau kita dapat melaksanakan KWSP ni.. berapa banyakkah duit artis muda di masa tuanya nanti? sekurang kurangnya kalau KWSP dapat di wujudkan pada golongan artis ini, ringan la sikit bebannya nanti, boleh le gunakan duit tu buat bisnes ye tak? jadi aku memperjuangkan tak HAK ARTIS MUDA ni?

INSURANS
Ni lagi satu masalah yang takde jawapan! Aku sebagai artis terasa jugak kadang kadang bila nak buat aksi stunt production biasalah, jawapan takde badjet nak upah stuntman suh artis tu sendiri buat stunt. kalau artis tu buat stuntlah.. kalau cedera, ada orang bela dia ke, kalau dia takde insurans semasa bekerja? PERSATUAN BANK pun ada SOCSO la... Jadi PERSATUAN silalah main peranan! Jangan bila dah jadi baru nak datang kasi duit, nampak sangat macam artis yang mintak sedekah. kenapa kita tak bela artis ni sebelum dia kena? gunalah KONSEP SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!

WANG DEPOSIT YANG LEBIH SISTEM MATIC DALAM PEKERJAAN ( MENGELAKAN PENIPUAN )
Dalam soal ni, aku banyak nak tujukan kepada pelakon, kalau kita tengok penyanyi la.. nak deal senang je.. deposit.. 50% selebihnya 50% after habis show, tapi kalau pelakon? producer kalau nak pelakon memang banyak janji manis, tapi nak comfirmkan main cakap mulut je.. tapi di pihak artis pulak.. tunggu punya tunggu, tiba tiba drama tu tak jadi. Rugi ni di tanggung oleh pihak producer atau di pihak artis? sekurang kurannya kita perlu kenakan deposit pada producer, sistem kan wang deposit secara bertulis pada pelakon, supaya pelakon takde la dalam kerugian kalau tolak job lain sebab nak tunggu drama yang di janjikan oleh producer tu ye tak? jadi kat sini persatuan kena main peranan supaya artis tak di tipu dan menunggu yang sia sia. Sebagai contoh la.. kalau beli kete kita bayar 10% deposit, untuk penjual uruskan hal dokumen dan sebagainya... dan nak di jadikan cerita, yang nak beli kete ni tiba tiba tak nak beli kete pulak nak cancel jadi, deposit 10% ni pegi mana eh? jadi bak kata nabil... LU PIKIR LA SENDIRI!!

MEMPERJUANGKAN HAK ARTIS MUDA MALAYSIA (AKTIVITI ARTIS MUDA )
Yang ni lagi aku nak pertikai.. aku ni tergolong dari artis muda.. kalau la aku di beri peluang untuk menduduki jawatan dalam SENIMAN, aku akan terus membela ARTIS MUDA MALAYSIA dengan memperbanyakan lagi aktiviti orang muda supaya artis muda dapat sertai setiap aktiviti persatuan. dan kalau korang tengok la.. setiap aktiviti persatuan semua takde di selitkan aktiviti muda, balik balik aktiviti sama je setiap tahun.. pastu nak suruh aku tarik artis muda join aktiviti persatuan macam mana aku nak buat? korang bayangkan eh.. kalau aktiviti main congkak, main galah panjang, aktiviti kebudayaan dan tradisional berapa kerat sangat la artis muda nak datang... cuba selitkan aktiviti orang muda macam gig, main futsal/bowling, teater moden dan macam macam lagi aktiviti orang muda, korang rasa ARTIS MUDA ni nak JOIN tak AKTIVITI PERSATUAN?

MENSTANDARD BAYARAN ARTIS MENGIKUT GRED

korang tau tak kat hollywood benda ni dah lama diorang buat untuk menjaga rate setiap artis diorang. Sekurang kurangnya maruah artis masih lagi ada. Hollywood makin tua makin senior makin veteran makin mahal gaji dan bayarannya.. tapi di Malaysia terbalik pulak.. Lagi senior lagi veteran lagi murah... sebab producer kat Malaysia ni suka ambik kesempatan. Dekat sini la, aku terfikir untuk memperjuangkan bayaran artis mengikut gred dan menilai dari segi, populariti, umur, pengalaman, anugerah yang di terima dan sebagainya, di bahagikan kepada 3 gred, GRED A, GRED B dan GRED C, setiap gred akan di huraikan oleh aku bila aku dapat satu jawatan dalam seniman nanti. kalau tak sia sia je keje aku ni.

Dah la.. kalau aku ceritakan hal hal mengenai masalah dan juga persatuan artis di Malaysia ni sampai tahun depan pun takan habis. aku cuma nak bagi tau la.. kalau nak buat aktiviti persatuan memang boleh buat, tapi buat yang boleh menguntungkan persatuan dan jangan buat aktiviti yang sia sia sebab nak aktifkan persatuan dan nak dapat nama. Aku cuma boleh cakap kalau nak buat aktiviti tu selitla sikit untuk aktiviti orang muda supaya kita dapat memperbanyakan lagi artis muda kita ni join aktiviti persatuan. Oh ya! aku lupa? kalau selalu sangat buat aktiviti mananya nak membantu dan menjaga kebajikan artis kita eh? kalau dah sibuk buat aktiviti je.. aku cuma terfikir la.. kalau aku nak bayar rm 30 yuran ahli persatuan setahun.. APAKAH KELEBIHAN PERSATUAN TU?

Manusia merancang, Allah juga merancang rancangan manusia belum tentu berjaya kerana Allah yang Maha Kuasa Maha Bijaksana. Apa saja kehendak Allah pasti terjadi "KUN" kata Allah jadi "FAYAKUN" pasti jadi! aku ada sedikit pantun untuk di kongsi :-

Kalau tuan menebang jati,
Biar serpih jangan tumbang,
Kalau tuan mencari ganti,
Biar lebih jangan kurang.

jadi renung renungkan dan selamat beramal. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

27 ulasan:

  1. semoga berjaya memperjuangkan hak2 yang sepatutnya.. jgn biarkn golongan artis especially yg muda2 ditindas dan dibiarkan terkapai-kapai...

    BalasPadam
  2. bagus r tuh. great job ape. kau perjuangkan ape yang patut, lagipun x rase ke lambakan artis baru di Malaysia ni seperti ketandusan bakat, cume gosip yang membuatkan mereka popular berbanding bakat yang mereka ada. itu yang tak patut. lagi satu, realiti tv skrg banyak mementingkan keuntungan semata-mata walaupun mereka kate, banyak rakyat Malaysia yang berbakat dan kami cuma gilap menerusi program-program realiti seperti ini, tapi hasilnya.. sampai sekarang ada artis bekas realiti tv x bleh carik makan, buat kerja lain, dulu bukan main masa setiap minggu kritikan awk adalah generasi pelapis dalam industri hiburan yang bagus. dan macam-macam la. kadang2 aku muak gak dengar. ape, kite sekarang nih makin mengejar semua tuh ke? kalau rase mase audition, bakat diorang tuh tak menepati standard untuk jadi lebih baik, so stop la, dari teruskan program dan akhirnya, bebudak tuh gak yang susah carik makan. kesian.

    BalasPadam
  3. PLEASE come back and stay! ;)

    Nama dah dalam list calon yang bertanding!
    ===============================================

    Kepada ahli yang masih belum melunaskan bayaran yuran, jalankan tugas anda sebelum 16hb Disember, jika tidak mahu ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli yang mahukan pembaharuan drastik!

    Anda akan rugi 2 tahun lagi jika tidak menyumbang undi. Bila segalanya telah termaktub, jangan salahkan barisan baru yang dilantik jika mereka bukan yang terbaik. Semuanya kerana anda tidak berani turun menyuarakan hasrat dan pilihan demi menyeberangi kebiasaan!

    Jika keahlian telah tamat tempoh, perbaharui segera atau daftar semula sebelum terlambat!

    Salam SENIMAN, salam TANGGUNGJAWAB!

    MESYUARAT AGUNG SENIMAN SESI 2009 -2011: 18 Disember, 3pm.
    Pawagam P.Ramlee. FINAS.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Ni mmg betul mcm politik..sya kagum dgn pejuagan yg abg cuba buat..semoga bejaya!!!

    BalasPadam
  5. salam bro! mantap kamu punya manifesto.. All the best! Semoga d permudahkan segala urusan.. Aminn~

    BalasPadam
  6. Salam..

    :: Insyallah bro..kalau rezeki nak bertanding tak kemana..kalau jadi presiden Seniman suatu masa nanti jangan lupa..dari mana kita datang k..Good Luck..

    BalasPadam
  7. ok r 2.. ape2 hal semoga buat yg terbaik nanti.. jgn org anggap kita hanya pandai berkata-kata tapi xbuat keje nanti bila dah dapat jawatan 2 k..
    gud luck..

    BalasPadam
  8. PERHATIAN..SILA KLIK LINK INI.....

    http://team-hyprobulksms.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. best r bce blog zed....da lme da bce tp bru ari ni trgrak ati nk komen....nway ari 2 dpt tgk dri jauh je time zed dtg knduri uncle sy....jnji dpt tgk yedak..k gud luck...

    BalasPadam
  10. salam..chaiyok2 dalam melaksanakan perjuagan...pe yg u listkan tu mmg wajar..kox skrg ni bangla,nepal,tibet,indon pun ada diberi kelebihan dalam perkerjaan...ni kan u all yg mmg artis "M'SIA" kan...mmg perlu sume tu...byk dah kejadian tuk dijadikan contoh...
    bab bab aktiviti ni kan...hemm sedih gak ar nak main ala ala gitu kan cam aktiviti kebudayaan negara lak kikiki...ne way..SENIMAN,KARYAWAN n pe pe la mesti bersatu (jgn puak2 cam skrg ni) agak memalukan! yg tua berila peluang pd yg muda tuk bersuara..pandang n dengar!
    4 u zed...chaiyok2 ok!

    BalasPadam
  11. jarang ada artis yang begini... tp pada ayu, kwsp tu pentingle.. dgn insurans...

    BalasPadam
  12. ni yang buat paji lagi kagum ngan zed zaidi ni... anyway profima ada insuran untuk ahli... manatau seniman boleh join? just a thought.

    BalasPadam
  13. u punye perjuangan ni mmg bgs la Zed...chaiyok...smoge anda dpt jd sebahagaian drpd jawatankuasa...n remember, ble dh dpt nnt jgn tgl kt bibir aje kate2 tu...harus dilaksanakan..brlah ade "respect" dr org lain...

    BalasPadam
  14. salam...
    bagus la idea zed memperjuangkan artis2 kat msia..sy bc blog zed ni at least sy tau life artis mcmne...bleh x sy gak nk bg idea?...mybe zed byk nk request more about financial artis..is a god fr the future...idea sy,leh x mmprjuangkan artis ttg social problem artis..i mean, artis kat msia pn byk kan clubbing sume,drunk,sexy,n more to life ala2 barat..why not prsatuan artis control social problem artis n wujudkan akta baru...n do activity more bet artis n komuniti..kkdg sy tgk artis xabis2 ngn kontroversi,ade y ngaku but artis lain xnak amik pengajaran..n other one point is artis byk sgt bercerai....so, here..i want to emphasize that prsatuan artis need to do akta for social probs n isu bercerai ni...i very pity a few artist who have a bad situations....biar org or fans x pndang negative pd artis....zed give ur feedback about my comment...!??!

    BalasPadam
  15. Syabas, bro. Teruskan usaha anda :)

    BalasPadam
  16. Well written... but I hope that you are not one of those who "Do as I say, Not as I Do".
    A little peculiar on your sentence "...kalau takde semua tu, dah lama kena BACK STEP!" shouldn't BACK STEP" be spelled as 'BACKSTAB'? teeheee...!

    BalasPadam
  17. tahniah atas perlantikan menjadi exco dan ahli jawatankuasa dalam seniman.dah jadi org kuat dlm 2 biro iaitu pengerusi bagi biro seniman muda serta naib pengerusi bagi biro keahlian harap dapat buktikan sesuatu yg lebih baik....good luck...

    BalasPadam
  18. setuju bab KWSP, socso, dan gred artis, plan ni bagus utk long term...bila lihat2 artis2 jatuh sakit, makin tua makin rendah royalti...di mana nak cari duit bila memerlukan? so setuju sgt la ngn idea ni...

    teruskn usaha yer zed!

    BalasPadam
  19. erm bagus kalau ada kwsp kan...sekurangnya terjamin sikit hidup2 artis di malaysia. nama pun kerjaya so keistimewaan mestilah sama sperti orang bekerja...
    maybe sebab artis tak ada majikan so susah nak wujudkan kwsp...

    BalasPadam
  20. citer melayu yang best setakat ni cumer citer p ramlee, yang lelain tak der upaya nak trus "melekat" kat kepala otak aku.

    camner yer?

    BalasPadam
  21. semuanye pasal duit ek..gud luck

    BalasPadam
  22. Fuyooo..Gua kagum bro.... teruskan usaha murni..
    chaiyo'2... aja ja faitin'.... hope abg zed dpt ubah situasi perfileman negara kita n dpt perjuangkan hak2 artis Malaysia.. keep good work.. Syabas!!

    BalasPadam
  23. Salam, rasanya memang banyak perubahan sekarang apa yang penting "Kerja Sama:, bersatu hati dan bertimbang rasa, insyallah seniman akan menjadi lancar jika ada kesungguhan, jangan lupa juga pelakon2 cilik yang semakin berkembang diindustri nasib mereka juga perlu lah dibela dan diberi peluang bercakap.... kadang-kadang mereka ada cadangan yang lebih bernas, suara anak-anak suara yang tak pandai berbohong, apa pun seniman semakin berjaya moga terus berjaya

    BalasPadam

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!