= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Murai: Zed Zaidi Bukan Pertikai Aaron Aziz Tapi Randy Pangalila


KL, 29 OGOS 2012: Tak sangka Murai Batu. Ramai yang salah faham dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi bila portal murai.com.my paparkan kenyataannya tentang: Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang semalam.

Ramai yang ingat kenyataan Zed Zaidi tersebut ditujukan untuk aktor Aaron Aziz. Padahal, aktor Aaron Aziz tidak ada kena-mengena langsung dengan ini gambar.

Semua orang pun tahu, Aaron Aziz dah jadi penduduk tetap Malaysia. Waktu dia menang Bintang Paling Popular dulu pun, dia dah jadi penduduk tetap di negara ini. So, kes Aaron Aziz dan tutup dan dah selesai. Lagipun dia berkarya kat Malaysia bukan negara lain.

Tapi, apa yang cuba Zed Zaidi suarakan baru-baru ini adalah mengenai aktor dari seberang iaitu Randy Pangalila yang telah muncul dengan sebuah program raya tempatan.

Yang menjadi kemusykilan Zed Zaidi ialah bagaimana Randy Pangalila mampu bekerja di sini tanpa permit kerja sedangkan perkara itu sudah pun termaktub di dalam undang-undang di negara ini menerusi Finas.

Bahawasanya, mana-mana artis luar yang mahu menjayakan penggambaran di negara ini, perlulah mempunyai permit kerja sepertimana yang turut diamalkan di negara lain termasuklah Indonesia sendiri.

Zed Zaidi juga tidak menyalahkan sangat Randy Pangalila tetapi mempertikaikan Finas yang boleh terlepas pandang tentang hal tersebut, begitu juga dengan syarikat produksi yang mengambil Randy bekerja. Mengapa mereka tidak berbuat apa-apa dan membiarkan saja perkara itu berlaku.

Murai Batu harap, korang semua jangan asyik nak hentam Zed Zaidi saja. Cuba fahamkan apa yang Zed Zaidi tu nak perkatakan. Kalau tidak, sampai bila-bilalah orang luar senang nak cari makan kat negara ini, sedangkan orang kita sendiri kebuluran. Korang suka ker macam tu?

MURAIBATU: Nak call Finas dan tanya kenapa diaorang boleh terlepas pandang hal-hal macam ni?
Sumber: Portal Murai
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Zed Zaidi: Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang



Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2012: Dalam kesibukan menyambut Aidilfitri, kedengaran satu cerita panas yakni pendedahan Persatuan Seniman Malaysia melalui presidennya, Zed Zaidi tentang seorang artis luar yang bekerja dan menjalani penggambaran di sini namun tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan FINAS.
Ketika dihubungi, Zed Zaidi mempertikaikan bagaimana hal seperti ini boleh berlaku sedangkan sudah jelas ada garis panduan dan perkara yang perlu dipatuhi namun bagaimana hal seperti ini tidak diberi perhatian kerana ia telah melanggar undang-undang.
"Saya sudah menjalankan tugas sebagai presiden di mana saya harus suarakan perkara ini. Saya tidak ada masalah jika ada artis dari luar mahu berlakon atau mencari rezeki di sini tapi mereka haruslah mengikut saluran yang betul. 
"Isu ini bukan isu biasa atau peribadi tetapi garis panduannya telah pun ditetapkan FINAS melalui Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan saya apa yang saya persoalkan adalah bagaimana perkara yang melibat undang-undang seperti ini boleh terlepas pandang begitu sahaja. 
"Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan dokumen kelulusan daripada Jabatan Imigresen diperlukan bagi memperakukan perkara ini. Jika benar pihak produksi ada berbuat demikian, sila kemukakan. 
"Sebab saya jelas mengenai prosedur yang telah ditetapkan sebab itu saya hairan mengapa semudah itu artis luar keluar masuk dalam industri kita sampai boleh ada program rayanya sendiri. Itu sahaja, saya harap FINAS dan agensi berkaitan boleh tampil menjawab perkara ini,"jelas Zed yang kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang memandang mudah perkara seperti ini.
Zed juga menjelaskan dia telah bertemu dengan beberapa pihak berkenaan seperti PUSPAL dan Jabatan Imigresen bagi memperbincangkan isu ini. Selepas jelas mengenai hal ini barulah dia tampil bagi memperbetulkan keadaan kerana bagi Zed, hal seperti ini seperti menindas anak seni tempatan.
"Mungkin ramai ingat saya sekadar mahu bersuara, tetapi mereka tidak tahu apa yang saya cakap semua ada asasnya. Ada artis yang menghubungi saya dan berkata mereka setuju dengan apa yang saya katakan. Namun, mereka tidak boleh bersuara kerana bimbang akan dikecam oleh peminat artis-artis luar ini. 
"Saya mahu umum tahu, anak seni tempatan jika mahu ke luar negara kena melalui pelbagai prosedur yang jauh lebih susah. Saya sendiri pernah ditahan di Imigresen di sebuah negara dan meminta saya menunjukkan semua dokumen bagi membolehkan saya memasuki negara itu untuk menjalani penggambaran. 
"Tetapi lain pula dengan Malaysia. Jadi selain menjelaskan perkara ini, saya juga berharap pihak berkenaan lebih telus dan meneliti sebarang permohonan untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi,"tambahnya lagi.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia ini mengingatkan pihak produksi supaya menjalani prosedur yang telah ditetapkan atau Seniman dan pihak berkaitan seperti Jabatan Imigresen, PUSPAL dan lain-lain akan mengambil tindakan ke atas mereka.
"Kalau saya dapat maklumat tentang salah laku seperti ini, saya dan pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk menyerbu lokasi atau tempat penggambaran. Kerana bagi saya hal ini jika tidak dibendung akan membuatkan pihak produksi sewenang-wenangnya membawa artis luar tetapi kita sendiri bukan kata nak keluar, tempat sendiri pun susah nak cari rezeki. 
"Saya tidak mahu minda kita terus dijajah, mengagungkan orang luar kerana mereka sendiri mengagungkan bangsa dan orang mereka sendiri kenapa tidak kita tidak boleh berbuat demikian. Ini semua akan memberi kesan pada jangkamasa yang panjang. 
"Kalau tidak dibuat sekarang kita akan kehilangan identiti bangsa kita sendiri, dan perkara itu sudah berlaku pada industri muzik sampai ada yang keliru malah tidak tahu lagu yang mereka dengar itu lagu artis tempatan atau luar. 
"Suara saya ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak dan saya mahu umum jelas peranan saya bukan untuk menindas atau menjatuhkan sesiapa tetapi saya bercakap berdasarkan asas dan pandangan daripada umum dan tidak bersifat peribadi, apatah lagi perkara ini melibatkan undang-undang,"jelas Zed panjang lebar.
Sumber: Murai.Com.My
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Baby Ryan Ziqry

Khas untuk semua peminat Zed Zaidi yang masih belum menatap kecomelan baby Ryan Ziqry, buah hati kesayangan Zed Zaidi & isteri.


  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!