= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Sambung Sarjana & PhD serentak, Zed Zaidi mahu jadi artis contoh




PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya.



Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, peluang diberikan oleh pihak universiti berkenaan perlu digunakan sebaik mungkin kerana ia melibatkan masa hadapannya.




"Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.




"Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.




Zed menambah dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian iaitu tentang industri kreatif di negara ini.
Zed juga juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).


Zed akan terus komited terhadap tugasnya sebagai presiden Seniman.
Dalam pada itu, Zed berkata, dia berharap dapat menjadi contoh kepada semua ahli Seniman yang turut mempunyai keinginan menyambung pengajian di peringkat universiti pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

"Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, kesibukan dengan pengajiannya tidak akan membataskan tanggungjawab dia sebagai presiden Seniman dan dia akan terus komited terhadap tugas berkenaan.

"Memandangkan saya memilih untuk membuat kajian jadi saya tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

"Saya optimis dapat menyelesaikan pengajian dan kajian menjelang tahun 2020 nanti," ujarnya. - Ehsan Dari Mstar.Com.My
  •  
  •  
  •  
  •  
ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

Jemputan ke Majlis Hari Raya Seniman 2015


Anda semua dijemput ke Majlis Hari Raya Seniman 2015 hari ini 15hb Ogos 2015 bermula jam 2pm hingga 7pm di Finas Ulu Kelang. Jumpa di sana ya :)

Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Pinda Akta Finas: Zed Zaidi

Merasakan nasib orang seni sering terpinggir, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengharapkan agar segala permasalahan dalam industri dapat diselesaikan dengan cara yang lebih bijaksana.

Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil berharap agar setiap permasalahan daripada pengamal seni tempatan didengari dan diambil berat.

"Contohnya, kini, dana persatuan pun kita tak dapat.

"Sejujurnya, biarlah apabila tukarnya pucuk pimpinan ini, diharapkan dapatlah menteri yang baharu ini membantu," katanya.

Meletakkan harapan tinggi terhadap portfolio baharu terhadap kementerian, Zed juga mencadangkan agar Akta Finas segera dipinda dan diperkemas.

"Selama ini, Akta Finas hanya mempertahankan kebajikan filem dan langsung tidak melibatkan drama.

"Sedangkan, pembuatan filem, drama, iklan mahupun dokumen perlu melalui Finas bagi mendapatkan permit yang dipanggil Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

"Tapi, kenapa Akta Finas hanya mempertahankan filem? Bagaimana pula dengan yang lain? Ia perlu dipinda agar kebajikan semua terjaga," katanya.

Katanya, secara tidak langsung, Akta Finas juga perlu mempertahankan golongan pekerja yang terlibat dalam industri seni.

"Ini kerana, tiada wujudnya satu akta yang mempertahankan orang-orang seni.

"Sebab itu, jika dilihat, kita selalu saja diperkotak-katikkan terutamanya dalam isu pembayaran gaji," katanya.

Pada masa sama, pihaknya juga berharap agar industri seni di negara ini sama-sama dimajukan.

"Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan cuba bekerjasama sebaik mungkin dengan kementerian.

"Hubungan lebih dekat dicipta supaya mesej kerajaan dapat disalurkan sekali gus membantu usaha kerajaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author



Assalamualaikum Warga Seniman,


Perhatian,
Kepada pengiat Seni Tanah Air yang berumur 40 tahun kebawah, menceburi pelbagai bidang Seni Seperti Pelakon, Penyanyi, Komposer, Kru Production, Producer, Director serta Pelawak.


Satu program akan diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai isu Kos Sara Hidup.



Maklumat program tersebut :

1) Tajuk Program : Persidangan Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia - Kos 
Sara Hidup 
2) Tarikh : 9 Mei 2015(Sabtu)
3) Masa : 8.30 pagi hingga 2.30 petang
4) Tempat : Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Kebangsaan


Malaysia Bangi Selangor (UKM)

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh hubungi pejabat seniman di talian 03-41055442.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

ALAHAI ANUGERAH BINTANG POPULAR... AKU RASA....

Aku rasa Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP2014) yang melabuhkan tirai kelmarin terus menjadi acara pengiktirafan tahunan kepada selebriti tanah air termasuk artis negara jiran seperti Singapura yang diberi peluang sebagai calon.
Namun, selain penyampaian anugerah dan platform artis melaram, ABPBH 2014 juga tidak terkecuali menerima pelbagai komen dan reaksi daripada ramai pihak.
Sebagai peminat setia acara hiburan tanah air, aku sebagai pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tidak ketinggalan menonton acara berkenaan yang bersiaran secara langsung menerusi TV3.
Menerusi laman sosial Facebook dan twitter aku sendiri mengucapkan tahniah atas kejayaan Shaheizy Sam yang sekali lagi dipilih sebagai Bintang Paling Popular.
..
Namun, bila aku tengok penganjuran anugerah itu pada tahun ini seperti ada yang tak kena dan kebanyakan komen aku ni dipersetujui ramai pihak.
Aku gembira acara ini lebih telus berdasarkan banyak keputusan kemenangan yang mengejutkan dan di luar jangkaan berbanding keputusan pemenang pada tahun-tahun sebelumnya.
Cuma, Aku berpandangan suasana perjalanan majlis dirasakan kurang impak.
Apa yang aku nampak banyak masalah dan acara bercelaru kerana susunan pengumuman kategori anugerah berterabur secara tidak langsung menimbulkan kekeliruan kepada penonton.
Malah, penyampai anugerah sendiri ada yang nyaris tersilap mengumumkan keputusan kategori pemenang.
"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kita mudah menjangka siapa yang akan naik ke pentas dan mengambil trofi tetapi kali ini ada beberapa kejutan yang memang kita semua tidak sangka.
"Ini menunjukkan memang kemenangan itu betul-betul hasil undian peminat. Biar sekalipun ada pemenang yang memang belum dikenali tetapi mungkin artis itu cukup popular dalam kalangan peminatnya.
"Namun, sayangnya penyusunan kategori agak berterabur dan menimbulkan kekeliruan kepada kita yang menonton.
"Misalnya, jika diumumkan kategori Pelakon Baru Lelaki Popular, seterusnya mestilah untuk kategori wanita pula tetapi ia dipadankan pula dengan kategori lain.
"Bukan saja penonton yang keliru termasuk penyampai juga tersalah membacakan keputusan.
"Selain itu aku perasan ada percangahan info di mana pengacara menyebut acara kali ini masuk tahun yang ke-28 tetapi ada penyampai yang menyebut 25 tahun.
"Itu tidak sepatutnya terjadi dalam sebuah majlis anugerah berprestij sebegitu yang nampak macam tidak buat reheasal.
"Begitu juga, perjalanan anugerah kali ini juga hambar. Misalnya, dari segi persembahan, pada aku sendirilah ada yang kurang memberi impak dan membuatkan suasana majlis kurang meriah.
"Bagi aku pengisian persembahan juga penting dalam acara ini agar menimbulkan 'X factor' pada majlis tersebut.
"Hanya dua persembahan sahaja yang aku rasa cukup mencuri tumpuan kita iaitu Dayang dan Datuk Siti Nurhaliza berduet manakala penampilan empat penyanyi, Hazama, Black, Akim dan Lan (Typewriter).
"Rasanya impaknya akan lebih besar jika persembahan empat penyanyi ini diletakkan sebagai penutup majlis,"
Sekalipun penganjur mahu menampilkan pembaharuan atau kelainan, sebaiknya laksanakan dengan pendekatan yang jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya.
"Aku harap penganjur terbuka dengan apa jua komen-komen orang ramai dan kalau mahu buat kelainan sekalipun biarlah susunannya lebih tepat dan lebih memberi impak dari penganjuran sebelumnya,"
Dalam pada itu aku turut merasakan mengenai pengiktirafan melalui kategori online iaitu kategori Artis Paling Kontroversi yang disifatkannya kurang relevan dalam konteks mahu mengiktiraf seseorang artis itu.
"Kategori Artis Paling Kontroversi rasanya tidak perlu diwujudkan dalam anugerah berprestij seperti ABPBH 2014. Jika majlis anugerah kecil lain, tak apalah..
"Lagipun kalau mahu memberi penghargaan atau mengangkat populariti seseorang artis itu biarlah melalui lebih positif. Janganlah mewujudkan kategori yang boleh buat artis itu kena 'backfire' balik pada diri mereka nanti,"
Aku juga berpendapat penganjur boleh mewujudkan satu lagi kategori baru pada masa akan datang iaitu Artis Luar Negara Paling Popular.
"Kalau boleh, biarlah orang nampak kita lebih bijak. Misalnya sekadar mahu mencadangkan, penganjur boleh mewujudkan kategori Artis Luar Negara Paling Popular.
"Kita semua tahu yang industri kita mempunyai ramai artis berasal dari negara luar dan mereka sangat popular di sini.
"Bukan apa, sebab jika kita lihat anugerah-anugerah di luar negara, mereka juga mengiktiraf artis-artis yang bukan berasal dari negara mereka tetapi dimasukkan dalam satu kategori lain.
"Artis kita juga mengembangkan sayap di negara lain bukan senang boleh mendapat pengiktirafan atau penghargaan dari luar negara berbanding industri hiburan kita yang nampaknya mudah memberikan anugerah kepada orang luar.
"Jadi, mengapa tidak penganjur wujudkan satu kategori khas untuk mereka. Ini juga sebagai meningkatkan jati diri peminat sebagai rakyat Malaysia dan motivasi kepada artis-artis tanah air sendiri,"

Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Sekitar Majlis Perasmian Rakan Kembara Malaysia

Gambar dari akaun Facebook YB Dato Bung Mokhtar Radin

  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Pelancaran Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia (RKM) peringkat WP Putrajaya

Assalamualaikum... Semua di jemput hadir ke Pelancaran Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia (RKM) peringkat WP Putrajaya di mana saya telah di lantik sebagai Yang Di Pertua (YDP) RKM Putrajaya.

Majlis Perasmian akan diadakan pada hari ini 15 March 2015 di Dataran Central Market Pintu Hadapan dan pelancaran akan bermula pada jam 1 tengahari. Dalam Program perasmian dan pelancaran RKM ini telah pihak kami telah menyediakan booth-booth bagi perniaga dan penaja dan bertapak dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Pelbagai acara telah di sediakan selain persembahan artis, tapak pameraan, pendaftaran ahli baru RKM, konvoi bermotorsikal dari putrajaya ke central market dan banyak lagi. Perasmian RKM peringkat WP putrajaya ini akan di rasmikan oleh Datuk Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan Merangkap Pengerusi Felcra dan juga Datuk Johari Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Pengerusi Uda Holding.

Terima kasih Kepada Rakan Niaga, Rakan NGO Kementerian Wilayah Persekutuan, 1M4U, DBKL, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Pemuda Umno Bahagia Putrajaya, Pemuda Umno Bukit Bintang, Persatuan Seniman , KPDNKK, MAJU Selangor FM , Felcra, KOSENI Berhad , dan agensi2 dan NGO2.

Jemput hadir kepada semua rakan-rakan facebook, twitter, instagram, dan lain lain medium media sosial dan cabutan bertuah sedia menanti anda.
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Tasha mangsa spekulasi ‘escort girl’

Foto: The Rakyat Post
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyokong penuh tindakan pelakon Tasha Shila yang mempertahan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah yang mendakwa dirinya terlibat dengan kegiatan escort girl. Presidennya, Zed Zaidi berkata pihaknya bersedia membantu aktres berkenaan dalam kemelut spekulasi yang melandanya kini.
“Saya harap Tasha lebih tabah mengharungi gosip. Ini pernah juga terjadi kepada saya dahulu. Saya harap Tasha kuat,” katanya. 
“Apa yang dia (Tasha) buat adalah hak dia. Seniman menyokong penuh tindakannya,” ujarnya. 
Menurutnya, tindakan Tasha yang diwakili peguamnya, Fahda Ahmad Kamar menghantar notis amaran dengan mengemukakan tiga tuntutan kepada stesen televisyen adalah salah faham. Jelasnya, media hanya menjalankan tugas mengikut etika kewartawanan dan masing-masing harus menghormati sesama mereka.

Baca artikel penuh di sini.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Artis Juga Sokong Saranan Menteri Dato Sri Ismail Sabri Supaya Turun Harga Barang




"Saya bersetuju dengan apa yang dicakapkan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai isu ini. Apa yang dikatakan beliau benar. Kalau ikutkan masa harga minyak naik, semua barang pun naik.

Tetapi mengapa ketika harga minyak turun, harga barang masih meningkat. Mungkin peniaga, pembekal dan pemborong ada agenda tersendiri." - Zed Zaidi
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

(Astro Awani) Isu Fifty Shades of Grey: Filem erotik bunuh budaya ketimuran negara - Zed Zaidi

Foto: Astro Awani
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, babak-babak panas di dalam filem berkenaan sebenarnya boleh mempengaruhi golongan muda-mudi untuk mencontohi adegan berkenaan di alam nyata.

"Sebenarnya filem ini mempengaruhi masyarakat kita secara keseluruhannya. Apa yang dilakukan kerajaan dilihat langkah bijak yang harus dihargai semua.

"Jika ia tidak disekat, pasti pelbagai gejala sosial lain boleh timbul akibat pengaruh penonton kepada filem ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Filem adaptasi novel itu diumum tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotik.

Dalam pada itu kata Zed Zaidi, penayangan filem itu dilihat bentuk agenda negara Barat untuk merosakkan budaya murni ketimuran yang dipegang negara sejak sekian lama. "Ini agenda luar yang cuma 'cucuk jarum' melalui propaganda filem untuk merosakkan budaya dan keharmonian antara kaum.

"Mereka (negara barat) memang sentiasa cuba merosakkan negara luar dengan anasir yang dibawa melalui muzik, gambar-gambar dan kini melalui filem. "Apabila 'jarum' mereka 'dicucuk', satu pembawaan imej mengikut kemahuan barat dapat dilabel di dalam fikiran golongan sasar, seperti contoh mereka melabel pengganas dengan orang Arab," jelasnya.

Katanya lagi, pelbagai aspek negatif yang cuba diserap di dalam filem sebelum ini harus dipantau kerajaan terhadap filem-filem berunsur negatif selepas ini. "Sebagai contoh, ada filem yang mengajar cara-cara mencuri dengan teknik profesional dan ia diikut penjenayah di negara ini.

"Sama juga konsepnya dengan filem berunsur erotik seperti ini. Ia hanya mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial yang hanya memalukan negara kelak," jelasnya.

Artikel penuh di Astro Awani
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

mStar: Keluarga Kesal Penyebaran Gambar Jins Shamsuddin

Foto: mStar Online
"Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dahulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tetapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Jins pada lawatan tersebut selain membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, penyebaran gambar tersebut jelas memperlihatkan kuasa dan bahaya media sosial sekiranya ia digunakan tanpa etika dan tanggungjawab sehingga mampu menimbulkan salah faham dan fitnah tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Inilah bahayanya media sosial kerana pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan demi untuk menaikkan rating dan meraih perhatian pengguna lain.

"Tanpa mengambil kira impaknya kepada keluarga dan masyarakat disekeliling yang jelas mampu menimbulkan salah faham," ujarnya.

Artikel penuh di mStar Online.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Ziarah Seniman Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin

Foto dari halaman Facebook ZRain Ishak.
Semoga Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin semakin sihat dan diberikan kekuatan untuk terus berjasa. 

Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia yang sangat dihormati atas kaliber dan kewibawaan beliau.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Harian Metro * myMetro: Tan Sri Jins Shamsuddin Menerima Lawatan Presiden Seniman, Zed Zaidi

FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
BEKAS Senator dan pengarah filem, Tan Sri Jins Shamsuddin, 79, yang menghidap Alzheimer ketika menerima lawatan Presiden SENIMAN Zed Zaidi di kediamannya di Hulu Klang, pagi tadi. 
Laporan sebelum ini:
'Ayah bukan uzur'
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

mStar: Artis Tanah Air Bersama AADK Bantu Mangsa Banjir

Photo: mStar
KUALA LUMPUR: Beberapa artis tanah air bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Skuad 1Malaysia turun padang ke Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, misi bantuan yang disertai 30 orang itu diketuai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

"Sukarelawan akan memberi bantuan tenaga kerja seperti melaksanakan gotong-royong membersihkan rumah dan kawasan persekolahan serta sokongan emosi.

"Di samping itu, sukarelawan juga membawa barangan keperluan termasuk beras dan lampin bayi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di perkarangan Menara Mara di sini, Isnin.

Selepas ke Kelantan, misi berkenaan akan diteruskan di negeri Terengganu, Pahang dan Perak. Untuk bacaan penuh sila klik sini.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!