mStar: Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan
9:30:00 PGPETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Sumber: mStar
My Seniman satu penjenamaan terbaik! Anak Seni Pewaris Budaya, Seniman Rakyat Untuk Negara
10:55:00 PTGPress conference Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ismail Sabri mengenai matlamat Seniman serta pelancaran penjenamaan My Seniman kepada beberapa produk!
Memang sangat progressif! Tahniah!!!
Anak seni pewaris budaya, Seniman rakyat untuk negara!
Majlis Mega Raya Seniman
1:11:00 PG
Anda semua dijemput hadir ke Majls Mega Raya Seniman yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Perdagangan & Perindustrian Muslim Malaysia. Ianya akan berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 17hb September 2012 (Isnin) bermula jam 12tghari hingga jam 6 petang.
Majlis akan dirasmikan oleh Menteri KPDNKK Dato' Sri Ismail Sabri. Semoga semuanya berjalan lancar dan sukses! Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Majlis akan dirasmikan oleh Menteri KPDNKK Dato' Sri Ismail Sabri. Semoga semuanya berjalan lancar dan sukses! Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.