= TERKINI=
Perkembangan semasa..

ZED JADI PRODUCER FILEM TAIKO. BETUL KE?

Damansara Perdana : Assalamualaikum kepada semua blogger yang mengenali diri aku, dan kepada yang lain lain yang tak segaja membaca blog aku ni just to say helo, helo helo.....!!! ok. Penat dah ni.. hari ni aku nak bercerita mengenai filem yang akan aku terbitkan melalui company aku sendiri D Zed Resources Sdn Bhd filem TAIKO. Filem ni mengisahkan alam gangster di Malaysia di mana aku nak tunjukkan di dalam filem ni, gangster melayu pun stylo, gangster melayu juga kaya dan gangster melayu jugak berpelajaran, semua mengenai gangster. Aku ni sebenarnya bukan nak tiru mana mana filem yang buat cerita gangster kat malaysia ni, sebenarnya aku dah ada lama cerita pasal gangster ni cuma bila nak menterjemahkan melalui filem masa dulu tak boleh jadi kenyataan di sebabkan BAJAZ ( budjet ) tapi bila sekarang ni bila korang tengok aku dah mula nak buat filem TAIKO ni bermakna BAJAZ dah ada... :) * wink!

Kalau korang tengok kat atas korang ni, poster DUMMY je... aku tak letak real poster lagi... real poster kena letak gambar artis, gambar hero-hero dan heroin dalam filem ni. Filem TAIKO yang akan aku shoot tak lama lagi ni dibarisi pelakon pelakon HEBAT dan POPULAR masa kini macam FAIZAL HUSSEIN, NEELOFA, BETO KHUSYAIRI, NAMRON, ZED ZAIDI, QAZEEM NOOR, MARIA FARIDA, JUE AZIZ, AZHAN RANI, ACHONG, JOEY DAUD, CHRISTINA SUZZANE STOCKSTILL dan ramai lagi...

Specialnya filem TAIKO ni aku buat heroin NEELOFA fight! korang pernah tengok NEELOFA yang cun yang mantap lagi fofular ni fight?? hmmm... agak agaknya camna eh?? :P *wink! bagi aku, aku ada citarasa aku tersendiri, pemilihan NEELOFA sebagai HEROIN filem TAIKO sangat tepat! malah kalau korang nak tau aku suruh NEELOFA menyanyi untuk tema filem TAIKO ni. NEELOFA mungkin akan menyanyi dengan cousin baik dia sendiri nak tau sape??? kena tunggu... aku tak boleh ceritakan dengan siapa tapi aku dah kasi hint dengan siapa NEELOFA akan berduet. :) Aku masih menunggu keputusan dari ALTIMET dan juga JOE FLIZZOW untuk sertai aku untuk filem TAIKO ni, dan planning aku, aku nak buat VIDEO KLIP filem TAIKO ni dulu baru keluar FILEM tahun depan, kira marketing planing lah ni...

Abang FAIZAL HUSSEIN pun bersetuju nak join aku, pelakon legend ni memang dah lama tolong aku dari sembilu lagi. Pssstt...!! korang nak tau satu rahsia tak... kalau tak kerana Legend ni aku dah lama chiow dari buat drama sembilu dulu dulu tau. Sepatutnya musim pertama aku buat musim kedua aku dah takde tapi di atas nasihat Legend kita ni buatkan aku bertahan dengan drama sembilu hampir lapan musim dari mula aku start sampai la habis. Aku masih ingat kata kata legend yang menjadi idola aku dan idola pada mat mat rempit dengan ceritanya dulu gila gila remaja,Legend cakap " dik kalau nak pijak bara tu, pijak la sampai habis " sampai sekarang aku pegang kata kata Legend FAIZAL HUSSEIN ni, kadang kadang aku gunakan jugak pepatah dia pada orang lain untuk di jadikan PEDOMAN HIDUP hehehehe... * wink!

NAMRON, BETO, AZHAN RANI, memang tidak asing lagi dalam dunia lakonan INDIE! kenapa aku cuba nak dapatkan diorang semua ni, sebab dalam lakonan pelakon INDIE ni sangat hebat!! berlakon bukan mencari duit semata mata tapi kepuasaan dengan jalan cerita yang baik, watak yang baik buat mereka mereka ini nak bantu aku dalam filem TAIKO ni terima kasih kawan kawan tanpa korang siapa la aku!!

Paduka Ayahanda Angah Ariffin Hj Abu Bakar dan Ayahanda IEN banyak membantu dalam penceritaan asal filem TAIKO. Diorang ni juga akan menjadi penasihat dan akan membantu memberi nasihat serta membawa anak anak buah mereka untuk berlakon bersama sama dalam filem TAIKO ini. Malah mereka juga memberi jaminan yang besar sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak di ingini mereka akan berjuang habis habisan bagi melihat filem TAIKO sehingga filem ini muncul di pawagam tahun depan insyallah.. thank u ayah ayah semoga jasamu di kenang, dan allah akan membalas jasa baikmu itu.

Aku belum start shooting lagi banyak penajaan dah masuk... penaja yang dah comfirm nak sponsor filem TAIKO ialah FORCE FITNESS GYM, akan menaja khimat permakanan yang sihat dan baik untuk pelakon supaya fit semasa nak shooting nanti, khimat personal trainer, gym location shooting manakala satu syarikat penajaan baju sport untuk shooting juga telah di luluskan bagi menaja baju baju serta kasut sport untuk shooting dan training nama syarikat tak dapat disiarkan sebab syarikat ni malu malu kucing nak bagi tau... malu konon pirahh..!!! :P VINCENT SALOON juga akan menaja dari bentuk pengubahan IMEJ kepada para pelakon, saloon ni ada di setiawangsa kalau korang nak datang pun boleh coz dia bukan ada saloon rambut je, dia ada facial body massage dan macam macam lagi. Selain menaja pengubahan IMEJ pelakon filem TAIKO ni VINCENT SALOON akan menaja saloonnya sebagai tempat lokasi pengambaran. Syarikat penjualan kereta juga bersetuju ingin menaja kereta-kereta mewah untuk dijadikan kereta untuk shooting.. kereta yang akan di taja FERRARI, BENTLEY, HAMMER, AUDI R8, LAMBOGINI dan lain lain :) thank u!. Syarikat bas WAN EXPRESS akan menaja dalam bentuk promosi nanti.. mereka akan menyediakan bas untuk artis artis dan juga akan mengedarkan FLYERS filem TAIKO kepada pelanggan pelanggannya. Bagi KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN pulak akan menaja lokasi seperti STADIUM BUKIT JALIL, KOMPLEKS RAKAN MUDA DI MONT KIARA, PUSAT LATIHAN MSN KERAMAT dan lain lain lagi bagi tujuan memperkasakan filem TAIKO ini, terima kasih kepada cik mod dan juga TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DATO RAZALI IBRAHIM kerana membantu aku.

Kalau korang nak tau.. pengarah filem ni muda, hensem muka tak gangster pun tapi boleh direct cerita gangster korang bayangkan.... cuba banyangkan sebab aku tak terbayang bayang... dia juga yang membuat skrip, skrinplay Executive Producer ( EP ) dan menjadi rakan baik aku masa susah semasa proses menuju ke pembikinan filem ni tau. Nama dia SYARIMAN YAKOOB sangat pandai dan energetic aku suka dengan cara dia sangat rajin dan sensitip. :P Dia akan di bantu oleh pengarah profesional IMRAN HJ ISMAIL dan Director of ACTION dari HOLLYWOOD dan pernah membantu mengarah filem aksi seperti TOM YUM GUN, ONG BAK dan macam macam lagi nama mamat orang putih ni JOHN LADASKI tak caya pi search kat yahoo ke google ke.. ada la gambar mamat orang putih ni dengan jackie chan, tony jar, chung yo fatt dan banyak lah.. ada sorang lagi yang banyak membantu aku JOBOT hero orang MINYAK.. banyak jugak tolong aku dia ni pun sensitip memandangkan dia ni memang suka pada gadis gadis tak kira la tukang saloon, cleaner dan sebagainya semua dia belasah aku kasi title kat bisnes kad dia CASTING DIRECTOR biar dia kasi director dan gadis gadis untuk filem ni nanti hahaha...

Yang terakhir kepada my wife yang banyak membantu dan memahami kerjaya aku, aku sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang sanggup berkorban kepada suami untuk menuju kejayaan serta kerjaya yang tidak mempunyai masa yang banyak dengan keluarga. Maafkan aku kerana semua yang aku buat ini, adalah untuk KELUARGA KU!! KESELESAAN KELUARGA KU!!!, serta KEBAHAGIAN KELUARGA KU demi untuk isteri tersayang!!!


"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)

Zed Zaidi Zed Zaidi Author

TIPS CINTA ZED ZAIDI? ( TIPS KETIGA )

Sini ada TIPS CINTA yang aku dah buat lama banyak save dalam handphone je aku tulis melalui pengalaman dan penjalanan cinta orang lain depan mata aku kalau korang pengguna DIGI korang boleh ON kan melaui SMS taip je ON TIPS ZED dan SEND to 2000 nanti dapat lah TIPS ZED every week!. :)

  1. Seni mempertahankan cinta berkekalan - keikhlasan dalam mengizinkan pasangan membuat sesuatu pekara kerana dia pasti balik dengan lebih mencintai terutamanya lelaki.
  2. Kenapa pertengkaran itu menyakitkan ini bukan kerana apa yang di ucapkan tetapi bagaimana kita mengucapkan sesuatu pekara itu. it's what we say, but how we say.
  3. Kebanyakan pasangan bertengkar kerana sesuatu pekara dan tanpa di sedari dalam masa 5 minit mereka akan bertengkar pula kerana apa yang diucapkan semasa pertengkaran.
  4. Cinta itu mengharapkan balasan, kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia kalau bercinta tidak hanya memberi tapi ingin juga menerima.
  5. Elakan sifat cinta yang kadang kadang menguasai kekasih itu hanya untuk dirinya sehingga lupa akan kebebasan individual pasangannya, ini sangat negatif.
  6. Cinta dapat membuat kita melayang tinggi di langit biru, yang dipenuhi oleh awan penyejuk hati namun, terkadang cinta jua membuat kita menjadi insan yang terbelenggu
  7. Cinta bukan hanya rayuan gombal, tapi cinta adalah kesahajaan hati cinta sebagai embun di pagi hari, cinta bagai panas di siang hari, cinta bagai bekuan ais yang takan cair.
  8. Cintaku untuknya telah aku berikan, rasa yang ada dihatiku telah aku tuangkan, semua yang ada ku persembahkan kerana cintamu telah aku ciptakan. Semua hanya untukmu seorang.
  9. Cinta memang indah, sekiranya ia dapat menyatukan dua insan, namun disebaliknya berlaku sang pencinta akan melalui hari harinya dengan kerinduan yang tiada noktahnya.
  10. Cinta itu boleh diumpamakan, bagai makan sambal belacan walaupun pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua, tapi awas jangan makan berlebihan nanti pedih hati kerana terluka.

"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!