= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA 2009

13 disember 2009 Damansara Perdana : Sebelum aku nak bukak mukadimah mengenai Persatuan Seniman Malaysia ni.. aku just nak info kepada Ahli- Ahli SENIMAN di jemput hadir ke MESYUARAT AGUNG SENIMAN pada 18 Disember 2009 ini, bertempat di FINAS pada pukul 3 pm kerana ada banyak perubahan dan juga gelombang,calon calon dan muka muka baru untuk sesi 2009/2010. Banyak gak la aku dengan perubahan secara mendadak jadi pastikan anda hadir untuk memberi sokongan kepada industri seni kita ini. Apa yang aku dengar la.. aku terima sms dari salah seorang ahli seniman, sms dia berbunyi cam gini "Slm. Dijemput ke mesyuarat Agung Seniman pd 18hb Jumaat 3pm di pawagam P.Ramlee Finas. Sokongan amat diperlukan bagi membentuk pasukan yg mantap. Pastikan yuran di update ye, kalau tidak tak leh mengundi. :) Harun Salim Bachik akn bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden - Shahriza Mahmud. Yusof Kelana - Setiausaha Kehormat. Zulkifli Ismail - Pen. Setiausaha, Bendahari - Wafa abdul Kadir. erima kasih"

YA! memang orang baru akan berentap dengan otai nanti. Itu yang aku suka.. kalau ada pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.. yang pasti siapa menang akan menjadi kuat kerana mendapat sokongan majoriti dari akar umbi, ini di perlukan bagi calon yang bertanding dan dipilih sendiri oleh ahli seniman sendiri. Well macam aku cakap kita perlukan anjakan paradigma dalam Persatuan Seniman supaya tidak terlalu klise, dan menjadi tunggak untuk mempertahankan dan juga menjaga kebajikan artis di Malaysia ni.

Aku nak bagi tau korang la.. sebenarnya aku ni memang minat berpolitik tapi aku berpolitik menggunakan kaedah transparent supaya orang tak tau aku berkerja dengan siapa, atau aku sokong di pihak yang mana. Nak berpolitik kena bijak beb! duit kena banyak... Kawan dan contact kena besar dan berpengaruh.. kalau takde semua tu, dah lama kena BACK STEP!. banyak buku politik kat umah aku ni... banyak jugak aku dah qatam membacanya, dari situ jugak aku dapat ilmu macam mana nak berpolitik secara berkesan dan teratur, kebanyakan ahli politik ni, dari peguam. Sebab peguam je lebih ariff dalam undang- undang dan juga etika etika setiap pekara, jadi kalau nak berdebat mesti menggunakan fakta untuk menyakinkan pengundi, walaupun kita tau.. kadang kadang undang undang boleh dipersoalkan. Nasib baiklah aku belajar dalam jurusan perundangan uitm dan aku belajar sains politik, jadi aku tau macam mana aku nak jadi aku!

Bagi aku, dalam persatuan ni pun sama macam politik. Persatuan dan Pertubuhan lebih kurang sama je jalan ceritanya cuma pertubuhan lebih Complicated sikit. Nak jadi seorang pemimpin kita kena berani, bijak buat keputusan, pandai berpidato, berkarisma dan juga peka dengan keadaan masalah ahli supaya visi, misi kita tak lari dari ideologi persatuan yang di naungi. Kalau yang berkuasa dalam persatuan salah bawak ajaran, boleh terpesong akidah persatuan dan secara tak langsungnya ahli ahli pun akan terpesong. Jadi tolong la.. jangan buat taik lagi!

Aku pernah jadi Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) Persatuan Seniman tak silap aku 2 tahun lepas... aku memang serius nak memperjuangkan HAK HAK dan jugak MEMBELA ARTIS MUDA kat MALAYSIA ni. Cuma masa tu aku TAK DIBERIKAN PELUANG untuk bersuara. Mana taknya semua bos bos kat SENIMAN tu semua dah macam bapak aku dah, aku nak bersuara lantang sikit kang kata aku melawan dan nak derhaka pada bapak! pastu aku sorang je la.. yang aku nampak ARTIS MUDA dalam seniman tu, kira suara MINORITI sebab AJK muda tak banyak. Yang lain semua otai yang lebih veteran busuk busuk pun 5 tahun tua dari aku.. apa yang aku boleh buat melainkan aku duk diam tanpa boleh bercakap apa pun! Baik takyah jadi AJK kalau macam tu nak suara pun tak boleh!!

Bila aku dengar barisan baru yang nak ambik alih teraju dari yang lama.. aku suka sangat sebab diorang ni lebih kurang artis senior la... berbanding dengan artis veteran yang menerajui SENIMAN selama ni.. dapat la sikit memahami masalah ARTIS JUNIOR macam kita kita ni yedak. Tapi apa yang pasti aku cuba menjadi salah seorang AJK SENIMAN pada 18 Disember 2009 sebab aku rasa kalau pucuk pimpinan yang baru ni berjaya menerajui SENIMAN mungkin senang la sikit aku nak bersuara untuk berjuang bagi menuntut HAK HAK ARTIS MUDA di MALAYSIA yang semakin lama semakin ramai.

Korang tau tak? kalau aku di lantik menjadi AJK SENIMAN 2009 ni aku akan buat tuntutan :-
  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )
  2. Insurans ( semasa artis bekerja )
  3. Wang Deposit yang lebih sistem matic dalam pekerjaan ( mengelakan penipuan )
  4. Memperjuangkan HAK ARTIS MUDA MALAYSIA ( aktiviti artis muda )
  5. Menstandardkan bayaran artis mengikut GRED
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ( KWSP )
Benda ni sebenarnya isu lama tapi aku masih nak memperjuangkannya disebabkan tak pernah ada jawapannya dari dulu sampai sekarang! jadi apa gunanya persatuan? aku kesian tengok artis artis dulu yang mana nasibnya sekian lamanya tak di bela! jadi aku sebagai artis muda, aku taknak artis muda leka dengan masalah mereka ni. Bayangkan kalau kita dapat melaksanakan KWSP ni.. berapa banyakkah duit artis muda di masa tuanya nanti? sekurang kurangnya kalau KWSP dapat di wujudkan pada golongan artis ini, ringan la sikit bebannya nanti, boleh le gunakan duit tu buat bisnes ye tak? jadi aku memperjuangkan tak HAK ARTIS MUDA ni?

INSURANS
Ni lagi satu masalah yang takde jawapan! Aku sebagai artis terasa jugak kadang kadang bila nak buat aksi stunt production biasalah, jawapan takde badjet nak upah stuntman suh artis tu sendiri buat stunt. kalau artis tu buat stuntlah.. kalau cedera, ada orang bela dia ke, kalau dia takde insurans semasa bekerja? PERSATUAN BANK pun ada SOCSO la... Jadi PERSATUAN silalah main peranan! Jangan bila dah jadi baru nak datang kasi duit, nampak sangat macam artis yang mintak sedekah. kenapa kita tak bela artis ni sebelum dia kena? gunalah KONSEP SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!

WANG DEPOSIT YANG LEBIH SISTEM MATIC DALAM PEKERJAAN ( MENGELAKAN PENIPUAN )
Dalam soal ni, aku banyak nak tujukan kepada pelakon, kalau kita tengok penyanyi la.. nak deal senang je.. deposit.. 50% selebihnya 50% after habis show, tapi kalau pelakon? producer kalau nak pelakon memang banyak janji manis, tapi nak comfirmkan main cakap mulut je.. tapi di pihak artis pulak.. tunggu punya tunggu, tiba tiba drama tu tak jadi. Rugi ni di tanggung oleh pihak producer atau di pihak artis? sekurang kurannya kita perlu kenakan deposit pada producer, sistem kan wang deposit secara bertulis pada pelakon, supaya pelakon takde la dalam kerugian kalau tolak job lain sebab nak tunggu drama yang di janjikan oleh producer tu ye tak? jadi kat sini persatuan kena main peranan supaya artis tak di tipu dan menunggu yang sia sia. Sebagai contoh la.. kalau beli kete kita bayar 10% deposit, untuk penjual uruskan hal dokumen dan sebagainya... dan nak di jadikan cerita, yang nak beli kete ni tiba tiba tak nak beli kete pulak nak cancel jadi, deposit 10% ni pegi mana eh? jadi bak kata nabil... LU PIKIR LA SENDIRI!!

MEMPERJUANGKAN HAK ARTIS MUDA MALAYSIA (AKTIVITI ARTIS MUDA )
Yang ni lagi aku nak pertikai.. aku ni tergolong dari artis muda.. kalau la aku di beri peluang untuk menduduki jawatan dalam SENIMAN, aku akan terus membela ARTIS MUDA MALAYSIA dengan memperbanyakan lagi aktiviti orang muda supaya artis muda dapat sertai setiap aktiviti persatuan. dan kalau korang tengok la.. setiap aktiviti persatuan semua takde di selitkan aktiviti muda, balik balik aktiviti sama je setiap tahun.. pastu nak suruh aku tarik artis muda join aktiviti persatuan macam mana aku nak buat? korang bayangkan eh.. kalau aktiviti main congkak, main galah panjang, aktiviti kebudayaan dan tradisional berapa kerat sangat la artis muda nak datang... cuba selitkan aktiviti orang muda macam gig, main futsal/bowling, teater moden dan macam macam lagi aktiviti orang muda, korang rasa ARTIS MUDA ni nak JOIN tak AKTIVITI PERSATUAN?

MENSTANDARD BAYARAN ARTIS MENGIKUT GRED

korang tau tak kat hollywood benda ni dah lama diorang buat untuk menjaga rate setiap artis diorang. Sekurang kurangnya maruah artis masih lagi ada. Hollywood makin tua makin senior makin veteran makin mahal gaji dan bayarannya.. tapi di Malaysia terbalik pulak.. Lagi senior lagi veteran lagi murah... sebab producer kat Malaysia ni suka ambik kesempatan. Dekat sini la, aku terfikir untuk memperjuangkan bayaran artis mengikut gred dan menilai dari segi, populariti, umur, pengalaman, anugerah yang di terima dan sebagainya, di bahagikan kepada 3 gred, GRED A, GRED B dan GRED C, setiap gred akan di huraikan oleh aku bila aku dapat satu jawatan dalam seniman nanti. kalau tak sia sia je keje aku ni.

Dah la.. kalau aku ceritakan hal hal mengenai masalah dan juga persatuan artis di Malaysia ni sampai tahun depan pun takan habis. aku cuma nak bagi tau la.. kalau nak buat aktiviti persatuan memang boleh buat, tapi buat yang boleh menguntungkan persatuan dan jangan buat aktiviti yang sia sia sebab nak aktifkan persatuan dan nak dapat nama. Aku cuma boleh cakap kalau nak buat aktiviti tu selitla sikit untuk aktiviti orang muda supaya kita dapat memperbanyakan lagi artis muda kita ni join aktiviti persatuan. Oh ya! aku lupa? kalau selalu sangat buat aktiviti mananya nak membantu dan menjaga kebajikan artis kita eh? kalau dah sibuk buat aktiviti je.. aku cuma terfikir la.. kalau aku nak bayar rm 30 yuran ahli persatuan setahun.. APAKAH KELEBIHAN PERSATUAN TU?

Manusia merancang, Allah juga merancang rancangan manusia belum tentu berjaya kerana Allah yang Maha Kuasa Maha Bijaksana. Apa saja kehendak Allah pasti terjadi "KUN" kata Allah jadi "FAYAKUN" pasti jadi! aku ada sedikit pantun untuk di kongsi :-

Kalau tuan menebang jati,
Biar serpih jangan tumbang,
Kalau tuan mencari ganti,
Biar lebih jangan kurang.

jadi renung renungkan dan selamat beramal. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!