= TERKINI=
Perkembangan semasa..

mStar: Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Sumber: mStar
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

My Seniman satu penjenamaan terbaik! Anak Seni Pewaris Budaya, Seniman Rakyat Untuk Negara



Press conference Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ismail Sabri mengenai matlamat Seniman serta pelancaran penjenamaan My Seniman kepada beberapa produk!

Memang sangat progressif! Tahniah!!!

Anak seni pewaris budaya, Seniman rakyat untuk negara!
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Majlis Mega Raya Seniman


Anda semua dijemput hadir ke Majls Mega Raya Seniman yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Perdagangan & Perindustrian Muslim Malaysia. Ianya akan berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 17hb September 2012 (Isnin) bermula jam 12tghari hingga jam 6 petang.

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri KPDNKK Dato' Sri Ismail Sabri. Semoga semuanya berjalan lancar dan sukses! Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Zed Zaidi kini di Sabah!


Program Raya di Sabah bersama Jamawi Jaafar!
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!