= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Aku Cuti di Pulau Bidong.. seronoknya..!!

aku bercuti di pulau bidong pulau yang aku dan geng aku je ada kat sana.. bukan senang nak pegi pulau tu kena ada contact kalau tak? tak dapek lah den nak nolong... hehehe..private pulau dijaga oleh kerajaan negeri terengganu bawah pulau redang. Sebenarnya pulau ni banyak kenangan, aku baru tau pulau tu adalah pulau tempat pelarian VIETNAM. banyak jugak la.. kubur aku jumpa kat sana... kapal karam dalam laut tepi pulau bidong tu semua tu kapal diorang la.. tengelam ramai yang mati bawah laut tu.. so aku nyelam sambil minum air. aku dive dan juga aku snorkeling di pulau karah yang orang datang buat penyelidikan je..sama la dengan pulau bidong.. cuma pulau bidong yang selalu buat research universiti malaysia terengganu. research pasal ikan la... rumpai laut la.. tah apa kebenda lagi aku pun tak paham.. so kalau nak kawin dengan orang pulau kena tau pasal ikan dulu. :P neway ada banyak gambar lagi aku nak load cuma pihak media tak kasi aku publish lagi sebelum gambar aku cuti cuti pulau BIDONG ni tak keluar lagi dalam majalah. so kena tunggu la.. kalau korang nak tanya pasal pulau BIDONG ni PULAU PENINGALAN PELARIAN VIETNAM korang kasi je komen bila aku balik shooting nanti aku jawab.. sekarang pun sibuk shooting drama CUCI so korang paham paham la.. masa aku tu terhad la sikit nak membalas.. balas mana dan je.. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

Mari MEMBACA.. baca buku ke korang ni?

hari yang membosankan.. lepas je balik dari drama radio tadi kat rtm terus ke menara kl ade PC dengan bapak dafi sempena pelancaraan kelab sukan celebrity. so aku datang support la.. pastu balik umah mak aku kejap kat keramat.. ambik buku.. dan bawak balik buku ke rumah aku di damansara untuk membaca. sebenarnya membaca ni boleh tambahkan ilmu kita dalam diam tau.. secara otomatiknya bila kita membaca kita akan memahami keadaan semasa tak kira la kita baca buku hiburan dan gosip ke.. cintan-cintun ke, politik ke... asalkan kita membaca kalau korang tak percaya cuba korang membaca pastu kasi comment kat aku. oh ye lupa nak bagi tau korang... aku akan cuti sambil bekerja di PULAU BIDOR 18 feb - 22 feb 2009 aku akan update blog aku setelah aku balik dari pulau nanti.. jadi teruskan menyebarkan http://zedzaidi.blogspot.com pada kawan kawan punya kawan kawan anda selain terus memberikan comment yang bernas ok. insyallah aku akan loadkan gambar terbaru aku di pulau nanti. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

WHY DO SO MANY PEOPLE FALL IN LOVE WITH THE WRONG PERSON?

The question to ask is not if i feel that i'm really in love but rather, is the love i feel the kind of love on which i can build a lasting relationship or marriage?
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

im lonely...help me...!!



hey hi kawan kawan... ishh.. tak tahu la.. sejak kebelakangan ni... zed rasa macam tertekan sangat... nak tau pasal apa... hmmm... pasal zed rasa sunyi.. sunyi disebabkan takde kekasih.. tak ada gurlpren.. :( hmm.. kekadang tu terasa la jugak tengok kekawan semua dah kawin dah ada anak.. sebenarnya zed nak anak tau.. zed suka budak budak.. tapi tak kawin lagi macam mana nak buat anak sendirikan :) harap harap tuhan cepatkan jodoh zed.. sebab banyak dah zed berkawan dengan perempuan tapi semuanya tak menjadi tak tahu kenapa? mungkin zed memilih ke? makbapak perempuan tak suka ke? tak tahu la kenapa? kenapa eh? boleh kawan kawan myspace bagi tahu tak kenapa? please.. kasi idea kawan kawan semua.. please kasi comment kat blog zed ni.. zed nak tahu pendapat korang mana tau zed boleh gunakan satu hari nanti.. siapa tahukan. please...please...please.. need ur help!! :( - zed zaidi
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!