= TERKINI=
Perkembangan semasa..

LAMA BETUL AKU TAK MENAIP.... TAPI AKU RASA AKU...

Assalamualaikum.... semua... lama betul aku tak menaip cerita-cerita menarik tentang diri aku di blog ni. Terima kasih saiful a.k.a phyzxxx nama ala ala Internet Relay Chat (IRC) dulu tah betul tah tidak ejaan nick tu aku pun tak tahu pepandai ler kau ejaz nanti ye epul. :P

Terasa macam nak menaip balik... so aku taip la malam ni. cerita ada banyak sejak dulu lagi bila menang presiden seniman tak sempat nak bukak blog pun. Ok la aku cerita yang terbaru pasal diri aku sekarang. Korang tau tak aku baru terima pingat dari Yang Di Pertuan Agong baru-baru ni pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N). Pergggggg, Agong bagi beb... terasalah selama ni diri di hargai bila dah banyak sangat bersilat dalam persatuan ni. Bila dapat pingat KMN ni rasa nak buat banyak lagi kebajikan kepada artis malaysia bukan artis malaysia je aku jaga sebenarnya banyak lagi persatuan aku jadi pengerusi termasuk la jadi pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan, AJK biro Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Yang di Pertua Rakan Kembara Malaysia peringkat putrajaya dan banyak lagi weeiiiiiiiii!!!!! banyak la tanggungjawab weeeeiiii!!!!! * WINK!.

Ok! habis cerita hepi sekarang aku cerita sedih plak. Korang tau tak? Dato Jalaludin Hassan Isteri dia
meninggal dunia. Aku rasa amat sedih sekali sebab Datin bagi aku seorang isteri contoh pada aku la... dan ibu yang sangat baik. Masa aku pi umrah sekali dengan dia masyallah punya la taat dan setia pada Dato Jalal, Dato dah macam raja dah mintak je apa semua Datin turuti... aku pernah berlawak dengan datin, semasa di mekah, aku cakap aku doa depan kaabah specifik doa aku tu sebab ustaz yang ajar aku tu ustaz zul so... aku ikut la arahan... pastu aku bagitau datin tentang doa aku tu dia tergelak maaaiii.... rasonya memang aku ni boleh masuk pertandingan MAHARAJALAWAK MEGA la... fuhh...!!! Semoga roh datin tergolong dalam orang-orang yang beriman AL-FATIHAH.

Baik... lepas cerita sedih kita cerita hepi balik. Pada Oktober lepas ada pemilihan semula Jawatankuasa bagi penggal 2016-2019 untuk Persatuan Seniman Malaysia. Sebenarnya aku dah tak mau sambung lagi dah jadi presiden sebab besar betul tanggungjawab ni... tapi dah ahli pilih jugak aku terpaksa pikul lagi tanggungjawab untuk menerajui seniman sekali lagi. Korang tau bila jadi presiden seniman ni bertapa peritnya.. dah la buat keje amal kebajikan, gaji takde yang sedih bila buat benda baik untuk ahli-ahli selalunya kita sebagai presiden kena bedal balik... adooiiii... dah nasib.. diorg tak tau lagi... bila dah jadi presiden ni bedal sana sini termasuk ler producer tv filem iklan station tv nak ke diorang ambik aku berlakon lagi? hhaaaa.. kau pikir la sendiri.....!!! tapi aku cakap ni bukan semua ahli seniman macam tu hanya segelintir jer... tapi sekarang ni aku dah lihat seniman semakin bersatu dan ahli mula bijak menilai jawatankuasa yang mewakili diorang insyallah janji aku pada ahli seniman aku akan buat terbaik untuk korang dan sanggup MENJADI LILIN DIBAKAR BAGI MEMBERI CAHAYA KEPADA ORANG LAIN. :)

ok ok gambar sebelah ni gambar aku dengan gadis gadis imigration yang cun cun bila aku jadi juri untuk pertandingan nyanyian di jabatan imigration wilayah persekutuan kdn yang lain aku malas lagi nak menaip sebab dah takde idea dan ngantuk nanti aku update lagi. OK BYE!




ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

Video: Zed Zaidi kena majal dalam program JEMPUT MAKAN :)

  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Makan atau masak? Bakat terpendam Zed Zaidi KMN

  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016, bersempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disambut pada 4 Jun lalu.

Zed atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil ialah seorang daripada senarai 261 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2016 pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara. Presiden Persatuan Seniman itu berkata, pengiktirafan itu menunjukkan beliau seorang yang serius dalam menjalani aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya dalam memperjuangkan hak seniman tempatan.

"Ia pengiktirafan yang tidak disangka-sangka dan saya menerimanya dengan penuh hormat. Ia juga penghargaan yang tidak ternilai selepas berhempas-pulas memperjuangkan seniman tempatan kita.

"Kiranya, penghargaan yang diterima ini berbaloi juga dengan apa yang diusahakan. Walaupun usaha itu tidaklah sebesar mana, namun ia tetap dilihat umum," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, kata Zed, penganugerahan yang diterima juga memberi semangat kepada beliau sekali gus memudahkan lagi usaha memperjuangkan hak-hak penggiat seni negara. "Apabila kita diiktiraf, ia sedikit sebanyak memudahkan kita sebagai aktivis NGO. Keyakinan pihak luar lebih tinggi kerana mereka mempercayai kredibiliti dan kemampuan kita.

"Selain itu, segala urusan berkaitan dengan kerjasama kerajaan juga lebih mudah, insya-Allah," katanya sambil berkata, beliau juga sudah lali seandainya ada pihak yang mempertikaikan anugerah diterimanya.

Sumber: BH Online
  •  
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Malaysiakini: Zed Zaidi pertahan jawatan Presiden Seniman

Pelakon Zed Zaidi berjaya mempertahankan kerusi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan itu untuk penggal 2016 hingga 2019.

Pemilihan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Agung (AGM) Seniman ke-15 di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Kelang, Selangor hari ini.

Seramai 113 ahli hadir dalam mesyuarat itu sekaligus melayakkan ia dijalankan mengikut perlembagaan persatuan.

Selain presiden, turut dipertandingkan adalah jawatan timbalan presiden, setiausaha agung, penolong setiausaha, ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira.

Setiausaha Agung Seniman yang baru, Lt (B) Hafiz Nafiah dalam kenyataannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir untuk memilih kepimpinan baru Seniman bagi penggal akan datang.

Beliau juga mengucapkan tahiah kepada Zed Zaidi, atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil kerana terpilih sekali lagi mengetuai persatuan itu.

"Ini adalah hasil daripada gerak kerja beliau yang membawa pelbagai perubahan terhadap persatuan serta dapat dinilai oleh ahli-ahli Seniman sendiri," katanya.

Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman ketika AGM ke-14 pada 2012 sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah.

Ia berikutan lima artis veteran memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM itu sebagai tidak sah.

Zed bagaimanapun kembali mendapat kepercayaan ahli Seniman apabila mendapat 109 undian pada AGM ke-14 persatuan itu pada 27 September 2014.

Selama memegang jawatan itu, Zed pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti mempertikaikan kemasukan artis luar  dan membantah kemenangan pelakon Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Sumber: Malaysiakini
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Media Hiburan: Zed Zaidi sahut cabaran Menteri Pertanian

Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, kini melangkah ke hadapan dengan mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dengan bidang baru iaitu agro ataupun pertanian.

Zed Zaidi turut berkongsi menerusi laman Instagramnya.

“Persatuan seni ini asyik-asyik bergaduh pening aku, baik aku buat pertanian jadi usahawan agro jual dan berkebun rock mellon, cili, betik, jagung, timun dan baja lagi untung, sebab bila orang susah bukan ada orang tolong kita pun. Sesiapa berminat nak jadi agro muda terutama artis-artis silalah cari aku, terima kasih,” tulisnya.



Dalam pada itu, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, berkata bidang pertanian ini merupakan kerjasama antara abang dan rakan kepada abangnya. Tambahan lagi, Zed juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Menurut Zed, idea ini tercetus sejak tahun lalu lagi dan melihat bidang ini sebagai satu cabang yang positif untuk masa depan.

"Sebenarnya sudah lama saya dan rakan kongsi buat bisnes pertanian ini. Antara rakan kongsi yang terlibat ialah abang saya dan rakannya. Abang lebih kepada pengurusan kewangan, manakala rakan abang menguruskan hal ladang kebun dan saya akan berurusan dengan pihak kementerian pertanian dan media.

"Seterusnya saya mahu menarik minat lebih ramai lagi pemuda hari ini untuk turut serta dalam bidang pertanian terutamanya dikalangan artis. Bagi saya platform ini sebagai 'sediakan payung sebelum hujan' dan sebagai sumber pendapatan utama selain berlakon. Dari sudut perniagaan pula sering menjadi permintaan yang tinggi.

"Antara faktor lain ialah saya menyahut cabaran YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang mahukan lebih ramai lagi orang berkebun, dan sekarang ini saya seronok melakukannya sebab ada hasil," tambahnya lagi.

Beralih kepada karier lakonannya pula, Zed menjelaskan dia masih berlakon kerana itu minatnya sejak dulu lagi, malah baginya tidak ada masalah untuk membahagikan masa antara berlakon dengan bisnes pertanian.

"Bagi saya tak ada masalah sebab shooting bukan hari-hari, begitu juga dengan berkebun bukannya hari-hari kita akan bercucuk tanam. Cuma pada waktu permulaan ini sahaja akan sibuk untuk menguruskan ladang kebun," katanya.

Selaku Presiden Persatuan Seniman, Zed turut sudi memberikan nasihat kepada bintang baru yang dilihat hari ini asyik bergaduh.

"Sekalipun mahukan publisiti untuk menaikkan nama, bukan begitu caranya. Kerana netizen akan memandangkan kita dengan sudut yang negatif walaupun cerita mereka itu cepat saja mendapat liputan media. Sebaliknya, jika mahukan kontroversi ataupun publisiti gunakanlah dengan cara positif agar tidak dicop pelakon bermasalah.

"Contohnya, selebriti boleh saja dapatkan publisiti seperti berlakon tapi mempunyai akademik yang cemerlang, dengan mendapatkan segulung ijazah seperti kedoktoran. Jadi netizen akan pandang dengan sudut yang positif," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
  •  
  •  
  •  
  •  
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!