= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Zed Zaidi - Seniman Malaysia, President - Malaysia's Resume

Zed Zaidi, a 34 year-old young man who is originally from Gombak, Selangor has a rather rare combination of his professions as he captured the attention of many because he is a local actor and an aspiring politician. He is a law graduate from Universiti Teknologi Mara but he did not pursue his career in the legal industry. However, he decided to work very hard in the entertainment industry for about 15 years, and currently he is the president of the National Association of Artistes (Seniman) since last year.

As an actor with a legal background, he is actually very outspoken especially on issues which he thinks it is wrong. He is all for quality entertainment and very particular with certain things in the industry in line with the government policies. For instance, he fully support several government-initiated programmes like anti-piracy, anti-drug abuse, and campaigns for a greener and cleaner Malaysia. He even carries a larger vision of hoping to bring Malaysia to a greater heights and turn local talents on the world map.

After several years of being the President of Seniman, he decided to be fully involved in politics which he is with the government-led party UMNO. Currently, he is officially contesting as a candidate for EXCO position in UMNO Youth Wing. In 2012, he was elected as the deputy chairman of UMNO Youth's Culture and Arts Bureau. He believes with his involvement with the government would provide a stronger voice to help out the local creative industry in which it will contribute to the nation's economy.

According to Zed, the government has introduced the National Creative Industry Policy that empowers the industry and it generates a direct income of up to RM7.2bil per annum. With such policy, Zed is confident that the quality of the creative industry will be enhanced within the next 10 years. He said, the culture and arts can help to bridge the divide caused by
difference in people's origins, religion, and politics.
  
Aside of his many roles as a local artist and a politician, he is also a husband and a father. His son, Ryan Ziqry Rozaidi was born last year, and he said family is his strength and the biggest motivation in life.
  •  
  •  
  •  
ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

MALAM INI MALAM SOLIDARITI SWITCH OFF DI.....

Assalamualaikum hari ini industri seni negara akan mencipta sejarah apabila warga penggiat seni berhimpun pada malam ini 11/11/14 membawa message 11 pekara kempen tutup tv 8-11 malam di Dataran Zoo Negara bermula pada 8 malam hingga 11 malam bagi menunjukkan kita bersatu bagi memperjuangkan nasib dan kebajikan penggiat seni yang di tindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selama 20 tahun.

Dengan kesempatan ini aku dengan rasa rendah diri menyeru seluruh rakan-rakan media sosial facebook, twitter, youtube, blogger dan rakyat malaysia hadir pada majlis malam ini bagi menyatakan sokongan anda terhadap kempen switch off 2014.

Apa yang kita buat hari ini kita kena ingat, kita bukan sahaja berjuang kepada warga industri seni sekarang sahaja malah kita juga berjuang untuk anak cucu kita yang akan masuk di dalam industri seni di masa akan datang. Apakah mereka jugak akan mengalami masalah yang sama? jadi anda fikirkanlah... apa yang akan berlaku kepada mereka yang mengambil pelajaran di universiti di dalam jurusan seni persembahan, aswara dan lain lain apakah mereka juga akan di beri ruang pekerjaan apabila mereka tamat belajar? apakah jaminan hidup mereka di dalam industri seni malaysia ini? apakah industri seni ini menjamin pekerjaan kepada mereka? anda fikirkanlah....

Ini ada sedikit video kreatif oleh penggiat seni bagi anda lebih memahami masalah kami di dalam industri seni. Bantulah kami supaya gaji kami tidak di anggap sebagai gaji miskin tegar! dan segala jaminan pekerjaan dan jaminan hidup warga penggiat seni akan terus dibela melalui kempen switch off di dalam industri kreatif negara.


Zed Zaidi Zed Zaidi Author

KEMPEN SWITCHOFF WUJUDKAN AKTA PENGGIAT SENI APA ITU SWITCHOFF?


Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua pembaca dalam blog ini. Hari ini aku tidak mau berceloteh panjang tentang kempen yang telah diusahakan bersama ngo-ngo seni yang bergabung di bawah payung GAFIM di mana Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) juga menjadi salah sebuah persatuan yang bernaung dibawahnya.

Apa itu SWITCHOFF? SWITCHOFF merupakan kempen bagi seluruh penggiat seni merangkumi semua industri kreatif negara seperti pelakon, penyanyi, producer, pengarah, kru, pelajar jurusan seni di universiti dan yang berkaitan dengan seni di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua.. selama ni industri seni Malaysia nampak je GAH! diluar tetapi sebenarnya... TERUK di dalamnya. Contoh gaji artis seperti pelakon masih di tahap kemiskinan, keje tidak mempunyai had masa seperti kerja di pejabat 8 jam sehari, masalah kontrak masih tidak pernah selesai, masih tiada lagi EPF/KWSP,  malah socsso pun takde... ni baru sikit.. sebenarnya banyak lagi... malas nak tulis panjang-panjang harap-harap korang paham je laa... masalah industri seni ni. Yang aku nak tekankan di sini dalam INDUSTRI SENI KREATIF NEGARA TIADA JAMINAN HIDUP!!!

Jadi bila di belek-belek di belek belek kami dalam GAFIM ni terjumpalah satu pekara yang selama ini menjadi penghalang kepada kami penggiat seni. Rupa-rupanya... kami selama ini bekerja dalam industri seni malaysia ni tidak mempunyai AKTA sendiri untuk mempertahankan HAK kami dalam INDUSTRI SENI KREATIF NEGARA kira buat kerja amal je la selama ni.... kami penggiat seni sebagai pekerja yang membantu mengeluarkan produk-produk seni ni tidak pernah dijaga dengan baik dalam soal kebajikan.

Nak dijadikan cerita..SWITCHOFF ni bertujuan nak mewujudkan AKTA bagi PENGGIAT SENI MALAYSIA untuk menyelamatkan kami dari terus ditindas oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan kudrat kami sampai kering untuk keuntungan mereka selama bertahun-tahun selama ini. Bila kita tengok undang-undang Malaysia rupa-rupanya mereka telah dilindungi di bawah AKTA PERUMAHAN, AKTA BROADCASTING, AKTA MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI dan macam macam akta lagi.

MAS pun ada AKTA MAS, prima pun ada AKTA PRIMA apa lagi... banyak akta yang mempertahankan sesuatu pekara bagi jaminan mereka, tapi yang peliknya penggiat seni yang boleh diklasifikasikan sebagai pekerja industri seni tidak pernah dilindungi selama ini... sebab tu asyik di tindasssssssssssss jE!

Oleh yang demikian kempen SWITCH OFF ini bertujuan bagi mempertahankan pekerja didalam industri seni dan melindungi penggiat seni melalui AKTA PENGGIAT SENI yang akan diwujudkan bagi membela nasib mereka yang bertahun-tahun lamanya tidak pernah selesai.

Ini sedikit info tentang kempen yang kami nak buat jom sertai kami... 
KEMPEN PENUBUHAN AKTA UNTUK PENGGIAT SENI!!! 
  1. Facebook SWITCHOFF akan diuploadkan pada 15 oktober 2014. 
  2. PC dan Pelancaran SWITCHOFF pada 21 Oktober 2014 Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru Jam 11 pagi. 
  3. Perhimpunan SWITCHOFF 11 November 2014 di FINAS Ulu Klang Jam 9 Pagi.

KEMPEN MEWUJUDKAN AKTA UNTUK PENGGIAT SENI bagi penggiat seni yang di tindas bertahun-tahun... jadi artis-artis, penggiat seni, pelajar dalam seni di universiti-universiti, kru, Ngo-Ngo dan seluruh rakyat malaysia... sertai kami bagi MENYOKONG KEMPEN AKTA UNTUK PENGGIAT SENI dengan menukar cover photo dan cover profile FACEBOOK, TWITTER, INSTARGRAM dan di semua media sosial anda sebagai sokongan terhadap kempen ini.

Di sini contoh logo SWITCHOFF untuk cover profile dan cover photo yang anda boleh copy, paste and upload... terima kasih atas sokongan anda! setakat ICE BUCKET CHALLENGE korang boleh buat takan SWITCHOFF tak boleh kot.... :)


ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

TERIMA KASIH SEMUA AHLI-AHLI SENIMAN KERANA.....

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua ahli-ahli seniman dan seluruh rakyat malaysia. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf ke atas kelewatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli-ahli seniman yang mengundi saya sebagai presiden seniman malaysia yang baru.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan tertinggi dan ajk seniman baru yang telah dilantik dan diberi mandat oleh ahli untuk menerajui persatuan seniman malaysia bagi tempoh 1 penggal 2 tahun 2014/2016.

Saya juga amat berterima kasih kepada jawatankuasa seniman yang lama seperti zahrin ishak, salman al-farisi, mak jem, kak rena tan, zuraini kassim (abg aju), uncle abbas, ani mayuni, ayie arrow, jepp sally, marry chu (kak mey), alif af, nas adila, zarina raja lawak, megat, ellyas iskandar, subash, abg jem, hafiz, kerana banyak membantu saya menaikkan seniman dan anda semua tahu betapa susahnya kita untuk memajukan seniman bersama dan jasa anda semua tetap dikenang dan tidak dilupakan juga kepada artis-artis veteran yang menyokong kuat kepimpinan saya serta semua pihak urusetia yang mengendalikan agm seniman yang ke 14.

Untuk pengetahuan semua, saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menerajui seniman semula dengan sah, dan diharap tiada lagi pertikaian mengenai ajk seniman yang baru dilantik atas pengundian ahli-ahli seniman sendiri untuk membuktikan bahawa persatuan seniman mahu mengorak langkah kehadapan bagi menjadi badan yang berperanan membela artis-artis malaysia secara profesional dan ingin melihat seniman terus maju supaya masyarakat memandang tinggi kepada jasa yang disumbangkan oleh para seniman tidak kira dari lakonan, nyayian, lawak dan juga dari pelbagai aspek yang merangkumi industri seni negara.

Saya percaya, apabila kita menang dan kalah, tetap ada cakap-cakap belakang yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Itu lumrah dan pekara biasa yang patut diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan menerimalah hakikat apa yang berlaku, kerana ini bukan kehendak saya ini adalah kehendakNYA. Insyallah bila kita memimpin dengan jujur, amanah, telus dan adil ahli-ahli seniman serta rakyat malaysia dapat menilai buruk dan baik sesuatu pekara yang dibuat dan kesan itu dapat di rasai bersama.

Justeru itu, jawatankuasa seniman iaitu timbalan presiden zack kool, setiausaha zahrin ishak, penolong setiausaha rena tan, bendahari vanida imran dan ajk abg jem, khir rahman, sofea jane, sharifah armani, rashidi ishak, dato arash mohammad dan lisa surihani manakala pemeriksan kira-kira dira abu zahar dan adlin aman ramli dapat membantu saya dan bekerjasama dengan lebih erat lagi supaya kita semua dapat mengerakkan persatuan seniman dan memastikan persatuan dilihat kuat supaya seniman dipandang relevan oleh ahli-ahlinya.

Pesanan saya kepada jawatankuasa seniman yang baru kita perlu berfikiran positif agar segala yang dirancang tidak dianggap seperti agenda peribadi tetapi kepada agenda kepada ahli-ahli malah kita perlu menolak sikap emosi berlebihan supaya segala gerak kerja kita lebih profesional dan kita perlu bersatu bagi mempertahankan seniman apabila diserang oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melihat seniman ini terkubur.

Saya juga mahu melihat seluruh ahli-ahli seniman bersatu dibawah payung persatuan dan istilah artis veteran dan artis muda perlu diketepikan dan menganggap kita dibawah 1 bumbung yang sama dan kita akan dilihat lebih kuat dan bersatu padu bagi memajukan persatuan seniman malaysia dan memudahkan kita untuk menuntut hak kita kepada badan-badan yang bertanggungjawab dengan lebih mudah dan secara bersama malah ia umpama tiada yang lama, tiada yang baru, yang lama di hormati dan yang muda disayangi.

Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan seniman semoga berkat doa anda semua membuatkan saya lebih kuat mengharungi cabaran dan rintangan yang lebih mencabar dengan barisan kepimpinan yang baru insyallah saya akan buat yang terbaik bagi terus membela, memperjuang dan meningkatkan imej artis ke tahap yang lebih tinggi dan di hormati oleh seluruh rakyat malaysia.

ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA. TRANSFORMASI SENIMAN MAJU, BERSATU, MARTABATKAN MARUAH SENIMAN!!!




ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh ahli-ahli seniman serta tidak dilupakan jugak kepada pemerhati diluar seniman yang prihatin terhadap permasalahan seniman sejak dari mula kontroversi dicipta oleh sesetengah pihak yang tidak berpuashati semasa saya memegang tampuk kepimpinan seniman pada 26 mei 2012 semasa pemilihan seniman yang lalu.

Saya terpanggil untuk menulis kali ini adalah disebabkan terlalu banyak pekara yang memburukkan nama saya dan keluarga ia sekaligus memberi pandangan negatif khusus kepada ahli-ahli seniman. Untuk pengetahuan semua pada 27 september 2014 sabtu ini pada pukul 9 pagi di finas ahli-ahli seniman akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli bagi memilih presiden dan ajk baru untuk memperjuang, membela nasib mereka dan mentadbir persatuan seniman, persatuan artis yang tertua di malaysia.

Oleh itu, apabila ada pemilihan jadi ramai akan bertanding bagi merebut jawatan di dalam persatuan tersebut. Kempen telah dibuat bagi mereka yang ingin bertanding dan sebagai ahli seniman saya memerhati kebanyakkan mereka ini berkempen bukan ingin menerangkan misi dan visi untuk memajukan seniman tetapi mereka ini berkempen setiap hari untuk memburuk-burukkan pihak yang ingin bertanding bagi apa sahaja jawatan. Ini satu kempen yang saya anggap terlalu keji dan tidak profesional.

Saya juga terlah dilanda pelbagai cabaran supaya memungkinkan saya bertanding sebagai presiden seniman untuk tempoh yang baru oleh pihak yang tidak berpuashati terhadap saya. Mereka mempertikaikan dari sudut teknikal, personal, dan jugak mencipta cerita yang tidak benar yang saya anggap sebagai fitnah bagi mengelirukan ahli-ahli seniman untuk mengundi saya sebagai presiden seniman pada 27 september 2014 ini. Pelbagai fitnah ditujukan kepada saya seperti "ada orang cakap zed tidak suka veteran", zed menyeleweng duit seniman, zed bangkrap dan banyak lagi fitnah yang ditujukan kepada saya. Disini saya ingin menyatakan segala fitnah itu tidak benar! dan saya tidak teragak-agak membawa pekara ini ke mahkamah hanya masa yang akan menentukan.

Saya begitu kesal kerana ini di anggap sebagai kempen tidak sihat dan cuba menjatuhkan kredibiliti dan imej saya selaku calon untuk menawarkan diri sebagai presiden seniman. Mereka yang tidak berpuashati dengan saya, berkempen untuk menjatuhkan saya dari pelbagai cara dan saya menganggap mereka-mereka ini sebagai orang yang tidak bermoral dan mempunyai integriti yang rendah dan tidak boleh kita harapkan bagi mentadbir seniman untuk penggal yang baru.

Saya tidak pernah mengaibkan mana-mana pihak dan saya berharap pekara yang sama juga perlu dilakukan oleh pihak yang tidak berpuashati dengan saya sebagai menghormati diantara satu dengan yang lain. Dibawah kepimpinan saya sebelum ini banyak yang telah saya lakukan bersama-sama ajk yang telah dilantik untuk membela dan memperjuangkan hak ahli-ahli seniman seperti skim insurance seniman yang telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 1.1 juta kepada ahli seniman, perumahan rakyat 1 malaysia (prima) kepada artis, kad diskaun 1 malaysia bagi menampung kos sara hidup yang tinggi dan penubuhan (msag) badan kutipan royalti untuk pelakon telah membuahkan hasil. Ini memberikan kelebihan dan kebaikan kepada ahli-ahli seniman dari sudut kebajikan secara holistik.

Malangnya, semua pekara dan perjuangan diatas terbantut di tengah jalan oleh kerana seniman telah disaman oleh ahlinya sendiri atas alasan kononnya mereka mahu menyelamatkan seniman. Dengan menyaman persatuan seniman sebagai defendan pertama dan diikuti pemegang jawatan tertinggi dalam persatuan seniman sebagai defendan kedua hingga kelapan maka keputusan mahkamah memihak kepada mereka dan kekalahan seniman dimahkamah semuannya disebabkan kekalahan secara teknikal. Dengan kemenangan itu mereka menjaja kepada ahli-ahli seniman yang merekalah hero seniman yang sebenar.

Ya, mereka memang hero, disebabkan itu pentadbiran seniman telah digantung selama setahun, ahli-ahli seniman terkontang-kanting, ramai artis yang sakit dan meninggal tidak dapat seniman menyalurkan sumbangan, pejabat seniman ditutup, elektrik dan telepon pejabat seniman di potong dan yang paling utama jatuhnya maruah seniman! malunya... persoalan saya sekirannya kita mempunyai masalah keluarga adakah kita akan berkongsi masalah itu kepada orang lain? jawapannya tidak! kerana ini adalah prinsip kekeluargaan supaya kita boleh menjaga maruah keluarga kita dari terus dijaja oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi tidak hairanlah mereka-mereka ini yang dianggap hero sanggup menjaja maruah mereka kepada orang ramai dan menanggap diri mereka inilah yang suci dan bukan orang yang munafik!

Oleh yang demikian saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli seniman memilih mereka-mereka yang boleh bekerja untuk ahli secara ikhlas, jujur, amanah dan yang paling utama jangan menfitnah sesama sendiri serta bersatu bagi memperkasakan kembali persatuan seniman dimana imejnya telah tercalar dengan teruk diatas saman di mahkamah yang saya anggap paling terburuk dalam sejarah seniman kerana inilah kali pertama seniman disaman dimahkamah.

Dengan ini saya dengan rasa rendah diri sedia berkhidmat kepada ahli-ahli seniman bagi memegang tampuk kepimpinan seniman sebagai presiden seniman semula dengan niat untuk membela dan memperjuangkan nasib ahli-ahli seniman dan yang paling utama berilah saya peluang untuk menghabiskan kerja saya yang tertangguh atas saman yang telah dilakukan oleh ahlinya sendiri.

TRANSFORMASI SENIMAN MAJU, BERSATU, MARTABATKAN MARUAH SENIMAN!

ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

BILA KAK PORA MELAPORKAN KENYATAAN TIDAK BENAR....

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Saya tidak pernah mencabar sesiapa. Saya berharap kak pora yang menulis ini perlu bersikap adil dan tidak menyokong kepada mana2 pihak. 

Sepatutnya kena tanya saya apa yang terjadi bukan sekadar serkap jarang dan memberi presepsi sendiri dan melaporkan pekara yang tidak benarr sehingga saya di pandang negatif oleh masyarakat dan ahli2 seniman.
ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

PERJALANAN KEPIMPINAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA...

Menyingkap kembali perjalanan anak seni bernama Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi ini, banyak transformasi yang telah dilaluinya. Pasti ramai yang masih ingat, karier seni Zed bermula sebaik saja memenangi pertandingan Hero Remaja 2001/2002 anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Bakat Zed kemudiannya mendapat perhatian pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam yang menggandingkannya dengan aktres dari Singapura, Hetty Sarlene dalam drama bersiri popular,Sembilu dan Sembilu Kasih. Tidak dapat dinafikan, drama tersebut yang ditayangkan di TV2 dan TV9 itu telah membantu melonjakkan nama Zed sebagai pelakon lelaki diminati ramai. 

Bagaimanapun, kehadiran Zed dalam industri bukanlah seperti artis lain yang sekadar ‘memeriahkan suasana’. Pemuda berusia 32 tahun ini ternyata memiliki kesedaran tinggi untuk melihat nasib artis dibela dan mendapat perjuangan sewajarnya. Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang ditubuhkan sejak 38 tahun lalu dilihat sebagai wadah tepat buat Zed merealisasikan perjuangannya.

Bermula sebagai Ketua Biro Seniman Muda dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Presiden Seniman, Zed membuktikan dia bukan sekadar cakap kosong. Antara kes yang pernah dibawa ke tengah oleh Zed untuk mencapai jalan penyelesaian ialah pertelingkahan antara aktor muda, Ammar dengan wartawan hiburan.

Selain itu, Zed juga pernah mewakili Seniman mengemukakan memorandum kepada kerajaan yang mengandungi usul mengenai peruntukan Rumah 1 Malaysia (PRIMA) dan perkhidmatan insurans perlindungan diri untuk semua ahli Seniman.

April lalu, keupayaan Zed sebagai pemimpin ternyata mendapat kepercayaan ahli lain apabila mereka sebulat suara memilihnya sebagai Presiden dalam pemilihan bagi penggal 2012/2013 menggantikan Harun Salim Bachik.

Menggalas mandat sebagai pemimpin nombor satu dalam persatuan tersebut, langkah Zed semakin lebar untuk memberi sumbangan buat industri.

Aura orang muda

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan mengenai pelantikan Zed tentunya usianya yang masih muda. Menjadi presiden termuda yang pernah dilantik dalam sejarah Seniman, Zed tidak pernah menjadikan faktor umur sebagai halangan untuk mengemudi persatuan itu sebaiknya. Apa yang lebih penting, kata Zed, ialah kepercayaan yang diletakkan di bahunya perlu digalas sebaik mungkin.

“Mungkin umur saya masih muda jika dibandingkan dengan presiden sebelum ini, tetapi perjuangan saya bukan main-main.“Saya tidak pernah terfikir untuk memperjuangkan kepentingan peribadi, sebaliknya semua yang dilakukan adalah untuk kepentingan ahli dan Seniman secara keseluruhannya,”katanya.Biarpun mungkin ada yang sinikal dengan pelantikannya, pinta Zed, agar kepimpinan muda yang diterajuinya diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

“Sebagai presiden, saya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan pandangan. “Berilah peluang kepada saya dan ahli jawatan kuasa (AJK) yang dilantik untuk kami melaksanakan segala perancangan yang telah diatur,” katanya. Berbeza dengan golongan veteran, generasi muda kebiasaannya memiliki idea yang lebih kreatif dan sentiasa tampil dengan sesuatu yang baru.

Begitu jugalah dengan prinsip Zed yang mahu membawa angin pembaharuan dalam Seniman agar persatuan itu lebih mantap. Malah, Zed sendiri mengakui akan kepentingan artis muda dalam usaha memberi ‘nyawa’ kepada persatuan artis tertua di Malaysia itu.

Maka, tidak hairanlah jika agenda Seniman banyak menumpukan kepada penglibatan artis muda kerana pengaruh besar dimiliki mereka.“Sebelum ini, artis muda kurang berminat menyertai persatuan kerana jarang aktiviti yang melibatkan mereka. “Namun, mulai sekarang kita akan mengadakan lebih banyak aktiviti melibatkan ahli muda sekali gus mengeratkan hubungan dengan ahli veteran,” katanya.

Selesai kemelut artis        

Sudah tiga bulan memegang tampuk pimpinan, Zed tidak menunggu masa lama untuk menjalankan tugasnya sebagai presiden. Bagaimanapun, lumrah bagi seorang pemimpin berdepan dengan cabaran dan kritikan sepanjang pemerintahannya. Di awal pelantikannya, Zed telah diuji dengan kemelut dalaman Seniman yang sedikit sebanyak menguji kredibilitinya untuk mencari penyelesaian terbaik.

Tidak kurang juga, ramai yang memberikan pujian terhadap tindakan pantas Seniman yang menyelesaikan kemelut dua pelakon jelita, Neelofa dan Anzalna. Kedua-dua artis tersebut akhirnya berdamai dalam satu pertemuan diaturkan Seniman yang bertindak sebagai orang tengah.

Sedikit sebanyak, kejayaan Seniman tersebut telah mengangkat kredibiliti Zed sebagai ketua yang sentiasa mengambil berat masalah dalam industri. Melihat perbalahan sesama artis sebagai sesuatu yang serius, Zed berkata, kejadian seumpama itu hanya akan merosakkan industri dalam jangka masa panjang.

Atas sebab itu, Seniman sentiasa membuka ruang kepada golongan artis untuk merujuk kepada persatuan sekiranya berdepan dengan masalah sedemikian.“Penglibatan Seniman sebagai orang tengah dalam konflik melibatkan golongan artis adalah untuk menjaga reputasi mereka.

“Bayangkan, konflik akan terus berpanjangan jika tiada penyelesaian. Maka, kita akan cuba mencari jalan terbaik untuk artis berdamai,” katanya yang berharap agar kemelut tersebut menjadi pengajaran buat artis lain.Malah, Zed dalam hal ini, turut merasakan pentingnya buat golongan artis untuk mempelajari kemahiran komunikasi agar tidak timbul persengketaan sesama mereka mahupun dengan media dan masyarakat.

“Saya percaya, sekiranya mereka bijak berkomunikasi masalah sebegini tidak akan terjadi.
“Berkemungkinan Seniman akan mengadakan kursus komunikasi khas buat golongan artis agar segala yang diperkatakan mereka dapat difahami dengan jelas,” katanya.

Atur pelbagai strategi

Tempoh tiga tahun diberikan kepada Zed untuk menerajui kepimpinan Seniman mungkin dianggap singkat jika dilihat senarai panjang perancangannya.Bukan saja mahu melihat artis bersatu sesama sendiri, malah menjadi impian Zed juga agar Seniman memiliki wajah baru agar relevan dengan peredaran semasa.

“Buat masa ini, kita sudah ada perancangan untuk membentuk Pelan Tindakan Memperkasakan Seniman yang meliputi perubahan pelbagai aspek. “Antaranya ialah perubahan logo dan tagline yang baru, pengemaskinian pangkalan data ahli serta penubuhan biro baru dengan fungsi khusus,” katanya.

Mengakui tiga tahun tidak cukup untuknya merealisasikan segala perancangan, secara jujurnya Zed mengharapkan dia dapat menerajui persatuan sekurang-kurangnya dua penggal. “Segala perancangan ini telah saya fikirkan sejak penggal lalu dan rasanya tidak mungkin dapat dilakukan dalam tempoh singkat.“Bagaimanapun, Insya-Allah saya akan berusaha agar semuanya berjalan dengan lancar dengan sokongan padu semua ahli," katanya.
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

INI ADALAH PERJUANGAN SERTA SUMBANGAN KECIL SAYA DALAM INDUSTRI KREATIF NEGARA.. ANDA BAGAIMANA?

BUKAN isu baru tatkala pelakon Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi sekali lagi menyuarakan ketidakpuasan hati susulan kehadiran artis luar cari makan dalam produksi tempatan. 

Kalau sebelum ini kemenangan Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) dipersoalkan, terbaru apabila pelakon remaja popular Indonesia, Randy Panggalila pula yang dilihat giat beraksi dalam produksi tempatan, ia menjadi bahan luahan hati Zed Zaidi yang kini menerajui pucuk pimpinan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dinaungi kalangan penggiat seni tanah air.

Pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat mengenai isu dibangkitkan ini. Mungkinkah Zed Zaidi sengaja memancing perhatian dengan memperkatakan isu yang dianggap remeh sesetengah pihak ini atau kita yang terlepas pandang mengenai hasrat murninya memartabatkan artis tempatan di bumi sendiri? Ruangan Ping! minggu ini cuba menyelami hati Zed Zaidi, apakah sebenarnya yang diperjuangkan. Kata Zed Zaidi, bukan soal dengki atau cemburu pada kehadiran artis popular asing tetapi persoalan kenapa begitu mudah mereka masuk walhal ada antara mereka tidak mengikut prosedur.

“Memang ada yang tidak faham dan beranggapan kenyataan saya ibarat anjing menyalak bukit. Tapi jujurnya, banyak perkara dan fakta penting yang dipandang sebelah mata pihak-pihak tertentu.

“Pertama, saya bercakap berdasarkan pengalaman menjalani penggambaran di beberapa negara luar seperti Singapura, Indonesia malah Thailand. Prosedur melakukan penggambaran di negara mereka sangat ketat, terutama di Indonesia. “Saya pernah ditahan atas alasan nak menjalani penggambaran. Kalau nak masuk, saya kena melalui persatuan seniman Indonesia dan memenuhi banyak syarat.

“Antara syaratnya, saya perlu berbahasa Indonesia, dapatkan lesen itu ini dan macam-macam lagi, sampaikan perlu bayar beribu ringgit semata-mata nak lepas masuk. Sesudah itu barulah boleh masuk dan jalani penggambaran.

“Saya terfikir, kenapa kita di luar dianaktirikan dengan pelbagai syarat dan prosedur ketat tapi di negara sendiri, artis asing tampak mudah saja,” katanya memulakan bicara.

Sebagai Presiden Seniman, kata Zed Zaidi, dia perlu membela artis tempatan kerana ia akan menjejaskan ETP (Program Transformasi Negara) yang di bawahnya menggariskan 10 jenis industri negara yang perlu anjakan termasuklah industri seni yang turut menyumbang pendapatan kepada negara. “Industri ini juga perlu mencapai pendapatan tinggi untuk ke arah itu tapi kalau ada halangan-halangan daripada orang asing (artis asing), bagaimana kita sebagai artis tempatan dapat menyumbang? “Ketiga, kerana kita akan kehilangan identiti seni negara kita sendiri. Sebagai contoh, pernah ada filem gabungkan tiga negara. Pelakon Brunei berlakon sebagai orang Brunei, pelakon Indonesia juga jadi rakyatnya sendiri tapi bila pelakon Thailand memegang watak orang Malaysia, timbul kekeliruan jati diri negara sendiri.

“Begitu juga halnya apabila lagu orang kita buat tapi orang lain akan kata penciptanya Indonesia sebab bunyinya hampir sama! Hal ini perlu diperbetulkan semula. Kita (seniman) sebagai pembawa yang mempromosi Malaysia, bukan orang asing” katanya serius.

Pertahan identiti negara Zed Zaidi imbas kembali bagaimana 17 tahun lalu iklan yang masuk ke dalam negara ini mesti berdasarkan budaya dan sensitiviti negara kita. Iklan yang sama tapi dilakonkan semula pelakon iklan tempatan, menggunakan bahasa tempatan. Tujuannya untuk mempertahankan identiti negara kita.

Tegas Zed, jika 17 tahun lalu kita boleh pertahankan identiti negara tapi kenapa sekarang tidak lagi? “Masuk saja Malaysia, kita ada undang-undang. Saya perlu terus bersuara supaya badan-badan yang tengah 'tidur' dapat bangun dan lakukan sesuatu. Seperti contoh yang berlaku baru-baru ini, saya tanya ada atau tidak borang PFA (Pekerja Filem Asing) untuk dapatkan permit berlakon sebab mereka (artis asing) kena lalui perkara-perkara ini.

“Mereka juga perlu mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan setiap permohonan perlu sertakan dokumen yang sudah ditetapkan. Dalam garis panduan SPP juga tertera dengan jelas tenaga karyawan yang terbabit dalam penggambaran filem perlu menjadi ahli persatuan yang diiktiraf Finas; dan Seniman antara empat persatuan di bawah Padu Citra yang dimaksudkan.

“Malangnya bila saya periksa dalam senarai, aktor yang disebut tidak ada dalam senarai Seniman. Puspal (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) juga sudah menetapkan prosedur dan syarat yang wajib dipenuhi sebelum bekerja di negara ini,” katanya.

Zed meminta mereka yang mungkin kurang faham dengan prosedur dan syarat-syarat dimaksudkan supaya melayari laman sesawang www.finas.gov.my/perlesenan atau https://epuspal.kpkk. gov.my dan membaca sendiri.

Dalam sinis, Zed percaya dalam jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang, artis asing akan menjadi seperti isu pembantu rumah yang kini membuat macam-macam tuntutan.

“Impak pada artis kita kerana bila terlalu bergantung pada artis asing, nak atau tidak kita terpaksa bergantung juga pada mereka kerana peminat selalu sangat disuap dengan artis asing. Bila ini berlaku, artis kita hilang punca pendapatan dan ada yang terpaksa berhenti kerana merajuk dengan industri.

“Saya bukan halang mereka (artis asing) masuk tapi ikutlah prosedur dan syarat yang ditetapkan. Tapi pada masa sama, produksi tempatan jangan terlalu nak puaskan kepentingan diri semata-mata mahukan keuntungan lebih.

“Kalau artis asing nak masuk, buat macam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertukar-tukar pemain mereka dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), barulah nampak adil, semua dapat beraksi di negara luar.

"Situasi yang berlaku dalam industri hiburan tidak adil bukan saja artis kita malah rakyat Malaysia sendiri. Orang tidak faham apa yang saya perjuangkan. Orang sokong perjuangan saya kerana mereka faham dengan apa yang berlaku, yang tidak sokong pula kerana mereka terdiri daripada peminat artis itu.

“Kita kena ikut sentimen negara dan bangsa, soal agama dan serumpun itu soal kedua. Kalau betul ikut soal serumpun atau seagama, kenapa kita masih payah nak masuk Indonesia? Padahal produk seni kita kualitinya juga hebat. Saya bercakap sebab saya orang industri dan belajar undang-undang. Bukan sekadar cakap ikut sedap mulut,” katanya yang akan terus buat 'bising' dan bersuara untuk perhatian.

Perlu lima penggal Akui Zed Zaidi, usahanya sudah menampakkan sedikit hasil. Sejak beberapa isu dibangkitkan, dia sudah dipanggil beberapa agensi termasuk kementerian malah berpeluang duduk berbincang serta mengutarakan isu yang berlaku.

“Selepas saya bangkitkan isu imigresen, agensi berkaitan dilihat mula memperketatkan soal kemasukan artis asing yang masuk ke Malaysia. Seniman kini dalam proses menubuhkan Malaysia Screen Actors Guild Berhad menjelang akhir tahun ini. Tertubuhnya badan ini, ia tentu sekali dapat menolong pelakon menambah pendapatan daripada penyiar-penyiar tempatan seperti Astro, Media Prima, RTM serta penyiar IPTV. “Selama ini artis tidak mendapat satu sen pun keuntungan walaupun berpuluh-puluh karya mereka diulang siar. Jika penyanyi serta pemuzik mempunyai badan kutipan bagi membela hak mereka, pelakon juga harus mempunyai badan serupa agar nasib mereka pada masa akan datang terus mendapat perhatian.

“Badan itu bukan saja bertindak sebagai ejen kutipan royalti sebaliknya berfungsi untuk menjaga kebajikan artis termasuklah hak-hak berkaitan gaji, kesihatan dan suasana pekerjaan. Ia sama seperti yang dilakukan di luar negara malah penubuhannya juga mengikut prosedur antarabangsa,” katanya.

Zed Zaidi percaya sokongan rakan-rakan artis terhadap perjuangannya dan yakin dengan tagline baru Seniman, Anak Seni Pewaris Budaya, Seniman Rakyat Untuk Negara, dia perlukan sekurang-kurangnya lima penggal sebelum boleh duduk selesa melihat nasib artis tempatan dapat berkarya bebas di tanah sendiri.

“Peringkat awal, orang kutuk macam-macam. Tapi bila sudah nampak sedikit perubahan orang akan terima. Saya buat semua ini untuk rakyat, negara dan seniman. Saya bersuara pun berdasarkan perlembagaan persatuan yang diamanahkan kepada saya.

“Cara orang dulu berbeza dengan sekarang. Saya perlu lakukan ikut cara orang muda tapi dalam keadaan matang. Selain perjuangkan hak artis tempatan, Seniman juga dalam proses mengemas kini data ahli sebagai salah satu rangka transformasi persatuan yang ditubuhkan sejak 1974,” katanya.
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!