= TERKINI=
Perkembangan semasa..

ZED ZAIDI UPGRADE UMUR KE 3 SERIES.... APA SUDAH BERLAKU???


MUAR, JOHOR. -ASSSALLLLAAAMUAALAAAAIIIKUUUMM!!!!!
Hi salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam semuanya. Kalau korang tengok bertapa panjangnya salam aku tu bertapa lamanya aku tak update blog ni... ni kira kes balas dendam la... supaya orang tau bertapa sibuknya aku selama ni. hahahaha...... ok mana aku nak start dulu ni hmmm.. ishh.. sebenarnya banyak benda aku nak share dengan korang tapi kalau aku nak bercerita memang panjang lebor lerr.. jadi aku short cut je iye!.

Sekarang aku sibuk shooting drama "setelah kau tiada" 26 episod RTM arahan JUREY LATIFF kerja dengan dia ni kewl beb! tapi dalam shooting shooting drama ni ada macam macam problem tapi bagi aku semua ni biasa, kalau nak suh aku cerita? jawapan aku NO KOMEN! apa masalah berlaku dalam drama ni pun? AKU NO KOMEN!!! semua NO KOMEN!!! ala macam jawapan TIZ ZAQYAH mengenai KONTROVERSI dengan FASHA SANDHA, NO KOMEN!! *wink!! kepada artis yang aku tersebut nama jangan ambik hati , aku terpaksa menyibuk sebab bila dah di lantik menjadi KETUA BIRO SENIMAN MUDA MALAYSIA ni semua cerita artis , masalah artis muda semua aku perlu ambik tau... sebab ni semua dibawah tanggungjawab aku!!! jadi, korang tak boleh marah akuu ok?. *wink!! :)

Bercerita mengenai PERSATUAN SENIMAN ni, setelah aku di lantik memimpin artis muda ( umur di bawah 40 ) aku bukan rasa teruja sangat pun, aku cuma rasa bersemangat untuk membantu nasib artis muda kita yang dah semakin ramai dan semakin tak terkawal dan semakin merapu ni!!! bukan apa kekadang tu belum sampai 3 drama, atau pun belum ada album lagi dah berlagak macam artis. Masalah- masalah ni lah yang aku perlu bendung sebab takut "kerana setitik nila rosak susu sebelanga" . Korang nak tau sejak aku di lantik menjadi KETUA BIRO SENIMAN MUDA ni penerimaan artis muda kita sangat positif!! pssssttttt...!!!! korang nak tau? bila aku dah berjaya bina sesuatu mula la ada orang dengki!!! dengki memang tak boleh di pisahkan langsung dengan orang melayu!!! bukan orang luar saja yang dengki dalam persatuan sendiri pun ada yang dengki!!! ada yang kata aku masuk PERSATUAN ni nak glamer je lebih!! buat keje takde!! eh helo... kalau aku tak masuk persatuan pun orang dah kenal aku kot!! bukan tu je, dia hentam lagi aku, dia kata aku ada agenda pulak dalam persatuan walahal aku dilantik pun melalui undian yang dipilih ahli sendiri jadi kedudukan aku SAH!!! aku berjuang bukan untuk agenda tapi aku sangat prihatin dengan nasib artis muda di Malaysia ni aku berjuang dengan ikhlas kalau korang tak caya cuba korang telepon persatuan korang tanya ada tak diorang BAYAR AKU BILA AKU BUAT KERJA UNTUK DIORANG!!!! semuanya SUKARELA OK!!! jadi buat la kerja sendiri jangan nak MENYIBUK dengan BIRO ORANG LAIN!!! mungkin wartawan nak interview kau dia tak kenal kau sangat kot!! pasal tu dia cari aku interview, bila dah selalu sangat keluar muka aku, dia jeles la tu!!! ahhh!!! orang macam ni boleh pegi MAM!! "TOLONG LA... JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG!!!" jangan jadi HIPOKRIT!!! "PIJAK SEMUT TAK MATI!!!" kita sibuk nak bersatu dan nak kuatkan persatuan ini nak tuduh orang salah , orang tak buat keje, orang giler glamer!!, eh kalau ada 10 orang macam kau dalam persatuan, persatuan takan berubah la sebab ada orang macam kau ni!!! oh ye?? lupa plak.. persatuan bukan perniagaan ok jadi tolong jangan buat persatuan untuk kepentingan diri sendiri!! untuk abang HARUN SALIM BACHIK good job!! persatuan sudah nampak kemudaannya to abang YUSOF KELANA stay kewl.. dengan misai macam A. GALAK nampak hensem dan kepada lain lain bekerja la kita memperjuangkan nasib artis dengan ikhlas dan bukan terpesong dengan ajaran sendiri ok!!!

Dah full stop!!! dengan persatuan. Bukak cerita lain... aku bukak cerita aku pegi umrah hari tu... sori sangat sangat tak sempat nak share dengan korang sebab habis je umrah aku terus shoot drama samarinda tv3 HABIL DAN QABIL arahan FAISAL ISHAK under Film Scape PRODUCTION kabir punya production. cerita kewll gila jadi jangan lupa tengok ok!! *Wink!! Korang tau tak masa aku kat Madinah dengan MEKAH aku tak habis habis berdoa untuk bertemukan aku jodoh... jodoh... JODOH!!! semua dalam doa aku, mesti ada jodoh!! dan bila aku balik je ke kolumpor terus je aku jumpa jodoh!! hahaha... nak tau jodoh aku... masih lagi di rahsiakan sebab kalau aku kasi tau habis la wartawan cari aku baik aku diam dari cakap. Orang cakap kalau banyak cakap banyak jugak kita tunjukkan kelemahan kita jadi baik aku zip je mulut aku!! * wink.

Untuk pengetahuan semua!!! hari jadi aku dah lepas... so aku sudah menjangkau umur 30 tahun!! dah masuk 3 series!! so zed zaidi akan bertukar ke ZED ZAIDI NEW EVOLUTION aku akan umumkan berita penting kepada korang mengenai perubahan aku nanti. so paham paham la.... rajin rajin la tengok blog aku iye.. takut terlepas berita tergempaq yang eden nak bagitau nanti... :)

Aku pun dah takde idea dah ni... bukan takde idea tapi kena tido awal sikit sebab esok call time aku pagi so aku akan update cerita cerita yang best dan share dengan korang lagi k. Aku memang dah anggap blog ni macam dairi bergerak aku jer... selain luahkan perasaan aku pada mak bapak , dan ehem ehem aku... blog juga tempat nak luah dan kongsi perasaan. Oh ya sebelum aku lupa to my pren AQASHA MR SALIQ dan JIMMY STANDLEY!!! SELAMAT BERTUNANG dan insyallah aku akan menyusuli di dalam masa terdekat nanti. HAHAHA.... to mr saliq gua pinjam ayat lu bro.. tapi jangan saman aku :P "Di sini yang tersurat adalah yang tersirat, menulis di atas dasar yang mudah. Keikhlasan, kejujuran, kebenaran dan kehidupan. Aku di dalam perjalanan yang panjang, bermusafir di usia muda. Aku seorang saliq yang ingin terus istiqamah dengan taksub. Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau dan dia. Aibmu adalah aibku. Rahsiamu adalah rahsiaku. Terjadi, hanya bila kau makrifat akan dirimu." * Wink!!!
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!