= TERKINI=
Perkembangan semasa..
Memaparkan catatan dengan label mstar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mstar. Papar semua catatan

Sambung Sarjana & PhD serentak, Zed Zaidi mahu jadi artis contoh




PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya.



Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, peluang diberikan oleh pihak universiti berkenaan perlu digunakan sebaik mungkin kerana ia melibatkan masa hadapannya.




"Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.




"Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.




Zed menambah dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian iaitu tentang industri kreatif di negara ini.
Zed juga juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).


Zed akan terus komited terhadap tugasnya sebagai presiden Seniman.
Dalam pada itu, Zed berkata, dia berharap dapat menjadi contoh kepada semua ahli Seniman yang turut mempunyai keinginan menyambung pengajian di peringkat universiti pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

"Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, kesibukan dengan pengajiannya tidak akan membataskan tanggungjawab dia sebagai presiden Seniman dan dia akan terus komited terhadap tugas berkenaan.

"Memandangkan saya memilih untuk membuat kajian jadi saya tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

"Saya optimis dapat menyelesaikan pengajian dan kajian menjelang tahun 2020 nanti," ujarnya. - Ehsan Dari Mstar.Com.My
ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

mStar: Keluarga Kesal Penyebaran Gambar Jins Shamsuddin

Foto: mStar Online
"Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dahulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tetapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Jins pada lawatan tersebut selain membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, penyebaran gambar tersebut jelas memperlihatkan kuasa dan bahaya media sosial sekiranya ia digunakan tanpa etika dan tanggungjawab sehingga mampu menimbulkan salah faham dan fitnah tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Inilah bahayanya media sosial kerana pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan demi untuk menaikkan rating dan meraih perhatian pengguna lain.

"Tanpa mengambil kira impaknya kepada keluarga dan masyarakat disekeliling yang jelas mampu menimbulkan salah faham," ujarnya.

Artikel penuh di mStar Online.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

mStar: Artis Tanah Air Bersama AADK Bantu Mangsa Banjir

Photo: mStar
KUALA LUMPUR: Beberapa artis tanah air bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Skuad 1Malaysia turun padang ke Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, misi bantuan yang disertai 30 orang itu diketuai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

"Sukarelawan akan memberi bantuan tenaga kerja seperti melaksanakan gotong-royong membersihkan rumah dan kawasan persekolahan serta sokongan emosi.

"Di samping itu, sukarelawan juga membawa barangan keperluan termasuk beras dan lampin bayi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di perkarangan Menara Mara di sini, Isnin.

Selepas ke Kelantan, misi berkenaan akan diteruskan di negeri Terengganu, Pahang dan Perak. Untuk bacaan penuh sila klik sini.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

mStar: Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Sumber: mStar
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!