MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA 2009
12:20:00 PG
13 disember 2009 Damansara Perdana : Sebelum aku nak bukak mukadimah mengenai Persatuan Seniman Malaysia ni.. aku just nak info kepada Ahli- Ahli SENIMAN di jemput hadir ke MESYUARAT AGUNG SENIMAN pada 18 Disember 2009 ini, bertempat di FINAS pada pukul 3 pm kerana ada banyak perubahan dan juga gelombang,calon calon dan muka muka baru untuk sesi 2009/2010. Banyak gak la aku dengan perubahan secara mendadak jadi pastikan anda hadir untuk memberi sokongan kepada industri seni kita ini. Apa yang aku dengar la.. aku terima sms dari salah seorang ahli seniman, sms dia berbunyi cam gini "Slm. Dijemput ke mesyuarat Agung Seniman pd 18hb Jumaat 3pm di pawagam P.Ramlee Finas. Sokongan amat diperlukan bagi membentuk pasukan yg mantap. Pastikan yuran di update ye, kalau tidak tak leh mengundi. :) Harun Salim Bachik akn bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden - Shahriza Mahmud. Yusof Kelana - Setiausaha Kehormat. Zulkifli Ismail - Pen. Setiausaha, Bendahari - Wafa abdul Kadir. erima kasih"YA! memang orang baru akan berentap dengan otai nanti. Itu yang aku suka.. kalau ada pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah.. yang pasti siapa menang akan menjadi kuat kerana mendapat sokongan majoriti dari akar umbi, ini di perlukan bagi calon yang bertanding dan dipilih sendiri oleh ahli seniman sendiri. Well macam aku cakap kita perlukan anjakan paradigma dalam Persatuan Seniman supaya tidak terlalu klise, dan menjadi tunggak untuk mempertahankan dan juga menjaga kebajikan artis di Malaysia ni.
Aku nak bagi tau korang la.. sebenarnya aku ni memang minat berpolitik tapi aku berpolitik menggunakan kaedah transparent supaya orang tak tau aku berkerja dengan siapa, atau aku sokong di pihak yang mana. Nak berpolitik kena bijak beb! duit kena banyak... Kawan dan contact kena besar dan berpengaruh.. kalau takde semua tu, dah lama kena BACK STEP!. banyak buku politik kat umah aku ni... banyak jugak aku dah qatam membacanya, dari situ jugak aku dapat ilmu macam mana nak berpolitik secara berkesan dan teratur, kebanyakan ahli politik ni, dari peguam. Sebab peguam je lebih ariff dalam undang- undang dan juga etika etika setiap pekara, jadi kalau nak berdebat mesti menggunakan fakta untuk menyakinkan pengundi, walaupun kita tau.. kadang kadang undang undang boleh dipersoalkan. Nasib baiklah aku belajar dalam jurusan perundangan uitm dan aku belajar sains politik, jadi aku tau macam mana aku nak jadi aku!
Bagi aku, dalam persatuan ni pun sama macam politik. Persatuan dan Pertubuhan lebih kurang sama je jalan ceritanya cuma pertubuhan lebih Complicated sikit. Nak jadi seorang pemimpin kita kena berani, bijak buat keputusan, pandai berpidato, berkarisma dan juga peka dengan keadaan masalah ahli supaya visi, misi kita tak lari dari ideologi persatuan yang di naungi. Kalau yang berkuasa dalam persatuan salah bawak ajaran, boleh terpesong akidah persatuan dan secara tak langsungnya ahli ahli pun akan terpesong. Jadi tolong la.. jangan buat taik lagi!
Aku pernah jadi Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) Persatuan Seniman tak silap aku 2 tahun lepas... aku memang serius nak memperjuangkan HAK HAK dan jugak MEMBELA ARTIS MUDA kat MALAYSIA ni. Cuma masa tu aku TAK DIBERIKAN PELUANG untuk bersuara. Mana taknya semua bos bos kat SENIMAN tu semua dah macam bapak aku dah, aku nak bersuara lantang sikit kang kata aku melawan dan nak derhaka pada bapak! pastu aku sorang je la.. yang aku nampak ARTIS MUDA dalam seniman tu, kira suara MINORITI sebab AJK muda tak banyak. Yang lain semua otai yang lebih veteran busuk busuk pun 5 tahun tua dari aku.. apa yang aku boleh buat melainkan aku duk diam tanpa boleh bercakap apa pun! Baik takyah jadi AJK kalau macam tu nak suara pun tak boleh!!
Bila aku dengar barisan baru yang nak ambik alih teraju dari yang lama.. aku suka sangat sebab diorang ni lebih kurang artis senior la... berbanding dengan artis veteran yang menerajui SENIMAN selama ni.. dapat la sikit memahami masalah ARTIS JUNIOR macam kita kita ni yedak. Tapi apa yang pasti aku cuba menjadi salah seorang AJK SENIMAN pada 18 Disember 2009 sebab aku rasa kalau pucuk pimpinan yang baru ni berjaya menerajui SENIMAN mungkin senang la sikit aku nak bersuara untuk berjuang bagi menuntut HAK HAK ARTIS MUDA di MALAYSIA yang semakin lama semakin ramai.
Korang tau tak? kalau aku di lantik menjadi AJK SENIMAN 2009 ni aku akan buat tuntutan :-
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )
- Insurans ( semasa artis bekerja )
- Wang Deposit yang lebih sistem matic dalam pekerjaan ( mengelakan penipuan )
- Memperjuangkan HAK ARTIS MUDA MALAYSIA ( aktiviti artis muda )
- Menstandardkan bayaran artis mengikut GRED
Benda ni sebenarnya isu lama tapi aku masih nak memperjuangkannya disebabkan tak pernah ada jawapannya dari dulu sampai sekarang! jadi apa gunanya persatuan? aku kesian tengok artis artis dulu yang mana nasibnya sekian lamanya tak di bela! jadi aku sebagai artis muda, aku taknak artis muda leka dengan masalah mereka ni. Bayangkan kalau kita dapat melaksanakan KWSP ni.. berapa banyakkah duit artis muda di masa tuanya nanti? sekurang kurangnya kalau KWSP dapat di wujudkan pada golongan artis ini, ringan la sikit bebannya nanti, boleh le gunakan duit tu buat bisnes ye tak? jadi aku memperjuangkan tak HAK ARTIS MUDA ni?
INSURANS
Ni lagi satu masalah yang takde jawapan! Aku sebagai artis terasa jugak kadang kadang bila nak buat aksi stunt production biasalah, jawapan takde badjet nak upah stuntman suh artis tu sendiri buat stunt. kalau artis tu buat stuntlah.. kalau cedera, ada orang bela dia ke, kalau dia takde insurans semasa bekerja? PERSATUAN BANK pun ada SOCSO la... Jadi PERSATUAN silalah main peranan! Jangan bila dah jadi baru nak datang kasi duit, nampak sangat macam artis yang mintak sedekah. kenapa kita tak bela artis ni sebelum dia kena? gunalah KONSEP SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!
WANG DEPOSIT YANG LEBIH SISTEM MATIC DALAM PEKERJAAN ( MENGELAKAN PENIPUAN )
Dalam soal ni, aku banyak nak tujukan kepada pelakon, kalau kita tengok penyanyi la.. nak deal senang je.. deposit.. 50% selebihnya 50% after habis show, tapi kalau pelakon? producer kalau nak pelakon memang banyak janji manis, tapi nak comfirmkan main cakap mulut je.. tapi di pihak artis pulak.. tunggu punya tunggu, tiba tiba drama tu tak jadi. Rugi ni di tanggung oleh pihak producer atau di pihak artis? sekurang kurannya kita perlu kenakan deposit pada producer, sistem kan wang deposit secara bertulis pada pelakon, supaya pelakon takde la dalam kerugian kalau tolak job lain sebab nak tunggu drama yang di janjikan oleh producer tu ye tak? jadi kat sini persatuan kena main peranan supaya artis tak di tipu dan menunggu yang sia sia. Sebagai contoh la.. kalau beli kete kita bayar 10% deposit, untuk penjual uruskan hal dokumen dan sebagainya... dan nak di jadikan cerita, yang nak beli kete ni tiba tiba tak nak beli kete pulak nak cancel jadi, deposit 10% ni pegi mana eh? jadi bak kata nabil... LU PIKIR LA SENDIRI!!
MEMPERJUANGKAN HAK ARTIS MUDA MALAYSIA (AKTIVITI ARTIS MUDA )
Yang ni lagi aku nak pertikai.. aku ni tergolong dari artis muda.. kalau la aku di beri peluang untuk menduduki jawatan dalam SENIMAN, aku akan terus membela ARTIS MUDA MALAYSIA dengan memperbanyakan lagi aktiviti orang muda supaya artis muda dapat sertai setiap aktiviti persatuan. dan kalau korang tengok la.. setiap aktiviti persatuan semua takde di selitkan aktiviti muda, balik balik aktiviti sama je setiap tahun.. pastu nak suruh aku tarik artis muda join aktiviti persatuan macam mana aku nak buat? korang bayangkan eh.. kalau aktiviti main congkak, main galah panjang, aktiviti kebudayaan dan tradisional berapa kerat sangat la artis muda nak datang... cuba selitkan aktiviti orang muda macam gig, main futsal/bowling, teater moden dan macam macam lagi aktiviti orang muda, korang rasa ARTIS MUDA ni nak JOIN tak AKTIVITI PERSATUAN?
MENSTANDARD BAYARAN ARTIS MENGIKUT GRED
korang tau tak kat hollywood benda ni dah lama diorang buat untuk menjaga rate setiap artis diorang. Sekurang kurangnya maruah artis masih lagi ada. Hollywood makin tua makin senior makin veteran makin mahal gaji dan bayarannya.. tapi di Malaysia terbalik pulak.. Lagi senior lagi veteran lagi murah... sebab producer kat Malaysia ni suka ambik kesempatan. Dekat sini la, aku terfikir untuk memperjuangkan bayaran artis mengikut gred dan menilai dari segi, populariti, umur, pengalaman, anugerah yang di terima dan sebagainya, di bahagikan kepada 3 gred, GRED A, GRED B dan GRED C, setiap gred akan di huraikan oleh aku bila aku dapat satu jawatan dalam seniman nanti. kalau tak sia sia je keje aku ni.
Dah la.. kalau aku ceritakan hal hal mengenai masalah dan juga persatuan artis di Malaysia ni sampai tahun depan pun takan habis. aku cuma nak bagi tau la.. kalau nak buat aktiviti persatuan memang boleh buat, tapi buat yang boleh menguntungkan persatuan dan jangan buat aktiviti yang sia sia sebab nak aktifkan persatuan dan nak dapat nama. Aku cuma boleh cakap kalau nak buat aktiviti tu selitla sikit untuk aktiviti orang muda supaya kita dapat memperbanyakan lagi artis muda kita ni join aktiviti persatuan. Oh ya! aku lupa? kalau selalu sangat buat aktiviti mananya nak membantu dan menjaga kebajikan artis kita eh? kalau dah sibuk buat aktiviti je.. aku cuma terfikir la.. kalau aku nak bayar rm 30 yuran ahli persatuan setahun.. APAKAH KELEBIHAN PERSATUAN TU?
Manusia merancang, Allah juga merancang rancangan manusia belum tentu berjaya kerana Allah yang Maha Kuasa Maha Bijaksana. Apa saja kehendak Allah pasti terjadi "KUN" kata Allah jadi "FAYAKUN" pasti jadi! aku ada sedikit pantun untuk di kongsi :-
Kalau tuan menebang jati,
Biar serpih jangan tumbang,
Kalau tuan mencari ganti,
Biar lebih jangan kurang.
jadi renung renungkan dan selamat beramal. :)
TIPS CINTA ZED ZAIDI? ( TIPS KEDUA)
1:12:00 PTGSini ada TIPS CINTA yang aku dah buat lama banyak save dalam handphone je aku tulis melalui pengalaman dan penjalanan cinta orang lain depan mata aku kalau korang pengguna DIGI korang boleh ON kan melaui SMS taip je ON TIPS ZED dan SEND to 2000 nanti dapat lah TIPS ZED every week!. :)
"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
- Kaji cara agar kita memperolehi kasih sayang, jangan menuntut agar kita dicintai tapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
- Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi, untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
- Bukan laut namanya jika air tak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tak pernah luka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu.
- Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut tapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
- Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah penangan sebuah cinta.
- Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
- Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
- Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
- Bila mata bertemu dunia kita yang punya terasa lidah kelu berkata namun bisikan hati mengamit rasa meluahkan sayang melimpah ruah seakan tiada esok menanti.
- Andainya kudapat mencairkan hatimu yang keras dan jitu pastilah daku insan paling bahagia di dunia.
"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
PERLU KE KITA BERBANGGA DENGAN PELAKON,PENYANYI,PENGACARA LUAR?
11:59:00 PG
Damansara Perdana : 12pm : baru balik jakarta indonesia lepas ni nak pi sarawak pulak, bisnes :) - Aku terpanggil untuk menulis blog ini... eceh.. skema la pulak.. :P hehehe... sebenarnya ayat ayat jiwang cam tu bagi diri aku kurang sesuai la... cam nak ikut protocol masuk istana plak. :) ade ke blog ni rules? procedure? atau garis panduan? yang perlu kita ikut? kalau sesiapa yang baca ni ada ketiga-tiga semua tu sila email kat aku di rozaidi_jamil@yahoo.com nak tau gak BLOG ada semua tu atau tak? sebab setahu aku la.. BLOG ni FREE!! jadi SUKA HATI sesiapalah nak tulis ikut suka diorang BETUL TAK? tapi yang pasti diorang kena tahu limit BERBLOG dan bagi diri aku sendiri la.. aku bukan seorang yang JIWANG tapi seorang yang STRAIGHT FOWARD ( kadang-kadang tu bila bab masuk romantik tu ada la terkeluar jiwang tu sikit :P hehehehe.. ) jadi tak perlu la aku nak skema skema dengan ayat ayat di BLOG ni k. *wink. :)
Ooooooooooklah... sebenarnya aku dah lama terfikir pasal TOPIC kita hari ni.. memandangkan aku seorang ARTIS jugak, jadi aku perlu la dapat FEEDBACK dan KOMEN korang mengenai topic kita iaitu "PERLU KE KITA BERBANGGA DENGAN PELAKON,PENYANYI, PENGACARA LUAR?" maksud aku luar ni, LUAR MALAYSIA daa... :). Sekarang ni lah, kalau korang tengok dah ramai sangat ARTIS LUAR BEKERJA di NEGARA kita ni. Jadi perlu ke kita bangga dengan diorang ni? korang tau tak.. pengalaman aku sebagai ARTIS ni bukan nak kata apa la.. ni nak BUKAK PEKUNG DI DADA sikit dalam DUNIA ARTIS.
Aku pernah berlakon dengan ARTIS LUAR bagi aku kalau kita SERUMPUN ke? kita SAMA BANGSA ke? atau kita SAMA AGAMA ke? selagi korang kat MALAYSIA NI!!! TOLONG RESPECT ORANG YANG PERLU KORANG RESPECT!! bak kata peribahasa la.. yang MAK aku suka cakap, MASUK KANDANG KAMBING KITA MENGMBEK, MASUK KANDANG LEMBU KITA MENGEMBOOOOO.... MASUK REBAN AYAM KITA BERKOKOK, MASUK TEMPAT BUAYA hmm.. aku tak tau buaya tu bunyi macam mana.. hehehehe. :P
Sebab pengalaman aku bekerja dengan ARTIS LUAR ni.. diorang anggap diorang BAGUS, BAGUS SANGAT KE? diorang cantik dan hensem, CANTIK DAN HENSEM SANGAT KE? diorang jugak rasa diorang kaya, KAYA SANGAT KE? kalau semua kat atas dah ada, kenapa masih nak cari JOB atau KERJA di MALAYSIA NI? pergi la.. BEKERJA dekat NEGARA korang tu... sori.. lahh.. aku ni PATRIOTIK dan NASIONALISM sikit... jadi aku kurang gemar ARTIS LUAR yang datang bekerja dia MALAYSIA, BERLAGAK dengan ARTIS MALAYSIA umpama LEBIH SUDU, DARI KUAH!
Diorang tak sedar ke semua tu? masih nak dianggap RAJA atau DIVA di MALAYSIA. Apa LOW CLASS sangat ke ARTIS MALAYSIA ni? disebabkan kebanjiran ARTIS LUAR ke MALAYSIA membuatkan ramai ARTIS MALAYSIA yang takde JOB walahal, ARTIS MALAYSIA pun SETANDING dengan ARTIS LUAR. Jadi PERLU ke kita BERBANGGA dengan ARTIS LUAR ni?. Yang aku peliknya... mana pergi PERSATUAN di MALAYSIA ni? yang selalu melaungkan menjaga kebajikan dan mempertahankan ARTIS MALAYSIA. MANA? MANA? MANA? TAKDE... disebabkan nak berpersatuan untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk ARTIS! hmmmmmmmmm... kalau macam ni sampai bila pun DUNIA SENI MALAYSIA takan MAJU.
PERSATUAN ARTIS MALAYSIA, yang memperjuangkan HAK-HAK ARTIS MALAYSIA perlu peka dengan masalah artis ni.. LANGKAH-LANGKAH yang perlu di AMBIL oleh persatuan ARTIS MALAYSIA untuk MENGNYAHKAN ARTIS LUAR dari MALAYSIA....ialah
Korang banyangkan eh.. dalam ekonomi Malaysia yang tak stabil ni, perlu ke kita ambil lagi ARTIS LUAR? sedangkan sekarang INDONESIA nak hentikan penghantaran PEKERJA dan PEMBANTU RUMAH indonesia ke malaysia? Maknanya.. ekonomi dunia dah semakin teruk. Bukan ke ARTIS LUAR ni sama juga dengan PEMBANTU RUMAH INDONESIA yang bekerja di MALAYSIA untuk mencari kerja? tak kira la yang pakai PASSPORT, yang pakai PERMIT, atau pun yang menjadi PENDATANG HARAM!!. Cuba korang fikir, kalau seorang ARTIS LUAR yang bekerja di MALAYSIA GAJI ANGGARAN seperti berikut :-
GAJI ARTIS LUAR SECARA KASAR
Dengan rumusan ini... toksah lah.. korang sokong ARTIS LUAR ni.. nak BANGGA dengan diorang sangat bukannya dapat hasil pun.. malah kalau kita BANGGAKAN ARTIS LUAR ni adakah diorang akan BANGGA dengan ARTIS KITA? jadi, dengan topic aku hari ni korang fikir-fikirkan balik... sama ada kalau kita pikirkan kerja? fikirkan ORANG MALAYSIA dulu sebelum ORANG LUAR. Ini tak, orang sendiri takde keje masukkan lagi orang luar untuk bekerja di Malaysia jadi orang MALAYSIA nak KERJA APA?
Bagi aku... PERSATUAN ARTIS DI MALAYSIA, perlulah PEKA dengan MASALAH yang TERSIRAT ni.. dan kepada orang MALAYSIA pulak adakah kita harus terus menyokong ARTIS LUAR ini berkerja di MALAYSIA. Minat ARTIS LUAR tak salah... jangan biarkan ARTIS LUAR ini BEKERJA di MALAYSIA dan membuat suka suka hati diorang je.. dan tolonglah... jangan ABAIKAN ARTIS MALAYSIA. Pada pihak kerajaan dan badan badan yang bertanggungjawab sila la.. KAJI balik KEBANJINRAN ARTIS LUAR yang BEKERJA DI MALAYSIA ini. Cuma aku nak pesan... kalau semuanya ARTIS LUAR yang jadi HERO dan HEROIN di MALAYSIA.. jadi manakah TAGLINE ARTIS MALAYSIA NI, FILEM KITA WAJAH KITA? ye ke tu kalau semuanya WAJAH FILEM KITA SEMUANYA ARTIS LUAR JE, MANAKAH WAJAH NEGARA KITA? kita perlu bertindak dan buatlah satu ANJAKAN PARADIGMA dalam INDUSTRI SENI HIBURAN MALAYSIA, dengan ACUAN KITA SENDIRI, dan tak perlulah kita ambik ARTIS LUAR ini padahal ARTIS,PELAKON,PENYANYI dan juga PENGACARA MALAYSIA TAK KURANG HEBATNYA berbanding dengan ARTIS LUAR dan ada jugak artis kita ni TERKENAL di PERINGKAT ANTARABANGSA, jadi renung renungkan dan selamat beramal... :)

- Memberi kuota kemasukan ARTIS LUAR ke MALAYSIA
- Membuat sekatan kepada ARTIS LUAR yang benar benar layak sahaja ke MALAYSIA
- Menghadkan kemasukan ARTIS LUAR tahap yang paling MINIMUM
- Menyediakan ujian atau peperiksaan kepada ARTIS LUAR
- Tiada keistimewaan khusus pada ARTIS LUAR
- Dan paling penting, UTAMAKAN ARTIS MALAYSIA dulu BARU ARTIS LUAR.
Korang banyangkan eh.. dalam ekonomi Malaysia yang tak stabil ni, perlu ke kita ambil lagi ARTIS LUAR? sedangkan sekarang INDONESIA nak hentikan penghantaran PEKERJA dan PEMBANTU RUMAH indonesia ke malaysia? Maknanya.. ekonomi dunia dah semakin teruk. Bukan ke ARTIS LUAR ni sama juga dengan PEMBANTU RUMAH INDONESIA yang bekerja di MALAYSIA untuk mencari kerja? tak kira la yang pakai PASSPORT, yang pakai PERMIT, atau pun yang menjadi PENDATANG HARAM!!. Cuba korang fikir, kalau seorang ARTIS LUAR yang bekerja di MALAYSIA GAJI ANGGARAN seperti berikut :-
GAJI ARTIS LUAR SECARA KASAR
- 1 BULAN RM 40 RIBU 1 DRAMA,SHOW ECT... UNTUK 1 ARTIS
- 1 TAHUN BERSAMAAN 12 BULAN
- DARABKAN RM 40 RIBU DENGAN 12 BULAN = RM480,000 RIBU
- GAJI SETAHUN ARTIS LUAR DI MALAYSIA SECARA PURATA = RM 480,000 RIBU SEORANG
Dengan rumusan ini... toksah lah.. korang sokong ARTIS LUAR ni.. nak BANGGA dengan diorang sangat bukannya dapat hasil pun.. malah kalau kita BANGGAKAN ARTIS LUAR ni adakah diorang akan BANGGA dengan ARTIS KITA? jadi, dengan topic aku hari ni korang fikir-fikirkan balik... sama ada kalau kita pikirkan kerja? fikirkan ORANG MALAYSIA dulu sebelum ORANG LUAR. Ini tak, orang sendiri takde keje masukkan lagi orang luar untuk bekerja di Malaysia jadi orang MALAYSIA nak KERJA APA?
Bagi aku... PERSATUAN ARTIS DI MALAYSIA, perlulah PEKA dengan MASALAH yang TERSIRAT ni.. dan kepada orang MALAYSIA pulak adakah kita harus terus menyokong ARTIS LUAR ini berkerja di MALAYSIA. Minat ARTIS LUAR tak salah... jangan biarkan ARTIS LUAR ini BEKERJA di MALAYSIA dan membuat suka suka hati diorang je.. dan tolonglah... jangan ABAIKAN ARTIS MALAYSIA. Pada pihak kerajaan dan badan badan yang bertanggungjawab sila la.. KAJI balik KEBANJINRAN ARTIS LUAR yang BEKERJA DI MALAYSIA ini. Cuma aku nak pesan... kalau semuanya ARTIS LUAR yang jadi HERO dan HEROIN di MALAYSIA.. jadi manakah TAGLINE ARTIS MALAYSIA NI, FILEM KITA WAJAH KITA? ye ke tu kalau semuanya WAJAH FILEM KITA SEMUANYA ARTIS LUAR JE, MANAKAH WAJAH NEGARA KITA? kita perlu bertindak dan buatlah satu ANJAKAN PARADIGMA dalam INDUSTRI SENI HIBURAN MALAYSIA, dengan ACUAN KITA SENDIRI, dan tak perlulah kita ambik ARTIS LUAR ini padahal ARTIS,PELAKON,PENYANYI dan juga PENGACARA MALAYSIA TAK KURANG HEBATNYA berbanding dengan ARTIS LUAR dan ada jugak artis kita ni TERKENAL di PERINGKAT ANTARABANGSA, jadi renung renungkan dan selamat beramal... :)
" DON'T USE YOUR PEOPLE TO BUILD A GREAT WORK, USE YOUR WORK TO BUILD GREAT PEOPLE "