= TERKINI=
Perkembangan semasa..

TIPS CINTA ZED ZAIDI? ( TIPS PERTAMA )

Sini ada TIPS CINTA yang aku dah buat lama banyak save dalam handphone je aku tulis melalui pengalaman dan penjalanan cinta orang lain depan mata aku kalau korang pengguna DIGI korang boleh ON kan melaui SMS taip je ON TIPS ZED dan SEND to 2000 nanti dapat lah TIPS ZED every week!. :)

  1. Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.
  2. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
  3. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
  4. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali mengatakan kamu tak mencintainya lagi jika, kamu masih tidak dapat melupakan.
  5. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
  6. Cinta itu suci, mahal, dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
  7. Cinta tak kira dimana dan apa yang dilakukan, ia sentiasa teringat kepada orang yang dicintai, Seolah olah fikirannya tidak berupaya memikirkan perkara lain.
  8. Percintaan penuh dengan percubaan. Tidak pernah bebas dari penderitaan, kebimbangan dan ketakutan. Dunia cinta juga dipenuhi dengan keindahan, kemesraan dan kenikmatan.
  9. Cinta itu boleh datang tanpa disedari dan kita akan membelai dan bajainya supaya ia semakin utuh tapi pernah tidak kita fikir cinta juga boleh merubah segala-galanya.
  10. Percayalah kekasihku walaupun kau jauh beribu batu di bumi eropah aku akan tetap setia menantimu jika diizinkan tuhan. AKU CINTA PADAMU!.

"DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

34 ulasan:

  1. youngmusafirah12 Jun 2009 3:02 PTG

    sah
    kau tgh mabuk air sejuk bro!
    INGAT,cinta mnusia x kekal
    maybe org yg awak cinta akn mati
    sapa tau...
    p,cinta kpd ALLAH kekal
    ALLAH takkan lupus
    takkan meninggalkan
    sentiasa menurunkan rahmatNYA laupun disaat kte melupakan...
    fikirkanlah

    BalasPadam
  2. hahaha oii cintaku...
    asal tetiba leh jadi doktor love ni.ahha

    smoga tak frust² lagi ye.. =D

    BalasPadam
  3. erm...mabok cintan si zed ni...

    BalasPadam
  4. mmg sgt sweet!
    btw bro!
    gdlax!

    BalasPadam
  5. waduhh..rasa terbuai ni
    dari mana dtgnya cinta, dr mata trn ke hati ;)

    BalasPadam
  6. sah sah zed sdg dilamun cinta.

    tips last tu kemain lg.faham... faham..

    BalasPadam
  7. wah wah wah zed...

    bukan main lagi...

    mmg sah tgh angau nih..

    BalasPadam
  8. sah2....
    mmg in love abg zed ni...
    tips ke 10 tu tok dri sndr ke

    BalasPadam
  9. waahhhh.. sweetnyee...
    walopun jauh beribu batu, aku akan setia menantimu.. hmmm... sweeettttt..

    BalasPadam
  10. tip ni ok gak abg zed..
    abg zed ni mcm dh di lamun cinta...

    BalasPadam
  11. hmmm...so sweet and romantic

    BalasPadam
  12. Ala, bagila tips yang boleh mendidik jiwa bangsa terhadap bahasanya pula......Semalam di Istana Budaya Acara Baca Puisi Utusan golongan pelakon mahupun penyanyi tidak berapa ramai yang hadir memberi sokongan padu dalam dunia sastera dan bahasa Melayu tanah air. Cukup mengecewakan.

    BalasPadam
  13. tips nak handle putus cinta ade?

    BalasPadam
  14. he...he....dah sah la mamat ni jatuh cintan...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    Indahnye CINTA but not for me...skrang study dulu.Utk Abg bleh laaa....sya cuma baca dan x pernah dpt rasakan lagi....mybe satu hari nnt baruku tahu!!Tapi bleh sya bagi kat kwn2 sye yg dah ade pak we tu kan? Bubbye :)

    BalasPadam
  16. hurm, love is divine...!!!
    bro, byk experience nampak..=)
    all the best though...

    BalasPadam
  17. hohoho...syahdu gler ayat bro..tp macam pernah aku bace somewhere aje...kt dlm mjlh remaja kot.
    huhuhu...tp kn cinta sesame manusia hanya sementara sahaja..,cinta kepada yang MAHA ESA adalah yg paling hakiki...=)
    xkn tgh frust kot..?

    BalasPadam
  18. Bro, prinsip cinta d bwh ni boleh pakai ke?
    Menyintai itu indah
    Dicintai itu bahagia
    Yang indah belum tentu bahagia
    Yang bahagia tak semestinya perlu indah

    BalasPadam
  19. cinta mudah dilafazkan...namun sukar dimngertikan...mngapa cinta datang tanpa dipinta..kerana cinta itu perasaan tertinggi anugerah ILLAHI kepada ciptaanNYA..hargai lah selagi ada rasa CINTA!! huhu

    BalasPadam
  20. cinta...mmg la bahagia bila jatuh cinta...xpasti apa yg terjadi itu cinta.. kalau dah suka...kena selidik betuk2...dia mmg suka zed x...make sure gadis itu mmg dah ready nak berumahtangga...kalau dia saja nak glamor..xyah...tapi ada ustaz saya mengatakan " biar kita mencuba hidup berdua, susah senang, sedih tawa ada tempat nak share..tapi jika masa bersama itu kita tewas(dalam kata lain cerai) kita xplu sedih sgt sbb kita telah mencuba utk hidup berdua. dugaan banyak.lebih2lg artis... kalau boleh xnak le zed ni tergolong dalam golongan artis kawen cerai ye...

    BalasPadam
  21. selamat bercinta dan di doakan dapat cari teman sehidup semati cepat2....amin

    BalasPadam
  22. What keeps relationships strong are:

    1.Trust
    2.Communication
    3.Intimacy
    4.A sense of humor
    5.Sharing tasks
    6.Comfortability when being together
    7.Daily exchanges (meal,hug, call,touch,)
    8.Sharing common goals n dreams
    9.Giving each other space to grow without feeling insecure
    10.Giving each other Love and belongings.

    BalasPadam
  23. ZED..
    cinta takkan datang jika tak diundang,
    cinta akan pergi jika tak dihalang,

    cinta takkan hadir jika tak dicari,
    cinta takkan dapat jika tak memberi,

    cinta tanpa sayang akan hambar,
    cinta tanpa kasih akan tawar,
    cinta tanpa tulus akan pudar,

    cinta yang dicari adalah cinta yang abadi,
    cinta yang diberi adalah cinta yang sejati,

    cinta tanpa kata adalah cinta yang buta,
    cinta tanpa rasa adalah cinta yang hampa..

    carila cinta selagi ia masih ada...
    lepaskanlah cinta jika ia sudah tiada...

    BalasPadam
  24. Herm, tips cinta ni, sebab Zed Zaidi tenga angau nih. Konfem! :D

    BalasPadam
  25. cinta itu indah untuk dinikmati,
    cinta itu juga la penawar & racun kehidupan,
    tanpa cinta kita tidak sempurna.
    Tetapi ketahui la CINTA PADA yg MAHA AGUNG adalah kekal hingga ke akhir hayat,.

    BalasPadam
  26. vampirediaries19 Jun 2009 4:40 PG

    tips-tips yg sgtt berguna untuk mencarik chenta...

    BalasPadam
  27. baca nombor satu, terkena kat batang hidung sendiri.

    BalasPadam
  28. ermm..gud to share..
    Jgn ditunggu CINTA yg belum pasti..
    Andai ketemui apa yg diingini teruskan untuk menggembirakan hati..CINTA yg lepas jadikan pengalaman utk ms depan kerana ia telah menjadi sejarah abadi yg mungkin tiada ganti..
    Benar, kerana CINTA lautan api sanggup ku renangi..Kerana CINTA sanggup ku korbankan diri tp jgn sampai MENYEKSA HATI SENDIRI kerana penantian yg tak pasti..

    Tips ke-10 tuh renung2 kan yer..
    Bgud n take care..

    BalasPadam
  29. hanya org ader pglaman paham ape erti madah cinta

    BalasPadam

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!