= TERKINI=
Perkembangan semasa..

MASA SHOOTING FILEM "NIYANG RAPIK" ZED TERKENA GIGIT...

Damansara Perdana 10 feb 2010 - 3.29am : Fuhhh... mengeluh dulu sebab terlalu penat.. shooting.. tapi aku tak boleh komplen sebab ni semua rezeki dari tuhan ya betul!!. sebenarnya sibuk aku ni dah boleh mengalahkan Perdana Menteri dah.. hehehe.. korang banyangkanlah eh.. dari habis shooting drama 26 episod sambung Filem terus buat drama bulan ramadhan pastu sambung drama radio continue plak dengan telemovie sambung lagi drama a.d.a.m 5 masuk plak teater impak maksima musical di singapore cantas plak drama 13 episod habis terus drama 26 episod hingga la ke moonsoon cup event jadi mc... kira jadual aku ni full pack sampai hujung tahun 2009 la ni.. tu belum aku sebut lagi kesibukan jadi duta produk, bisnes dan macam macam lagi... banyangkan? banyangkan! serta banyangan... bertapa takde masanya aku nak mengupdatekan BLOG aku ni... sampai berhabuk labtop BEB!!! :P

OKlah.. malas dah nak cerita pasal kesibukan aku ni sebab aku dah lantik AQUILA EMAS menguruskan kejaya seni aku jadi, aku boleh focus pada bidang bisnes plak. Aku dah merancang untuk bukak bisnes franchis dalam masa terdekat ni, bisnes dah jadi nanti, aku akan kasi tau kat blog k. :) .Berbalik ke pengalaman aku shooting filem "NIYANG RAPIK" cerita BERAT! suatu filem yang aku boleh buat COME BACK! dalam dunia perfileman tanah air sebab dah lama aku tak buat filem selalu drama je kan..? mana taknya biasanya aku dapat offer filem mesti clash dengan jadual shooting drama, sampai takde rezeki nak buat.. tapi bila 25 jun 2009 aku dapat offer filem NIYANG RAPIK dari director AHMAD IDHAM terus aku ambik. Sebenarnya secara kebetulan drama yang aku tengah tunggu tu.. post pone date banyak kali, tiba-tiba la rezeki filem masuk aku terus comfirm dan ambik walaupun aku tau FILEM AHMAD IDHAM akan bermula pada 27 jun 2009 masa hari jadi aku *wink. Setahu aku la.. AHMAD IDHAM ingat nak offer filem kat aku ni pun, masa aku shooting ANAK WAYANG dengan dia.... Yang Bestnya... FILEM NIYANG RAPIK ,kita orang start shooting masa hari jadi aku 27 jun habis shooting plak masa hari jadi AHMAD IDHAM 17 july 2009 pada pukul 7 pagi semuanya angka 77 lucky number tapi tikam je ekor passstttiiii... DOSA masuk neraka! * wink * wink * wink :P

Inilah dia... para pelakon filem "NIYANG RAPIK" dari kanan aku sendiri Zed Zaidi, Sam, Liyana Jasmy, Firz Fairuz, Awal, Kamal sebenarnya semua ada watak bukan sahaja dalam filem malah di luar filem.. aku boleh mengklasifikasikan Zed Zaidi si PENYELAMAT!, Sam si COOL, Liyana Jasmy si MANJA, Firz Fairuz si PENYAKAT, Awal si STYLO dan Kamal si PENJAHANAM HARTA BENDA. :P .Apa yang aku maksudkan dengan watak semua artis ni korang tau kenapa...??? ini lah cerita pengalaman shooting filem dengan diorang ni dalam hutan di TASIK KENYIR 2 minggu beb! tido dalam HOUSE BOT! masuk hutan keluar hutan naik bot kemana saja dan bot la pengangkutan kita orang bila ada kat TASIK KENYIR tu.

ZED ZAIDI SI PENYELAMAT
Bukan nak berlagak tapi apa yang aku nampak selalunya aku la jadi penyelamat pada pelakon pelakon ni. ada yang tak pandai berenang terpaksa di selamatkan ada yang kena buli terpaksa aku tenangkan ada yang bergaduh terpaksa aku settlekan ada yang tak cukup barang barang aku tolong bagi dan tolong belikan.. ada yang nak ke hulu ke hilir, aku la yang menjadi penyelamat untuk bawakan bot untuk diorang... jadi sesuai tak dengan watak aku ZED ZAIDI SI PENYELAMAT? * wink! Pengalaman kutip buah durian dalam hutan di TASIK KENYIR memang best gila!!, bayangkan korang boleh makan durian seberapa banyak yang korang nak, sampai aku dah bosan nak makan durian asyik asyik je durian nak tengok durian pun aku dah fed up! kebetulan pulak satu hari MAK Liyana Jasmy nak makan DURIAN, stok durian dah habis.. apa lagi aku jadi HERO pi kutip buah durian di hutan TASIK KENYIR la... masa TAPAU buah durian tu tengah khusyuk kutip buah tiba tiba... aku kena serang dengan PENYEGAT! sampai aku terkena SENGAT dan 2 orang lagi pun terkena jugak... nasib baik aku terkena sengat tu aku sempat tepis jadi mata aku takde la dalam keadaan bahaya sangat tapi 2 orang yang kena 1 tu kena kat bibir, bibir dia bengkak sampai bibir atas dia membesar bila aku tengok muka dia dah macam ANGELINA JOLIE dan yang sorang lagi plak kena di bahagian mata, bengkak di mata sampai aku tengok dia dah macam APEK jual SAYUR plak hehehe... tapi itu la pengalaman kutip buah DURIAN di hutan TASIK KENYIR.

SAM SI COOL!
Sam seorang yang sangat cool... dalam filem ini... watak dia dalam filem tak la secool di luar.. jadi memang sesuailah aku berikan dia gelaran SAM SI COOL. :) walaupun dia bukan tak pandai cuma segan je nak berenang dia seorang PELAKON yang sangat sangat KOMITED dalam Filem NIYANG RAPIK ni... bukan nak memuji.. tapi benar! Lakonan yang berkesan buatkan aku selesa nak berlakon dengan dia... AHMAD IDHAM pernah berkata "kamal walaupun pelakon baru yang kurang pengalaman belakon ni, tak pernah tanya aku pasal lakonan dia macam mana? ok ke? tak ok ke? tapi si SAM ni lain plak, asyik asyik tanya aku pasal LAKONAN dia ok ke tak? watak dia bawak ni betul ke tak? sampai aku pun naik RIMAS." :) Sam pernah berbisik dengan aku masa di house bot satu bilik dengan dia di TASIK KENYIR bro.. saya dah tak tahan la..duduk di house bot atas TASIK KENYIR nak balik KL!, itu la luahan SAM SI COOL :)

LIYANA JASMY SI MANJA
Huii.. ni lagi satu budak kecik yang sangat sangat la manja bukan saje dengan mak tapi dengan semua pelakon.. pengalaman aku shooting dengan dia pun ok. Bagi aku dia seorang pelakon muda yang sangat pandai dan berbakat dalam LAKONAN! Pengalaman shooting dengan budak kecik ni di TASIK KENYIR sangat la kelakar! Masa kitaorang nak kena shooting dari satu pulau ke satu pulau di tasik kenyir tu kita kena la transit menggunkan bot.. TASIK KENYIR ni ada 340 pulau tak silap aku la.. jadi nak ke satu pulau ke satu pulau yang lain makan masa busuk busuk pun 1 ke 2 jam jadi masa kita nak transit hari tu... untuk shooting... tak silap aku location kitaorang di GUA TAAT, masa perjalanan tu ada lah sesuatu terjadi pada liyana dalam bot transit tu dari keadaan hepi bertukar menjadi kelam kabut di sebabkan liyana jasmy. Dalam bot transit tu kita ada 8 orang duduk depan sekali kamal,awal, firz belakang diorang plak ada liyana aku dan belakang aku plak ada sam dan driver bot dan belakang sekali ada carlos wardrobe :). Nak di jadikan cerita dalam bot kitaorang hepi hepi menyanyi menyanyi lagu AIZAT hehehe... tiba tiba muka liyana dari hepi menjadi pucat aku ingat budak kecik ni dah terkena nyamuk CHIKUGUNYA tapi tidak.. rupanya dia sedang bertarung untuk menahan sebab nak terkucil... di dalam bot.. kita orang menjadi kelam kabut dan suspen.. sebab kita tak boleh singgah di mana mana pulau takut ada benda bahaya akan berlaku dalam hutan tu.. nak memerut di atas bot tak boleh... jadi nak taknak Liyana terpaksa tahan selama 1 jam untuk sampai ke GUA TAAT. Macam macam cara kitaorang cuba mengubah fikiran Liyana supaya jangan memikirkan pasal kesakitan perut itu, kita orang menyanyi.. lagi malah kita orang terpaksa bertahan apabila Liyana gigit legan kitaorang untuk menahan sakit... sampai la ke destinasi untuk dia memerut. Memang aku takan lupa lagu yang di nyanyikan oleh Liyana Jasmy "ku tak percaya BERAK! ku tak bercaya BERAK? B.E.R.A.K" uik? silap plak lirik dia ni.. " ku tak percaya CINTA ku tak percaya CINTA! C.I.N.T.A! *wink!

Dan yang lain lain aku nak cerita tapi tak boleh cerita semua kalau korang nak tau.. tengok lah FILEM NIYANG RAPIK dekat panggung wayang 25 FEB 2010 ni ok... bila korang tengok filem ni baru kau tau bertapa susahnya nak berlakon kat kawasan yang macam gitu dan bayangkan lah macam mana kru dan pelakon boleh berlakon tempat yang sebegitu complicated! huh! tapi yang nyata filem NIYAN RAPIK ni memang seram nak mampus!!! aku dah tengok kat panggung preview dan dapat banyak komen POSITIF dari wartawan, dan ini lah pembuka carier aku 2010. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

31 ulasan:

  1. pengalaman pelik masa penggambaran takda la ek..? ok lah tu kalau tak lagi kelam kabut...perkataan kene gigit tuh memang menarik aku untuk baca entry kali nih..cian LJ,kene tahan...legan sapa lah jadi mangsa...!

    BalasPadam
  2. wow...menarik tertarik kau memang d boom..best2..tahniah zed..hopefully niyang rapik akan dpt sambutan.

    BalasPadam
  3. semoga Niyan Rapik dapat menjadi box office.Dan semoga Zed terus succes berlakon*wink!

    BalasPadam
  4. liyana kekasih aizat..huhu..zed lak kekasih sape??? wink*

    BalasPadam
  5. Kamal si PENJAHANAM HARTA BENDA???
    bile nak update? huhu

    BalasPadam
  6. lorh..ingatkan liana kene sampuk ke ape..rupenye nak tut tut..huhuhu
    bayangkan ke banyangkan zed?

    BalasPadam
  7. ntah nyer..aku pn konfius bace..siap eja.. bayangkan ke banyangkan? erk..byk kali salah eja tuh..aiyoo~
    tapi x pe lah..mesej sampai..ktorg paham..hehehee~
    all the beshhh lah!!
    (^^,)v

    BalasPadam
  8. a'kum..

    nice entry. blog yg bagus. tahniah bro, coz berjaya mengharungi hari yg memberi pengertian dalam sebuah kehidupan..

    smoga berjaya bro. yg penting, jangan sesekali leka dan lupa kpd Allah swt. smoga terus berjaya, bahagia bukan saja di dunia malahan di akhirat juga.

    BalasPadam
  9. Zack...sibuk mcm mana jangan lupa solat..yerr

    Salam
    Na

    BalasPadam
  10. Askm,nice blog..x sbr nk tgk flm nie!!!

    BalasPadam
  11. cam best je.. huu.. best baca blog abg.. well, bz2 pun, update ar salu..

    BalasPadam
  12. tak sabar nk tunggu Niyang Rapik kat pawagam...cam seram giler jer...huhuhu

    BalasPadam
  13. lawak ar zed nih..dr ayat..citer2 yg d smpikan oleh zed wat aky terbygkan suasana dan tmpt kejadian..hehehehehe...tp bgus ar x jadi pape yg x d ingini..if not sure lgi kelam kabut nyer kan??...takat nak 'melepaskan' hajat tuh..x der apa la sgt... :p

    BalasPadam
  14. hehe lawak pun ada,. sian pun ada kat LJ... hehe sapa pnye lengan ar yang jadi mangsa tu ek hehe

    BalasPadam
  15. bz sgt zed skrg nih.. muke asik kua tv je.. mane2 event msti ade beliau..
    tapi..blog update la jgk.. wat la 1 bulan skali ke.. rase x ceria idop kalo x bace cite2 tbaru zed..

    BalasPadam
  16. huu..da tengok da NIYANG RAPIK smalam kat MID VALLEY..jln cerita yg menarik!=)good2..n lakonan yg menarik gak..ramai yg ternanti2 nk tgk uhh..sape cpt die dpt..selling fast..good luck ya bro!success selalu=)

    BalasPadam
  17. huyoo..the longest entry that I have ever read. tapi best.

    BalasPadam
  18. aku tak percaya berak?..tak boleh blah la..
    hahaha

    BalasPadam
  19. jumpa roslin soon ye...

    BalasPadam
  20. entry yang best.cite niyang rapik tu memang best la..da tgk dan memang tak dinafikan kesukaran mase nak shooting..tapi tahniah kat en.zed zaidi n other sebab berjaya gak lalui semua susah payah perit jerih..moga ini adalah yang terbaek buat kalian....

    BalasPadam
  21. Hi! I've watched the movie. it was ok..the choice of location was good. I've been to tasik kenyir and it's a really creepy place. the best part of the movie? i actually like that group photo. very boy band-ish but authentic :-)

    BalasPadam
  22. wah,,,citer ni mmg best...bnyk part terkejut je,, hantu nye pon x seram sgt...bru tgk smlm cm nk tgk lg je

    BalasPadam
  23. dah tengok.. best!!! hehehhe congrats kepada sume pelakun especially you!.

    BalasPadam
  24. tahniah bro.. apa projek terbaru lagi?

    BalasPadam
  25. hai zed...been following your blog. tapi at times bila bukak tgk takde updates tu, a bit frustrated jugak

    BalasPadam
  26. salam,..org ske sgt tgk die n the geng blakon...tapi org ske tgk klu die ngan Sam bwk watak jahat,..mmg menjadi,..watak baik bosan,..tinggal lagi best ngan tak,..tapi klu sape leh bwk watak jahat cam korang wat,..org tabik spring tilam dreamland kat org tu,.

    org yg kekadang senget
    -::Sara AdNi::-

    BalasPadam
  27. hahaha.. dgr tajuknye smpai x sbr2 nk bace.skali rupenye L.J yg mengigit.hahaha lwk..
    ingtkn mende yg mengigit..

    keep it up bro..
    will support u oweys..
    hope u still remember me..

    BalasPadam
  28. bro..sowi la..tak dpt tgk niyang rapik kt wayang sbb tak berani..wahahahah..=P.. tp membe2 ade ckp, sume best..terkilan gak ar kn..tp takpe, nnt sy beli dvd ori pnye..=) hehehehe neway, well done!!!

    BalasPadam
  29. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    BalasPadam

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!