= TERKINI=
Perkembangan semasa..

(Astro Awani) Isu Fifty Shades of Grey: Filem erotik bunuh budaya ketimuran negara - Zed Zaidi

Foto: Astro Awani
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, babak-babak panas di dalam filem berkenaan sebenarnya boleh mempengaruhi golongan muda-mudi untuk mencontohi adegan berkenaan di alam nyata.

"Sebenarnya filem ini mempengaruhi masyarakat kita secara keseluruhannya. Apa yang dilakukan kerajaan dilihat langkah bijak yang harus dihargai semua.

"Jika ia tidak disekat, pasti pelbagai gejala sosial lain boleh timbul akibat pengaruh penonton kepada filem ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Filem adaptasi novel itu diumum tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotik.

Dalam pada itu kata Zed Zaidi, penayangan filem itu dilihat bentuk agenda negara Barat untuk merosakkan budaya murni ketimuran yang dipegang negara sejak sekian lama. "Ini agenda luar yang cuma 'cucuk jarum' melalui propaganda filem untuk merosakkan budaya dan keharmonian antara kaum.

"Mereka (negara barat) memang sentiasa cuba merosakkan negara luar dengan anasir yang dibawa melalui muzik, gambar-gambar dan kini melalui filem. "Apabila 'jarum' mereka 'dicucuk', satu pembawaan imej mengikut kemahuan barat dapat dilabel di dalam fikiran golongan sasar, seperti contoh mereka melabel pengganas dengan orang Arab," jelasnya.

Katanya lagi, pelbagai aspek negatif yang cuba diserap di dalam filem sebelum ini harus dipantau kerajaan terhadap filem-filem berunsur negatif selepas ini. "Sebagai contoh, ada filem yang mengajar cara-cara mencuri dengan teknik profesional dan ia diikut penjenayah di negara ini.

"Sama juga konsepnya dengan filem berunsur erotik seperti ini. Ia hanya mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial yang hanya memalukan negara kelak," jelasnya.

Artikel penuh di Astro Awani
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!