= TERKINI=
Perkembangan semasa..

Sambung Sarjana & PhD serentak, Zed Zaidi mahu jadi artis contoh




PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya.



Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, peluang diberikan oleh pihak universiti berkenaan perlu digunakan sebaik mungkin kerana ia melibatkan masa hadapannya.




"Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.




"Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.




Zed menambah dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian iaitu tentang industri kreatif di negara ini.
Zed juga juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).


Zed akan terus komited terhadap tugasnya sebagai presiden Seniman.
Dalam pada itu, Zed berkata, dia berharap dapat menjadi contoh kepada semua ahli Seniman yang turut mempunyai keinginan menyambung pengajian di peringkat universiti pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

"Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, kesibukan dengan pengajiannya tidak akan membataskan tanggungjawab dia sebagai presiden Seniman dan dia akan terus komited terhadap tugas berkenaan.

"Memandangkan saya memilih untuk membuat kajian jadi saya tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

"Saya optimis dapat menyelesaikan pengajian dan kajian menjelang tahun 2020 nanti," ujarnya. - Ehsan Dari Mstar.Com.My
ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

Jemputan ke Majlis Hari Raya Seniman 2015


Anda semua dijemput ke Majlis Hari Raya Seniman 2015 hari ini 15hb Ogos 2015 bermula jam 2pm hingga 7pm di Finas Ulu Kelang. Jumpa di sana ya :)

Saiful Nizam Saiful Nizam Author

Pinda Akta Finas: Zed Zaidi

Merasakan nasib orang seni sering terpinggir, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengharapkan agar segala permasalahan dalam industri dapat diselesaikan dengan cara yang lebih bijaksana.

Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil berharap agar setiap permasalahan daripada pengamal seni tempatan didengari dan diambil berat.

"Contohnya, kini, dana persatuan pun kita tak dapat.

"Sejujurnya, biarlah apabila tukarnya pucuk pimpinan ini, diharapkan dapatlah menteri yang baharu ini membantu," katanya.

Meletakkan harapan tinggi terhadap portfolio baharu terhadap kementerian, Zed juga mencadangkan agar Akta Finas segera dipinda dan diperkemas.

"Selama ini, Akta Finas hanya mempertahankan kebajikan filem dan langsung tidak melibatkan drama.

"Sedangkan, pembuatan filem, drama, iklan mahupun dokumen perlu melalui Finas bagi mendapatkan permit yang dipanggil Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

"Tapi, kenapa Akta Finas hanya mempertahankan filem? Bagaimana pula dengan yang lain? Ia perlu dipinda agar kebajikan semua terjaga," katanya.

Katanya, secara tidak langsung, Akta Finas juga perlu mempertahankan golongan pekerja yang terlibat dalam industri seni.

"Ini kerana, tiada wujudnya satu akta yang mempertahankan orang-orang seni.

"Sebab itu, jika dilihat, kita selalu saja diperkotak-katikkan terutamanya dalam isu pembayaran gaji," katanya.

Pada masa sama, pihaknya juga berharap agar industri seni di negara ini sama-sama dimajukan.

"Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan cuba bekerjasama sebaik mungkin dengan kementerian.

"Hubungan lebih dekat dicipta supaya mesej kerajaan dapat disalurkan sekali gus membantu usaha kerajaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
Saiful Nizam Saiful Nizam Author



Assalamualaikum Warga Seniman,


Perhatian,
Kepada pengiat Seni Tanah Air yang berumur 40 tahun kebawah, menceburi pelbagai bidang Seni Seperti Pelakon, Penyanyi, Komposer, Kru Production, Producer, Director serta Pelawak.


Satu program akan diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai isu Kos Sara Hidup.



Maklumat program tersebut :

1) Tajuk Program : Persidangan Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia - Kos 
Sara Hidup 
2) Tarikh : 9 Mei 2015(Sabtu)
3) Masa : 8.30 pagi hingga 2.30 petang
4) Tempat : Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Kebangsaan


Malaysia Bangi Selangor (UKM)

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh hubungi pejabat seniman di talian 03-41055442.
Saiful Nizam Saiful Nizam Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!