= TERKINI=
Perkembangan semasa..

DUIT!!! DUIT!!! DUIT!!! SEBAB DUIT AKU PENING!!!

Damansara Perdana : Assalamualaikum kepada semua pengikut blog aku, termasuk la facebook, friendster dan myspace cuma twitter je aku belum register lagi, kalau ada tu bukan lah aku. Hari ni aku dapat menaip dan menulis kembali setelah sekian lama sibuk dengan alam perkhawinan masuk ke raya masuk ke perniagaan makanan asyik asyik rugi... dan termasuk la email facebook lama aku yang dah kena HACK by HACKER yang sangat soleh ni. Benda ni di namakan " MEN IN THE MIDDLE ATTACK " dia akan HACK internet korang melalui WI-FI jadi korang kena hati hati sebab apa? sebab AKU DAH KENA!!! biasalah Malaysia ni pun ada undang undang siber ada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM ), ada Polis Cyber, ada MY CERT malah ada juga AKTA MULTIMEDIA 1998 tapi semua sekadar nama je, keje satu benda pun tak buat sebab aku rasa semua yang aku cakap kat atas tadi semua TAK GUNA!!! sebab tu aku bagi amaran secara INDIVIDU kepada korang ni. Jadi terpulang pada korang nak percaya ke idak.


Aku pun heran dengan diri aku, assigment tak siap siap tapi ada hati nak tulis blog lagi adoiii yaiii!!! macam macam yang aku alami sebelum ni. Aku dah menerima orang baru dalam hidup aku korang tengok je sebelah korang ni, inilah dia pengarang jatungku yang comel dan manja cuma penat sikit nak jaga budak comel ni marah sikit je asyik nangis je... ponat eden nak memujuknya... ADOIII YAII...!!! Nama jatungku ini ialah Nelly Natalia comel sungguh namanya, tu yang buat aku tergoda sampai kawin la dengan dia... orangnya Kewll, penyabar dan suka dengan makan! Alahai... sebut je pasal makan... Hari hari aku makan dengan dia di mana saja kitaorang berada.


Tapi bila aku gembira orang baru yang muncul dalam hidup aku, aku menerima satu kejutan yang paling besar dalam hidup. Cousin aku yang paling rapat, bestfriend, bila dalam keluarga panggil kami berdua ni macam kembar dan sekolah tadika sampai la sekolah menengah semuanya sama, meninggal dunia semasa aku tengah shooting slot akasia " DEWA CINTAKU " bersama Iqram dan Fasha. Hari terakhir aku shooting untuk cerita tu, hari terakhir juga dia tinggalkan aku. Aku terlalu sedih!!! sampai aku tak terfokus dengan dialog aku. Korang bayangkan aku ulang alik ulang alik dari setiawangsa lokasi shooting ke melawati rumah allahyarham tu nak dekat seratus kali , nak habiskan shooting pastu nak mengguruskan jenazah cousin yang paling aku sayang, aku taknak terlepas walau satu pun dari hantar allahyarham ke hospital besar kuala lumpur, mandi kan jenazah, solah jenazah sampai dikuburkan. Aku serabut masa tu cuma aku tak pernah nak bagi tau orang dan tunjukkan reaksi muka yang aku dalam kesedihan aku cuma buat buat kewl je padahal tak kewl!!

Korang nak tahu kejadian tu berlaku satu hari lewat je ceritanya aku jumpa cousin aku hari khamis malam nak pinjam duit sikit coz duit aku lambat masuk, cousin aku ni cakap esok pagi dia akan tolong aku, pagi jumaat keesokan harinya tu je aku dapat call dari mak aku menangis KAW!! KAW!! punya yang cousin aku MENINGGAL DUNIA!! aku terkedu! dan aku tak percaya!!! sampai aku pegi terus ke rumah dia di Taman Permata dekat Melawati tu nak kepastian. MEMANG BETUL!!! dia MENINGGAL!!! Dari sini aku banyak belajar...... korang tahu aku angkat mayat dia dari tingkat 2 bawak ke tingkat 1 pastu semua family blurr!! tak tahu nak buat apa coz cousin aku ni meninggal dalam tido kitaorang tak tahu prosedure tetang kematian sebab semuanya first time berlaku dalam keluarga. Korang ingat bila jadi satu kematian boleh terus tanam, jawapannya TAK!!! dekat Malaysia ni HIDUP SUSAH, MATI pun SUSAH. Macam macam polisi dan prosedure yang kita orang kena buat. Dekat sini aku belajar benda baru, mana taknya.. orang dah mati bila nak dapat pengesahan kena dapat pengesahan doktor dulu, kalau tak kena bawak mayat pegi hospita POST MORTEM!! mesti banyak organ organ hospital curi!! pastu dapat pengesahan dan sijil kematian, lepastu kena buat report polis tentang kematian sebab takut kes bunuh diri, bukan itu je korang kena cari tukang gali kubur untuk dapatkan permit kubur pulak... belum campur yang lain lain lagi... Haaaiiiiiii..... susahnya... sampai kandang kadang aku boleh naik angin bila nak deal dengan hospital, polis dan tukang gali kubur ni buat keje LEMBAB. Sepatutnya MAYAT boleh di tanam lepas ZOHOR terus jadi lepas ASAR terseksa mayat. Dari kejadian ni aku nak PESAN!! dengan korang tolong buat persediaan letaklah contact no yang perlu di call, cari balai polis berdekatan, rumah doktor dan hospital yang dekat dengan rumah korang dan yang pastikan korang join lah jadi ahli PERSATUAN PEDUDUK supaya boleh orang tolong uruskan kalau apa apa yang berlaku pada kita nanti. Oh ya! jangan lupa kena tahu kubur kat mana dan siapa pengali kuburnya, kot kot kalau kita MATI siapalah nak tanam kita ya dak! tampalkan notis pesanan yang aku pesan ni kat peti ais umah bagi peringatan pada korang. SEMBAHYANG LA KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBAHYANGKAN!.


KWSP Launching with Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim under Biro              Seniman Muda


                       
Meeting With Dato' Seri Rais Yatim dan Sidang Media untuk settelkan kes AMMAR oleh Biro       Seniman Muda


Hidup ni memang ada macam macam color, hai kadang kadang aku rasa macam nak surendder je tapi apa nak buat HIDUP kena di teruskan. Kepada yang menjadi follower blog aku ni, aku pernah menulis mengenai persatuan ARTIS kat Malaysia ni. Sekarang aku bukan sahaja menjadi ahli PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA malah aku telah di lantik menjadi TIMBALAN PRESIDEN SENIMAN dan juga KETUA BIRO SENIMAN MUDA. Dari sinilah perjuagan aku dalam Industri seni semakin lebar. Aku bukan angan angan taik ayam, tak puas hati nak hentam di blog semua tu aku tak buat that is no my style!. Sifat aku bukan macam tu AKU CAKAP, AKU BUAT!!! itu lah aku. Gunakan blog sebagai medium bagi mengkritik untuk kebaikan akhirnya orang nampak perjuangan aku. Dalam Persatuan Seniman ni dah macam macam Program aku buat, AKU BUAT SENDIRI TAU!! dibantu juga oleh KAK RINA TAN.  program yang aku dah buat melalui persatuan ialah :-


  1. Menyelesaikan Masalah AMMAR artis muda yang menghentam wartawan di FACEBOOK
  2. Menyelesaikan Masalah saman FAHRIN AHMAD dan LINDA ONN
  3. Mendesak Tv3 supaya ubah format program "TERJAH"
  4. Membela artis boleh menjadi IKON kepada Masyarakat dari keyataan WAN DINA
  5. Membuat PC bagi membela JOHAN raja lawak untuk keadilan
  6. Membela Artis dari hentaman ULAMAK dari paper HARAKAH
  7. Membuat boikot bersama ahli/artis terhadap serangan Israel terhadap kapal Turki ke GAZA
  8. Program ARTIS BERPENDIDIKAN. Berkerjasama dengan UNIVERSITI UTARA MALAYSIA supaya artis boleh sambung berlajar di peringkat BACHELOR IN COMMUNICATION
  9. Program Bersama MITI bersama BIRO SENIMAN MUDA di Jerlun, Kedah yang telah dirasmikan oleh Datuk Mustafa dan Datuk Mukhriz TUN Mahathir 
  10. Berkerjasama dengan UMNO Bukit Bintang sempena OPEN HOUSE UMNO BAHAGIAN di PWTC yang di hadiri oleh Tan Sri Muhiydin Yassin dan Datuk Nong Cik
  11. Membantu Zulhuzimi bagi menubuhkan RUMAH ACTOR SENIMAN  
  12. Menguruskan lawatan ke rumah DATUK AHMAD JAIS dan melawat AZEAN IRDAWATY di HOSPITAL BEACON hospital cancer pj, untuk memberi sumbangan dan berkerjasama dengan PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA melalui Biro Kebudayaan dan Kesenian
  13. Berkerjasama dengan KHAIRI JAMALUDIN KETUA PEMUDA BN MALAYSIA melalui biro kebudayaan dan kesenian tetang projek BN YOUTH MUSIC
  14. Karnival DRIFT berkerjasama dengan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN melalui timbalan menteri Datuk Razali Ibrahim   
  15. Program mengguruskan Kewangan bersama Nash dan SAZZY FALAK khas untuk artis mengenai tips tentang pengurusan kewangan.
  16. Memberi sumbangan kepada keluarga ALLAHYARHAM FAIZAL YUSOFF
  17. Memberi sumbangan kepada artis muda, melawat di hospital universiti dan membuat rayuan kepada finas serta kementerian penerangan untuk mendapat sumbangan tambahan kepada RAFI HUSSIN yang terbakar badannya semasa shooting. 
  18. Mendesak AJK SENIMAN untuk meluluskan KWSP 1 Malaysia

Sebenarnya ada banyak lagi... tapi bukan malas nak tulis ada banyak sangat maknanya aku masih terus memperjuangkan nasib artis terutama kepada artis muda dan artis veteran tidak dilupakan. Jadi kepada artis kat Malaysia ni kalau dah tau ada masalah meh la jumpa aku kita boleh bincang dan kita boleh pikir macam mana nak selesaikan masalah korang tu. Dan sekiranya korang artis artis muda dan ARTIS BARU ni, ada idea yang baik ke nak di bawa ketengah rajin rajin la jumpa atau call atau FB atau komen kat blog ni pun takpe supaya aku tau apa yang korang nak dan aku boleh bantu melalui persatuan. Korang kena ingat Suara PERSATUAN boleh DIRECT KE MENTERI bermakna PERSATUAN adalah 1 SUARA ARTIS.

Sekarang ni aku tengah cuba cuba nak jadi producer tapi cerita apa kena tunggu nanti aku akan  buat launching 5 november 2011 masa dan tempat aku akan bagi tau. Kepada wartawan aku akan email atau call korang ye untuk menjemput hadir ke PC tu nanti. Nak jadi producer kira kira duit kena pandai tak pandai kena kelentong! jadi aku menguruskan duit punya lah payah sebab melibatkan duit yang banyak nak tak nak kena belajar kalau tak sampai bila bila la aku jadi PELAKON takde naik naik ke peringkat yang lebih tinggi jadi AZAM aku ni hampir direalisasikan cuma tunggu time yang sesuai je. Macam macam masalah berlaku bila nak jadi producer ni sampai aku nak GIVE UP!! mana taknya asyik kena bantai je dengan partner tapi hati kena kental jiwa kena TAIKO beb! kalau tak semua tak jadi.

Alamak!!!. Bini aku dah call suh ambik dia kat tempat keje plak ADOI.. YAII!!!, ingat aku bukan TAKUT BINI, CUMA BINI JE TAK TAKUT AKU, SIAPA TAK SAYANG BINI oiiii....!!!! Sampai sini je lah aku bercerita, cerita aku di atas tadi ni rumusannya semua mengenai duit, kalau duit takde semua tak boleh jadi. Masuk JAMBAN kat KL pun kena BAYAR ni pulak aku nak bayar rumah, kereta, credit card, penyelengaraan rumah, minyak, sara hidup aku dan isteri, dan macam macam lagi lah.. jadi aku kena keje kuat untuk dapatkan duit. kalau tak habis aku! aku cuma risau bila aku sakit mana duit aku nak dapat. Maka Renung- renungkanlah bersama ye! 

Tengah pikir apa lah yang akan terjadi dengan masa depan aku masa tahun 2012 ye!

"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)




Zed Zaidi Zed Zaidi Author

HARI INI ZEDZAIDI DALAM SEJARAH....

29 APRIL 2011, JUMAAT 10:56 PAGI : Hi semua apa khabar?? lama aku tak update blog ni... so sorry... aku sangat sangat sangat sangat gila sibuk dengan persiapan pernikahan malam ni di RESTORAN FELDA VILLA. Nevers aku tak terkata sampai menjilat kaki neversnya... sempat lagi update blog just nak share dengan korang supaya dapat doakan yang terbaik untuk aku..

Korang tau tak aku sibuk gila sampai nak menyiapkan hantaran dan segala benda tentang kawin ni... sampai aku tak tertido sebab nak memikirkan apa yang akan jadi pada hari ini.. semalam sampai hantaran aku buat kat luar rumah mak aku kat keramat kena tempias tempias hujan rahmat malam semalam sampai BASAH HANTARAN AKU DAHSYAT!!! sampai aku pun pening camna nak settlekan ni... fuhh!!!.. tak boleh pikir, la ni tak boleh pikiq, dok leh pikir doh!!!

Pasni plak nak kena tengok persiapan pelamin pernikahan tak tau apa yang jadi... kesian aku tengok cousin cousin aku dari kelantan TENGKU HARUN, KAK V and the GENG membantu menyiapkan kerje kerja pembaikan tentang penikahan aku... dan aku mengucapkan banyak banyak TERIMA KASIH kepada mereka ni sebab membantu aku dari A sampai Z sampai diorg tertido di porch umah aku KESIAN aku tengok!!!.. :( anyway THANK U TENGKU HARUN dan KAK V dari DAHLIA BRIDAL kerana tidak kenal erti penat lelah membantu aku!!! :) * wink!!!

Kepada community aku EPANCO!!! terima kasih tak terkira kerana menyenponsorkan SECURITY LEVEL tahap IMPAK MAKSIMA pada aku THANK U AYAHANDA PADUKA ARIFFIN ABU BAKAR kerana banyak membantu tentang keselamatan aku... terima kasih kepada along, angah adik adik yang bertugas... terima kasih, terima kasih terima kasih!!!

Tidak lupa pada TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DATUK RAZALI kerana sudi menghadiri majlis pernikahan aku malam ini.. Kepada kerluaga aku PAK JAMIL dan CIK POZIAH dan kerluarga mertua PAPA MUS dan MAMA IJAH terima kasih juga kerana banyak membantu dari macam macam aspek yang tak terjangka masalahnya yang terjadi. tidak juga lupa terutama sekali kepada kak RINA TAN, KAK ZURAI, KAK OGY, dan lain lain.. nak sebut banyak sangat nama... jadi mana aku tak sebut mintak maaf in advance la ye... banyak dok pikir sekarang ni tengah serabut otak, tak tau nikah malam ni jadi cam mana.

Pihak media yang hadir pada malam ini aku nak mintak maaf awal awal takut kalau tak cukup makan tak cukup tempat duduk maaf kan aku.. coz hari ni jadi pengantin tak dapat nak jenguk jenguk kat luar apa yang kurang... dan kepada media yang dah keluar pasal citer aku nak kawin ni aku ingin ucapkan THANK U, THANK U, THANK U!!!!! dan kepada yang mengenali aku kalau aku tak dapat jemput harap la maafkan aku jugak sebab tempat limited nak ajak semua tak muat...

Cameran official aku cheap dia ALOD video cam AM, dan juga HAKMA aku berutung dapat korang kerana korang paling kewl cover aku... dan jangan lupa aku nak copy semuanya ye... pada sudirman media hiburan thank u to u too... aku tau kau memang KEWLL habis...!!! Neway aku dah takde masa lagi... nak bergerak siap nak pakai baju semuanya... DOA KAN AKU DOA KAN AKU DOA KAN AKU supaya dipermudahkan pernikahan aku malam ni...

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KEDUA IBU BAPA DAN IBU BAPA MERTUAKU SUPAYA DI BERKATI DAN DILIMPAHI RAHMAT KEPADANYA, YA ALLAH, JADIKAN ISTERIKU YANG TERBAIK DI DUNIA DAN DIAKHIRAT, AMPUNKAN DOSA KEDUA IBU BAPA DAN IBU BAPA MERTUA KU YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA KELUARGA DAN KELUARGA MERTUA KU YA ALLAH SERTA MASUKKAN BAKAL ISTERI KU DI DALAM ORANG ORANG YANG SOLEHIN YANG ALLAH... AMIN.





Zed Zaidi Zed Zaidi Author

ZED ZAIDI UPGRADE UMUR KE 3 SERIES.... APA SUDAH BERLAKU???


MUAR, JOHOR. -ASSSALLLLAAAMUAALAAAAIIIKUUUMM!!!!!
Hi salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam semuanya. Kalau korang tengok bertapa panjangnya salam aku tu bertapa lamanya aku tak update blog ni... ni kira kes balas dendam la... supaya orang tau bertapa sibuknya aku selama ni. hahahaha...... ok mana aku nak start dulu ni hmmm.. ishh.. sebenarnya banyak benda aku nak share dengan korang tapi kalau aku nak bercerita memang panjang lebor lerr.. jadi aku short cut je iye!.

Sekarang aku sibuk shooting drama "setelah kau tiada" 26 episod RTM arahan JUREY LATIFF kerja dengan dia ni kewl beb! tapi dalam shooting shooting drama ni ada macam macam problem tapi bagi aku semua ni biasa, kalau nak suh aku cerita? jawapan aku NO KOMEN! apa masalah berlaku dalam drama ni pun? AKU NO KOMEN!!! semua NO KOMEN!!! ala macam jawapan TIZ ZAQYAH mengenai KONTROVERSI dengan FASHA SANDHA, NO KOMEN!! *wink!! kepada artis yang aku tersebut nama jangan ambik hati , aku terpaksa menyibuk sebab bila dah di lantik menjadi KETUA BIRO SENIMAN MUDA MALAYSIA ni semua cerita artis , masalah artis muda semua aku perlu ambik tau... sebab ni semua dibawah tanggungjawab aku!!! jadi, korang tak boleh marah akuu ok?. *wink!! :)

Bercerita mengenai PERSATUAN SENIMAN ni, setelah aku di lantik memimpin artis muda ( umur di bawah 40 ) aku bukan rasa teruja sangat pun, aku cuma rasa bersemangat untuk membantu nasib artis muda kita yang dah semakin ramai dan semakin tak terkawal dan semakin merapu ni!!! bukan apa kekadang tu belum sampai 3 drama, atau pun belum ada album lagi dah berlagak macam artis. Masalah- masalah ni lah yang aku perlu bendung sebab takut "kerana setitik nila rosak susu sebelanga" . Korang nak tau sejak aku di lantik menjadi KETUA BIRO SENIMAN MUDA ni penerimaan artis muda kita sangat positif!! pssssttttt...!!!! korang nak tau? bila aku dah berjaya bina sesuatu mula la ada orang dengki!!! dengki memang tak boleh di pisahkan langsung dengan orang melayu!!! bukan orang luar saja yang dengki dalam persatuan sendiri pun ada yang dengki!!! ada yang kata aku masuk PERSATUAN ni nak glamer je lebih!! buat keje takde!! eh helo... kalau aku tak masuk persatuan pun orang dah kenal aku kot!! bukan tu je, dia hentam lagi aku, dia kata aku ada agenda pulak dalam persatuan walahal aku dilantik pun melalui undian yang dipilih ahli sendiri jadi kedudukan aku SAH!!! aku berjuang bukan untuk agenda tapi aku sangat prihatin dengan nasib artis muda di Malaysia ni aku berjuang dengan ikhlas kalau korang tak caya cuba korang telepon persatuan korang tanya ada tak diorang BAYAR AKU BILA AKU BUAT KERJA UNTUK DIORANG!!!! semuanya SUKARELA OK!!! jadi buat la kerja sendiri jangan nak MENYIBUK dengan BIRO ORANG LAIN!!! mungkin wartawan nak interview kau dia tak kenal kau sangat kot!! pasal tu dia cari aku interview, bila dah selalu sangat keluar muka aku, dia jeles la tu!!! ahhh!!! orang macam ni boleh pegi MAM!! "TOLONG LA... JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG!!!" jangan jadi HIPOKRIT!!! "PIJAK SEMUT TAK MATI!!!" kita sibuk nak bersatu dan nak kuatkan persatuan ini nak tuduh orang salah , orang tak buat keje, orang giler glamer!!, eh kalau ada 10 orang macam kau dalam persatuan, persatuan takan berubah la sebab ada orang macam kau ni!!! oh ye?? lupa plak.. persatuan bukan perniagaan ok jadi tolong jangan buat persatuan untuk kepentingan diri sendiri!! untuk abang HARUN SALIM BACHIK good job!! persatuan sudah nampak kemudaannya to abang YUSOF KELANA stay kewl.. dengan misai macam A. GALAK nampak hensem dan kepada lain lain bekerja la kita memperjuangkan nasib artis dengan ikhlas dan bukan terpesong dengan ajaran sendiri ok!!!

Dah full stop!!! dengan persatuan. Bukak cerita lain... aku bukak cerita aku pegi umrah hari tu... sori sangat sangat tak sempat nak share dengan korang sebab habis je umrah aku terus shoot drama samarinda tv3 HABIL DAN QABIL arahan FAISAL ISHAK under Film Scape PRODUCTION kabir punya production. cerita kewll gila jadi jangan lupa tengok ok!! *Wink!! Korang tau tak masa aku kat Madinah dengan MEKAH aku tak habis habis berdoa untuk bertemukan aku jodoh... jodoh... JODOH!!! semua dalam doa aku, mesti ada jodoh!! dan bila aku balik je ke kolumpor terus je aku jumpa jodoh!! hahaha... nak tau jodoh aku... masih lagi di rahsiakan sebab kalau aku kasi tau habis la wartawan cari aku baik aku diam dari cakap. Orang cakap kalau banyak cakap banyak jugak kita tunjukkan kelemahan kita jadi baik aku zip je mulut aku!! * wink.

Untuk pengetahuan semua!!! hari jadi aku dah lepas... so aku sudah menjangkau umur 30 tahun!! dah masuk 3 series!! so zed zaidi akan bertukar ke ZED ZAIDI NEW EVOLUTION aku akan umumkan berita penting kepada korang mengenai perubahan aku nanti. so paham paham la.... rajin rajin la tengok blog aku iye.. takut terlepas berita tergempaq yang eden nak bagitau nanti... :)

Aku pun dah takde idea dah ni... bukan takde idea tapi kena tido awal sikit sebab esok call time aku pagi so aku akan update cerita cerita yang best dan share dengan korang lagi k. Aku memang dah anggap blog ni macam dairi bergerak aku jer... selain luahkan perasaan aku pada mak bapak , dan ehem ehem aku... blog juga tempat nak luah dan kongsi perasaan. Oh ya sebelum aku lupa to my pren AQASHA MR SALIQ dan JIMMY STANDLEY!!! SELAMAT BERTUNANG dan insyallah aku akan menyusuli di dalam masa terdekat nanti. HAHAHA.... to mr saliq gua pinjam ayat lu bro.. tapi jangan saman aku :P "Di sini yang tersurat adalah yang tersirat, menulis di atas dasar yang mudah. Keikhlasan, kejujuran, kebenaran dan kehidupan. Aku di dalam perjalanan yang panjang, bermusafir di usia muda. Aku seorang saliq yang ingin terus istiqamah dengan taksub. Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau dan dia. Aibmu adalah aibku. Rahsiamu adalah rahsiaku. Terjadi, hanya bila kau makrifat akan dirimu." * Wink!!!
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

MASA SHOOTING FILEM "NIYANG RAPIK" ZED TERKENA GIGIT...

Damansara Perdana 10 feb 2010 - 3.29am : Fuhhh... mengeluh dulu sebab terlalu penat.. shooting.. tapi aku tak boleh komplen sebab ni semua rezeki dari tuhan ya betul!!. sebenarnya sibuk aku ni dah boleh mengalahkan Perdana Menteri dah.. hehehe.. korang banyangkanlah eh.. dari habis shooting drama 26 episod sambung Filem terus buat drama bulan ramadhan pastu sambung drama radio continue plak dengan telemovie sambung lagi drama a.d.a.m 5 masuk plak teater impak maksima musical di singapore cantas plak drama 13 episod habis terus drama 26 episod hingga la ke moonsoon cup event jadi mc... kira jadual aku ni full pack sampai hujung tahun 2009 la ni.. tu belum aku sebut lagi kesibukan jadi duta produk, bisnes dan macam macam lagi... banyangkan? banyangkan! serta banyangan... bertapa takde masanya aku nak mengupdatekan BLOG aku ni... sampai berhabuk labtop BEB!!! :P

OKlah.. malas dah nak cerita pasal kesibukan aku ni sebab aku dah lantik AQUILA EMAS menguruskan kejaya seni aku jadi, aku boleh focus pada bidang bisnes plak. Aku dah merancang untuk bukak bisnes franchis dalam masa terdekat ni, bisnes dah jadi nanti, aku akan kasi tau kat blog k. :) .Berbalik ke pengalaman aku shooting filem "NIYANG RAPIK" cerita BERAT! suatu filem yang aku boleh buat COME BACK! dalam dunia perfileman tanah air sebab dah lama aku tak buat filem selalu drama je kan..? mana taknya biasanya aku dapat offer filem mesti clash dengan jadual shooting drama, sampai takde rezeki nak buat.. tapi bila 25 jun 2009 aku dapat offer filem NIYANG RAPIK dari director AHMAD IDHAM terus aku ambik. Sebenarnya secara kebetulan drama yang aku tengah tunggu tu.. post pone date banyak kali, tiba-tiba la rezeki filem masuk aku terus comfirm dan ambik walaupun aku tau FILEM AHMAD IDHAM akan bermula pada 27 jun 2009 masa hari jadi aku *wink. Setahu aku la.. AHMAD IDHAM ingat nak offer filem kat aku ni pun, masa aku shooting ANAK WAYANG dengan dia.... Yang Bestnya... FILEM NIYANG RAPIK ,kita orang start shooting masa hari jadi aku 27 jun habis shooting plak masa hari jadi AHMAD IDHAM 17 july 2009 pada pukul 7 pagi semuanya angka 77 lucky number tapi tikam je ekor passstttiiii... DOSA masuk neraka! * wink * wink * wink :P

Inilah dia... para pelakon filem "NIYANG RAPIK" dari kanan aku sendiri Zed Zaidi, Sam, Liyana Jasmy, Firz Fairuz, Awal, Kamal sebenarnya semua ada watak bukan sahaja dalam filem malah di luar filem.. aku boleh mengklasifikasikan Zed Zaidi si PENYELAMAT!, Sam si COOL, Liyana Jasmy si MANJA, Firz Fairuz si PENYAKAT, Awal si STYLO dan Kamal si PENJAHANAM HARTA BENDA. :P .Apa yang aku maksudkan dengan watak semua artis ni korang tau kenapa...??? ini lah cerita pengalaman shooting filem dengan diorang ni dalam hutan di TASIK KENYIR 2 minggu beb! tido dalam HOUSE BOT! masuk hutan keluar hutan naik bot kemana saja dan bot la pengangkutan kita orang bila ada kat TASIK KENYIR tu.

ZED ZAIDI SI PENYELAMAT
Bukan nak berlagak tapi apa yang aku nampak selalunya aku la jadi penyelamat pada pelakon pelakon ni. ada yang tak pandai berenang terpaksa di selamatkan ada yang kena buli terpaksa aku tenangkan ada yang bergaduh terpaksa aku settlekan ada yang tak cukup barang barang aku tolong bagi dan tolong belikan.. ada yang nak ke hulu ke hilir, aku la yang menjadi penyelamat untuk bawakan bot untuk diorang... jadi sesuai tak dengan watak aku ZED ZAIDI SI PENYELAMAT? * wink! Pengalaman kutip buah durian dalam hutan di TASIK KENYIR memang best gila!!, bayangkan korang boleh makan durian seberapa banyak yang korang nak, sampai aku dah bosan nak makan durian asyik asyik je durian nak tengok durian pun aku dah fed up! kebetulan pulak satu hari MAK Liyana Jasmy nak makan DURIAN, stok durian dah habis.. apa lagi aku jadi HERO pi kutip buah durian di hutan TASIK KENYIR la... masa TAPAU buah durian tu tengah khusyuk kutip buah tiba tiba... aku kena serang dengan PENYEGAT! sampai aku terkena SENGAT dan 2 orang lagi pun terkena jugak... nasib baik aku terkena sengat tu aku sempat tepis jadi mata aku takde la dalam keadaan bahaya sangat tapi 2 orang yang kena 1 tu kena kat bibir, bibir dia bengkak sampai bibir atas dia membesar bila aku tengok muka dia dah macam ANGELINA JOLIE dan yang sorang lagi plak kena di bahagian mata, bengkak di mata sampai aku tengok dia dah macam APEK jual SAYUR plak hehehe... tapi itu la pengalaman kutip buah DURIAN di hutan TASIK KENYIR.

SAM SI COOL!
Sam seorang yang sangat cool... dalam filem ini... watak dia dalam filem tak la secool di luar.. jadi memang sesuailah aku berikan dia gelaran SAM SI COOL. :) walaupun dia bukan tak pandai cuma segan je nak berenang dia seorang PELAKON yang sangat sangat KOMITED dalam Filem NIYANG RAPIK ni... bukan nak memuji.. tapi benar! Lakonan yang berkesan buatkan aku selesa nak berlakon dengan dia... AHMAD IDHAM pernah berkata "kamal walaupun pelakon baru yang kurang pengalaman belakon ni, tak pernah tanya aku pasal lakonan dia macam mana? ok ke? tak ok ke? tapi si SAM ni lain plak, asyik asyik tanya aku pasal LAKONAN dia ok ke tak? watak dia bawak ni betul ke tak? sampai aku pun naik RIMAS." :) Sam pernah berbisik dengan aku masa di house bot satu bilik dengan dia di TASIK KENYIR bro.. saya dah tak tahan la..duduk di house bot atas TASIK KENYIR nak balik KL!, itu la luahan SAM SI COOL :)

LIYANA JASMY SI MANJA
Huii.. ni lagi satu budak kecik yang sangat sangat la manja bukan saje dengan mak tapi dengan semua pelakon.. pengalaman aku shooting dengan dia pun ok. Bagi aku dia seorang pelakon muda yang sangat pandai dan berbakat dalam LAKONAN! Pengalaman shooting dengan budak kecik ni di TASIK KENYIR sangat la kelakar! Masa kitaorang nak kena shooting dari satu pulau ke satu pulau di tasik kenyir tu kita kena la transit menggunkan bot.. TASIK KENYIR ni ada 340 pulau tak silap aku la.. jadi nak ke satu pulau ke satu pulau yang lain makan masa busuk busuk pun 1 ke 2 jam jadi masa kita nak transit hari tu... untuk shooting... tak silap aku location kitaorang di GUA TAAT, masa perjalanan tu ada lah sesuatu terjadi pada liyana dalam bot transit tu dari keadaan hepi bertukar menjadi kelam kabut di sebabkan liyana jasmy. Dalam bot transit tu kita ada 8 orang duduk depan sekali kamal,awal, firz belakang diorang plak ada liyana aku dan belakang aku plak ada sam dan driver bot dan belakang sekali ada carlos wardrobe :). Nak di jadikan cerita dalam bot kitaorang hepi hepi menyanyi menyanyi lagu AIZAT hehehe... tiba tiba muka liyana dari hepi menjadi pucat aku ingat budak kecik ni dah terkena nyamuk CHIKUGUNYA tapi tidak.. rupanya dia sedang bertarung untuk menahan sebab nak terkucil... di dalam bot.. kita orang menjadi kelam kabut dan suspen.. sebab kita tak boleh singgah di mana mana pulau takut ada benda bahaya akan berlaku dalam hutan tu.. nak memerut di atas bot tak boleh... jadi nak taknak Liyana terpaksa tahan selama 1 jam untuk sampai ke GUA TAAT. Macam macam cara kitaorang cuba mengubah fikiran Liyana supaya jangan memikirkan pasal kesakitan perut itu, kita orang menyanyi.. lagi malah kita orang terpaksa bertahan apabila Liyana gigit legan kitaorang untuk menahan sakit... sampai la ke destinasi untuk dia memerut. Memang aku takan lupa lagu yang di nyanyikan oleh Liyana Jasmy "ku tak percaya BERAK! ku tak bercaya BERAK? B.E.R.A.K" uik? silap plak lirik dia ni.. " ku tak percaya CINTA ku tak percaya CINTA! C.I.N.T.A! *wink!

Dan yang lain lain aku nak cerita tapi tak boleh cerita semua kalau korang nak tau.. tengok lah FILEM NIYANG RAPIK dekat panggung wayang 25 FEB 2010 ni ok... bila korang tengok filem ni baru kau tau bertapa susahnya nak berlakon kat kawasan yang macam gitu dan bayangkan lah macam mana kru dan pelakon boleh berlakon tempat yang sebegitu complicated! huh! tapi yang nyata filem NIYAN RAPIK ni memang seram nak mampus!!! aku dah tengok kat panggung preview dan dapat banyak komen POSITIF dari wartawan, dan ini lah pembuka carier aku 2010. :)
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!