= TERKINI=
Perkembangan semasa..

ZED ZAIDI SEORANG.....

Huhuhu.. 12 Mei 2009 pukul 6.45pm baru balik shooting.. selalu gak aku tengok blog dan banyak jugak aku dapat respon positif dan negatif dari korang semua. hmm.. bagus la.. tapi sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI MAMA, SELAMAT HARI JADI FAHRIN AHMAD, DAN JUGA TAHNIAH PADA MISHA OMAR MENANG ANUGERAH AIM, :) sebenarnya kalau korang nak tau aku buat BLOG suka-suka je.. aku buat BLOG sebagai DAIRI perjalanan KERJAYA SENI, aku ingat aku buat blog ni takde orang baca, sejak kebelakangan ni jadi perhatian rupernya.. bukan saja kena komplen pasal perenggan yang aku tak buat, dalam CARI.COM.MY dan jugak dalam BACARIA pun ada, dalam RADIO pun ada baaiii...!!!

Fuhhhh....DASHYAT BETUL...!!!! penangan orang macam aku, terasa hebat macam penulis pun ada. tapi lupakan je la.. aku bukan minat menulis.. aku buat ni supaya aku boleh share dengan orang yang boleh share dengan aku. aku tak memaksa korang baca BLOG aku, terpulang pada individu itu sendiri.. rasa nak baca, baca. taknak baca ignore je.. habis cerita full stop! :)

baiklah.. sebenarnya aku bosan ni.. nak cerita dengan korang pasal diri aku.. tapi sebelum tu aku nak jawab balik pada pengkritik yang mengeritik BLOG aku ni.
  1. TAK BUAT PERENGGAN DI BLOG SAKIT MATA NAK BACA
  2. CARI.COM.MY
  3. BACARIA
  4. RADIO
TAK BUAT PERENGGAN DI BLOG SAKIT MATA NAK BACA
Buat BLOG, Chatting , Browsing semuanya FREE!! setelah kita bayar duit bill internet di TMNET, jadi suka hati aku la.. aku nak tulis macam mana pun. Tapi aku setuju dengan korang yang mengeritik aku pasal perenggan. betul jugak bila aku amati sekali lagi memang sakit mata la.. jadi TERIMA KASIH kepada orang yang menegur aku. aku anggap PENGKRITIK adalah CIKGU aku. :)

CARI.COM.MY
Ada juga aku terbaca dalam cari.com.my ni, sape yang tak baca lagi? ni capaian address cari tajuk Zed Zaidi cerita pasal dia x suka mawi n samsul usop dlm blognye pi nengok sendiri baca bagus ke tak bagus http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=415426&extra=page%3D6 bagi aku 98% dalam komen cari.com.my ni, bagi respon yang positif pada aku.. jadi aku rasa aku perlu lebih berusaha supaya aku dapat berikan terbaik kepada semua yang nak share dengan aku. cerita cerita dalam BLOG aku ni aku lebih gemar ikut style aku sendiri supaya mudah dan seronok di baca oleh korang semua termasuk la MAK BAPAK aku sekali hehehe... :P wink*.
BACARIA
Siapa tak baca lagi, pi beli ada jugak cerita pasal BLOG aku ni.. kata aku kutuk artis artis malaysia, shamsul la, mawi la dan bla...bla..bla.. eh.. peduli apa aku! dah nama BLOG aku, suka hati aku la.. aku nak tulis apa pun.. aku cuma cerita benda betul apa yang diorang tak nampak, yang aku nampak jadi, salah ke aku nak share cerita dengan orang yang baca BLOG aku ni! Mengeritik tak semestinya BENCI, cuma menegur KESILAPAN orang yang buat benda tak BETUL! dan BETUL kan apa yang TAK BETUL jadi sebelum masuk BLOG aku ni SILA BACA STATUS AKU DULU!! sekian terima kasih :)

RADIO
Promosi BLOG ZED ZAIDI di radio.. hahahaha.. rasa kelakor pun ada.. ceritakan aku LONELY.. biasa la.. bukan aku je yang kena penyakit tu, ada ramai lagi.. cuma kalau korang nak tau kenapa aku LONELY? sila la baca di topic AKU LONELY NEED HELP! :P dan di pihak radio terima kasihlah... promosi kan BLOG aku yang tak seberapa ni :) wink*

OK bagus..!! PUAS HATI DEN!! semua dah eden jawab! OH ye... lupa ada lagi, untuk pengetahuan korang pasal aku dalam internet ni... aku nak habaq pasai MYSPACE, FRIENDSTER, FACEBOOK dan juga BLOG

MYSPACE
Untuk pengetahuan korang aku dah mula main internet ni sejak zaman DIAL UP! 1995 lagi.. so kalau tengok dalam internet ni aku adalah ZED ZAIDI mungkin KLON atau orang sebenar? jadi.. untuk kepastian ini address web myspace aku HTTP://WWW.MYSPACE.COM/ZEDZAIDIkalau korang jumpa yang lain semua itu adalah PENIPU!! atau mungkin PEMINAT!. aku anggap PEMINAT macam KAWAN aku sendiri, jadi suka hati dioranglah.. nak jadi KLON! BLOGING,CHATTING,BROWSING IS FREE!! :)

FACEBOOK
yang ni selalu aku bukak sama macam myspace cuma yang ni aku lebih gemar add kawan kawan yang mengenali aku sahaja. kawan yang lain bukan taknak approve cuma facebook ni limited sikit tak macam myspace unlimited nak buat macam myspace aku 58 ribu fans pun boleh. cuma untuk kepastian korang, ini email address facebook aku zedzaidi80@gmail.com selain dari tu macam biasa lah.. kLon la tu.. :) wink*

FRIENDSTER
ni jarang sikit aku bukak sebab yang ni lembab sikit.. sama macam facebook tapi facebook lebih menarik tapi myspace lagi laju dan mudah. semua benda aku buat sekali jalan, kalau aku login friendster mesti aku akan login sekali dengan facebook dan juga myspace untuk di approve. kalau korang nak tau lagi, yang buat approve dan komen serta tukar gambar updated semua info itu adalah aku, bukan orang lain, dingatkan sekali lagi, itu adalah aku sendiri, jadi untuk kepastian, ini email friendster aku rozaidi_jamil@yahoo.com yang lain tu, KLON, KLON, KLON so jangan TERPEDAYA!!

BLOG
haa.. jeng..jeng..jeng.. yang ni tak payah lah aku kasi tau korang letih nak explain.. kalau tak, takan la blog aku ni boleh di promosikan melalu cari.com.my,radio,bacaria dan sebagainyakan.. so just nak double check dengan korang ini address untuk blog sebenar aku HTTP://ZEDZAIDI.BLOGSPOT.COM yang lain KLON! fuh..!! penat aku sebut KLON!! bukan menyampah.. dari situ, baru aku tau peminat aku ni sampai mana? sampai jadi KLON dashyat tu..!!! :P so di ingatkan kepada semua yang mengenali aku, apa yang aku tak sebut di atas, orang itu adalah, KLON, BUKAN AKU YANG SEBENAR, PENIPU, MEMPERDAYA ORANG LAIN, KAKI KENCING.. dan BLA..BLA..BLA.... :P

hahahaha... nak cerita pasal diri aku dah lupa plak.. ok la.. pasal aku ni simple je.. aku ni seorang yang tak MEROKOK, benci kepada benda yang sepatutnya aku benci, aku ni ada semangat patriotik dan nasionalism sikit, semangat juang seperti jepun, tulus, jujur,sangat adil, ikhlas,taat, setia dan tak minum arak walau setitik pun.. HARAM!! mak aku pernah pesan "DONT DRINK AND DRUGS!" dan yang paling aku benci... PELAKON,PENYANYI,PENGACARA dari LUAR MALAYSIA, CARI MAKAN DI MALAYSIA BERLAGAK DENGAN ORANG MALAYSIA!!! kenapa kita perlu sokong orang luar ni? sedangkan kita ada pelakon,penyanyi,pengacara yang hebat hebat..!! jadi , aku akan menghuraikan di topic topic akan datang.

"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!"

Zed Zaidi Zed Zaidi Author

KENAPA PEREMPUAN BOLEH CUCI TANDAS LAKI TAPI LAKI...

Hari ni 3 MEI 2009 pukul 9 malam. perggghhh.... penatttt giloss.... pinjam kata kata AIZAT dalam ANUGERAH INDUSTRI MUZIK kita semalam "GILA LAH!" :P aku tengok dah jadi satu trend plak pada artis nak buat ucapan bila menang award :) hehehe.. takpe la.. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal AIM aku nak cerita pasal kejadian masa aku shooting tadi, drama baru 24 episod "TERATAK MAHLIGAI" RTM EUROFINE PRODUCTION pelakon hmm... ZIZAN NIN, ARASH, NABILA, NADIA MUSTAPHA dan... dan dot dot dot.. :) so.. shooting kat GIANT SUNWAY DAMANSARA ok la.. masa aku shooting tu.. biasa la.. ramai peminat dekat situ bukan aku je kena serbu malah pelakon-pelakon lain pun kena jugak hahahaa.. nak buat macam mana dah kata PUBLIC FIGURE..., kena layan.. sebab itu, salah satu kerja kalau nak jadi ARTIS tapi, make sure lah.. layan tu, IKHLAS jangan terpaksa.. sebab mama aku kata kalau TAK IKHLAS TAK MASUK SYURGA :P. OK lah.. shooting kat giant memang sempoi sebab director pun sempoi nama directornya ZUL HASHAD kira ok la.. keje dengan dia cepat cam office hour je.. call time kul 8 pagi balik kul 5 petang best ooo.. bukan selalu macam ni. hahaha...huii...?? dah melencong jauh ni.. :P ok lah.. sebenarnya aku nak cerita dengan korang pasal kejadian aku shooting kat giant tadi. Korang tau tak? masa break time aku pegi la ke tandas nak buang air kecik.. cari punya cari punya cari punya cari...baru la aku jumpa tandas.... not bad jugak la tandas dia bersihkan.. ye lahh mana tak bersih, giant tu masih baru.. cantik lagi.. mesti la bersih.. cuba korang nengok 3 tahun lagi.., datang balik giant, ko tengok tandas dia balik mesti dah jadi REBAN AYAM punya... GERENTI.!!! tak caya CUBA LAH! :P nak di jadikan cerita, masa aku masuk tandas giant... aku nak masuk dalam bilik bilik kecik dalam tandas tu, ye la.. nak buang secara terhormat, walaupun aku nak buang air kecik je hehehe.., bila aku nak masuk kena cek dulu samada bilik bilik tu ada orang ke takde orang.. tapi, hampeh semua FULL!! jadi nak taknak kena buang air kecik kat mangkuk luar tu. FUHH!! benda yang paling aku tak gemar nak buat, dah tak tahan sangat aku bedal je la.. janji TAK MASUK ANGIN KELUAR ASAP...!! masa sedap aku membuang air kecik di mangkuk CUTE kat luar tu.. ada la.. MINAH INDON yang TUKANG CUCI masuk nak cuci sinki TANDAS LELAKI. korang tau tak apa yang dia buat? dia cuci sinki, tangan kat sinki cuci, tapi kepala, mata, rambut dia pandang aku yang tengah ehemm.. ehem..? pelik kan? tapi benar! huh! aku jeling je kat dia.. dalam hati berkata.. "tak malu ke pandang aku masa tengah buang ehem.. ehem.. kat mangkuk cute tu..ishhh.." ni kira aku cakap dalam hati je la.., luar muka aku reaction senyum. :) takut dia peminat jadi, aku teringatlah balik kata mama aku.. biar IKHLAS.. TAK IKHLAS TAK MASUK SYURGA jadi aku REDHAKAN je lahhh...... dia pandang aku, aku terasa telah diaibkan.. macam orang "BARU DITEBUK TUPAI" walaupun pahit di telan! huhuhuhu... yang herannya kat sini.. KENAPA? PEREMPUAN BOLEH CUCI TANDAS LELAKI TAPI LAKI TAK DIBENARKAN CUCI TANDAS PEREMPUAN? kalau kes ROGOL berlaku la.. dalam TANDAS tu.. nak salahkan lelaki 100% tak mungkin, sebab dalam kes ROGOL perempuan jugak boleh menyumbang kepada kes ROGOL, macam contoh yang aku cerita kat atas tu... dan contoh lain, kalau perempuan tu tak pakai seksi.. mungkin KES ROGOL dapat dielakan tak gitu? jadi RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!! :P
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

KAMEK DI KUCHING, SARAWAK POLAH...

Hari ni 28 april 2009 - 11 pagi. semalam aku baru balik dari kuching, sarawak. kat sana macam macam la...aku buat. Kawan pun ramai jadi nak jumpa pun tak sempat sebab aku datang sarawak aku kena buat keje. aku berada kat sarawak 2 hari. keje apa? buat video klip, jadi pelakon video klip lagu indonesia, tak silap aku nama penyanyi indon ni REO kot? tah la.. aku pun lupa.. aku tau, aku buat keje, janji keje aku siap..dah cukup! pinjam ayat DAVID TEO sikit... producer METROWEALTH, bos!! u jangan marah i ok..takut nanti, "speck senget" hahahaha... :P " TAK JANJI, TAPI PASTI!" :) pengalaman jadi pelakon video klip ni ok. sebab aku rasa buat video klip ni tak perlukan dialog.. cuma perlu kan reaction muka sahaja, yang aku jadi LENGUH... PENAT... LETIH.. disebabkan model yang berlakon sekali dengan aku dalam video klip ni, sebab diorang berlakon macam aku dalam SEMBILU kat RTM dulu dulu.. cam TIANG LETRIK, cam KAYU BALAK, KAYU API pun ada. :P "KALAU TUAN MENEBANG JATI, BIAR SERPIH JANGAN TUMBANG, KALAU TUAN MENCARI GANTI, BIAR LEBIH JANGAN KURANG" :) ceh.. berpantun la plak.. hehehe.. sebenarnya aku nak perli orang tak boleh tersurat, kena la.. tersirat sikit sebab salah satu pelakon yang jadi model dalam video klip ni seorang datin yang invest untuk video klip REO, jadi tak boleh cakap lebih2 pasal datin, takut disalah ertikan dan aku takut kena BAN! masuk sarawak. Peergghhh...!! powerful jugak datuk dan datin ni kat sarawak ok. *wink :P . Berbalik pada model laki ni... dalam video klip ni aku jadi DATUK, laki pada DATIN dan model ni plak jadi SKANDAL dia. Model laki ni memang pure dari INDIA, nak kata cam SHAH RUKH KHAN, hmm... tak pandai pulak dia berlakon, nak kata HITRIK ROSHAN aaaaa... six pack dia sama la.. cuma muka hitrik putih lagi kot so paham paham je la.. model laki ni muka dia color apa ok. :). Nama dia CHIRSTOPER nama manja CHRIS. sepanjang aku buat video klip dengan dia cakap ORANG PUTIH je memanjang.. terasa cam dok kat london je *wink! :P, tapi aku suka dia.. dia ada sifat confident, ingin belajar, dan komited pada keje dia.. tu yang bagus pasal model ni.. kadang kadang aku terfikir jugak kenapa orang kita tak macam tu? hmmm.. dalam video klip tu aku kena bawak POSCHE BOXTER gempak tu.. JAKUN aku kejap.. tapi yang bestnya.. DATUK kasi aku bawak kete tu cam kasi bawak ISWARA je.. hehehe.. apa lagi aku belasah je la.. terasa macam kete sendiri plak hahahaha.. :P kita orang shoot kat tempat tempat sekitar sarawak ade yang dekat pantai.., kat lorong hutan, bandor , dekat lapangan terbang dan bla..bla..bla... cuma masa shoot kat pantai tu nasib baik tak kena SERBU, aku ada 2 bouncer datuk kasi suh jaga aku sebab satu kampung turun nak tengok aku buat video klip waaaahh....!! terasa cam AHLI POLITIK je ala WAKIL RAKYAT.. cam tengah BERKEMPEN. :) yang pasti.. semua keje selesai dengan jayanya.. insyallah aku akan sambung VIDEO KLIP ni.. di BALI INDONESIA kata datin tu la.. macam kata DAVID TEO lagi.. "TAK JANJI TAPI PASTI" p/s : ari tok kamek klaka sawak sikit jak, kamek mok mintak maap da orang orang yang terasa da tulisan kamek tok, mun da yang baca, yang nangga tulisan kamek tok kelak, yang marah, kamek mintak maaf sekali lagi aok. kamek sik pande bulak orang.. jujur kamek madah, semua bena, sik riso kamek polah pa yang kamek nangga jak. sik mok marah tuhan marah ya.. hehehe.. :) ( bahasa sarawak tah betul tak tidak aku bedal je tu ) *wink!
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

DRAMA RADIO BEST KE?

14 april 2009 aku pi drama radio kul 2pm di RTM. biasa la.. aku sampai kul 1,30pm awal 1/2 jam. nak masuk RTM ni as usual kena redah guard dia dulu, polis pengawal RTM. Muka sekor sekor macam nak makan orang.. aku tinggalkan beg duit aku dalam kereta, aku cuma bawak je lesen ada gambar nak tukar dengan pas RTM. Bila aku sampai kat pondok pengawal nak tukar dengan pas masuk, kau tau apa pengawal tu cakap? "takde IC ke?" aku jawab balik "IC nak buat photostat untuk payment DRAMA RADIO nanti." dia cakap "lain kali kalau nak buat apa apa kat RTM buat siap siap photostat IC tu.." apa ke sengalnya guard tu.. dia cuma nak dokumen yang sah pada aku selain IC, LESEN BERGAMBAR pun salah satu dokumen penting jugak yang boleh tukar dengan pas masuk. Dia siap marah aku lagi... ni lesen bergambar tak boleh 1 je.. kena ada satu lesen yang hidup dilampirkan sekali dengan lesen bergambar untuk dapatkan pas masuk rtm, jadi maknanya aku kena pegi balik ke kereta ambik lesen yang hidup plak sebab nak di lampirkan dengan LESEN BERGAMBAR aku tadi, untuk mendapatkan cecupak pas masuk RTM sahaja.. memang MAK LAMPIR betul POLIS PENGAWAL RTM tu!!, bagi aku la... guard ni mengajar aku erti kesabaran yang sebenar. Dah la tempat parking jauh... pastu kena buat keje dua kali, kira macam pegi balik pegi balik ambik lesen semata mata nak tukar dengan pas masuk. aku terus bawak semua beg dan aku teraburkan je dokumen aku IC, LESEN, CREDIT CARD, ATM CARD, PASSPORT dan lain lain dokumen depan guard tu suh pilih mana dokumen kau nak angkat kau angkat aku cuma nak pas masuk sahaja sebab aku datang RTM bukak nak pegi DISCO tapi nak buat KEJE. habis je dengan pengawal terus aku ke WISMA RADIO RTM jumpa orang yang berkenaan untuk DRAMA RADIO ni. jadi aku jumpa la dengan KAK TIM ARTIS NAIK TANGGA TURUN TANGGA dengan ATIE AF dan DATO RAHIM RAZALI serta MAMA NORLIA GHANI yang dah tunggu aku atas kelewatan disebabkan PENGAWAL RTM yang konon-konon CEREWET yang halang aku supaya sampai awal wink*!. pastu start la drama radio..... p/s : kalau aku tak diberi masuk ke WISMA RADIO RTM hari tu PENGAWAL RTM... kau jawab la... dengan BOS RTM NANTI!! padanmuka! :P
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!