= TERKINI=
Perkembangan semasa..

SYAMSUL MARAH ZED?

22 may 2009 selepas solat jumaat aku terus je nak menulis mengenai perjalanan blog aku. Macam biasa hari ni hari jumaat aku pi solat kat MASJID GHUFRAN dekat dengan taman tun dan juga dekat dengan umah aku damansara perdana.. dan jugak dekat dengan kg sg penchala, ala... kalau korang tau MOFAZ n INGRESS AUTO BMW tu dekat situlah.. masjid tu atas bukit. :) pada kaum laki jangan lupa kita sebagai lelaki 3 kali tak solat jumaat takut terkeluar dari islam. so renung renungkan ok. :)

Baiklah lah.. hari ni aku nak bercerita pasal SYAMSUL DATUK YUSOF HASLAM. Banyak dah aku dapat feed back dari para blogger, chatters dan lain lain yang sewaktu dengannya.. mengatakan SYAMSUL kurang GEMAR dengan BLOG aku. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia BENGANG dengan aku. Aku ni di anggap PELANDUK.. di kelilingi oleh GAJAH takut PELANDUK mati ditengah tengah :) Dengan diri aku ni.. aku sedar.. dengan SYAMSYUL macam LANGIT dengan BUMI. Siapalah aku ni...

Aku menulis.. ikut peribahasa "KALAU TAKDE ANGIN TAKAN POKOK BERGOYANG" betul tak? sama jugak dengan penulis penulis lain.. walau kata " OFF RECORD" pun, masih keluar jugak artikel tu, JUJUR ke tu?. Dalam penulisan aku ni aku memang suka bersikap JUJUR dan TELUS, tapi apa kan daya.. aku ni di didik "HOPE FOR THE BEST, EXPECT THE UNEXPECTED" sentiasa berbaik sangka "HUZNUZZAN" disebalik apa juga yang akan terjadi pasti ada hikmahnya. :) JUJUR salah, TAK JUJUR pun salah. :P

Aku ni nak jadi penulis yang BIJAK aku mahu akal aku tak senteng, tak dangkal, tak pendek. (eg: Oh Bulan!, Oh Bintang!, Oh Bangang!- pinjam dari blog aqasha ) dan aku tak mahu menulis "TEPUK AIR DI DULANG MERECIK KE MUKA SENDIRI" cukup di sini aku menunjukan DIRI AKU! siapa yang membaca BLOG AKU, mereka sendiri dapat menilai sifat aku yang SEBENAR! sama ada AKU ni seorang yang kuat membaca buku atau disebaliknya?Yaaa!! Kenal-kenallah dengan diri sendiri. Wallahualam , Awaluddin Ma'rifatullah.

Banyak dah aku melalut ni, ok.. untuk pengetahuan korang YA! memang SYAMSUL MARAH dengan AKU mengenai artikel dalam BLOG aku ni. AKU dengan SYAMSUL sudah pun BERSMS dan berbincang dengan pekara ni. Jawapanya adalah POSITIF! aku mengenali SYAMSUL ni dah lama dah.. masa aku masih berlakon dibawah SKOP PRODUCTIONS lagi. :) aku pernah berbincang dengan SYAMSUL mengenai masa depan skop production, bila mana syamsul sendiri akan mengambil ahli teraju dari bapa dia. SYAMSUL becerita mengenai cara pentadbiran bila dia di beri mandat untuk menerajui SKOP PRODUCTION secara MUTLAK!

SYAMSUL menceritakan pada aku, tak silap aku la.. masa shoot filem SEMBILU 2005 dengan misi dan target dia. :) aku terkedu. sebab aku rasa dia seorang pemuda yang HEBAT! dia jugak telah membuktikan pada semua orang yang dia sudah berjaya pada hari ni dengan cara dia sendiri! SYABAS BRO!. Terus terang aku katakan dekat sini aku tak pernah IRI HATI pada dia pun. sebab aku sendiri tak minat mengarah, tak minat nak menulis skrip dan kalau aku tak berlakon aku masih ada PERNIAGAAN SENDIRI!

Jadi TOLONG jangan jadi BATU API! bagi aku dekat sini aku cuma nak ingatkan kepada orang yang menjadi BATU API! ini

  1. 1st of all, lu mengajar berapa juta rakyat Melayu Malaysia untuk fikir senteng macam lu.
  2. 2nd of all, lu kasi impact pada bangsa lain yang Melayu ni memang bangsat macam lu.
  3. 3rd of all, gua memang tak suka orang bodoh yang menyibuk macam lu.
  4. 4th of all, gua rasa Fir'aun pun tak bongkak macam lu.

(petikan dari blog aqasha aku cuma pinjam)


masih ada dalam dunia ni orang di anggap LALANG! dan cuba melagakan sesama manusia itu sendiri. Cuba bermain dengan api kecik disimbahkanya lagi dengan MINYAK PETROL! manusia jenis apakah ini? Janganlah sematkan semangat PHD ( PERASAAN HASAD DENGKI ) ok. Siapa yang makan cili, gigi dialah yang terselit biji!

Dalam SMS dengan SYAMSUL, dia sms yang dia tak kisah dengan gosip, kutukan, kontroversi sebab dia anggap semua ni macam sampah, yang pasti dalam diri dia bertekad untuk terus maju kehadapan. BAGUS BRO! aku sokong kau. "MENGKRITIK TAK SEMESTINYA MEMBENCI" :) dalam bersms dengan dia lagi, aku boleh lihat dengan kematangan SYAMSUL. Dalam masa yang sama aku ingin mengucapkan TAHNIAH pada SYAMSUL yang mana FILEM arahannya BOHSIA telah mendapat BOXOFFICE dan KEJAYAANnya aku di susuli oleh EVOLUSI KL DRIFT 2!

Sememangnya aku berbangga dengan kejayaan SYAMSUL dari mula aku kenal sampai ke hari ni, satu satunya pengarah muda yang BERANI membuat FILEM-FILEM aksi! dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Oh ya! aku lupa belum terlambat bagi aku sebagai kawan mengucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 25! pada 21 MEI 2009 khamis, semalam, semoga panjang umur dan di murah REZEKI BRO! :)

Aku suka berkawan aku tak suka mencari lawan... aku suka orang menyanyangi aku, dan aku tak suka orang memusuhi aku. aku masih ingat kata kata SEMANGAT yang masih segar dalam kepala aku ni

BUILDING FRIENDSHIPS
you can make more friends in two months

by becoming intrested in other people

than you can in two years

by trying to get people interested in you.



"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)

Zed Zaidi Zed Zaidi Author

70 ulasan:

  1. kawan,sahabat,rakan,teman...mcm2 ragam,mcm2 perangai nye..biase le..kena kawal ikut hati,bkn ikut perasaan..
    hepi bufday syamsul....

    BalasPadam
  2. hey beb....just bump into ur blog....dan aku nk komen bukan psl entry neh pon....hehe dont even care bout it....cuma nk ckp...giler ramai org komen kt entry2 sblom neh....tiap satu komen pulak pjg berjela...mcm dah nak jd satu entry la pulek...nway...keep on blogging...cheers

    BalasPadam
  3. huhu byk ayat pnjam dr blog aqasha eyh? huhu

    hehehe ;p kuatkan semangat abg zed :)

    BalasPadam
  4. erm... HAPPY BIRTHDAY to SHAMSUL gak...=)
    muda sangat si Shamsul tu ye... dh jadi pengarah hebat... dahsyat...=)

    BalasPadam
  5. rajin gak artis berblogging. sebabnya kamu semua artis kan agak sibuk dengan dunia seni, jadi kadang-kadang susah gak dapat masa untuk lepak saje-saje depan pc layan blog ke, facebook ke. tapi apa-apa pun, bagus la encik zed. anda berjaya membahagi masa dengan sempurna.. tahniah!
    saya/aku/beta dah jadi follower innocent yang setia. selamat berjaya untuk masa akan datang!

    all the best bro


    kakiNota: aku teringat bile aku pernah hantar email dekat keeran Era dulu-dulu. haha

    BalasPadam
  6. setuju dgn ayat tu "MENGKRITIK TAK SEMESTINYA MEMBENCI" hehe

    BalasPadam
  7. Siapa yang makan cili, gigi dialah yang terselit biji!
    (wah peribahasa baru ni zed kekekek)
    apa2 pon bior la depa tu nak kata pa..nooo hehehe

    BalasPadam
  8. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. mulut orang kita tidak boleh tutup, oleh itu, buat tak tahu je bro. bukan diorang bagi ko duit pun. kan kan..

    BalasPadam
  9. kalau aku...aku tak kisah apa org nak cakap...janji aku dgn org itu(yg tertuduh dan dituduh)tu ok...tak gaduh...tp tu aku la..aku bukan artis...bukan menteri...tak penah masuk tv-tp aku suka tgk tv...aku buat apa pun tak de spekulasi...
    jemput datang umh aku saudara2 sume termasuk la ko skali zed..aku dah follow ko...ko bila lagi nak follow aku...

    BalasPadam
  10. nang best bunyi ktk ngerepak..ngerepak berisik pengajaran.. gus2...

    BalasPadam
  11. yuhu...

    kali ni kte maen pnjm2 ayat eh..
    haha,
    graw jer la..

    BalasPadam
  12. look zed...mampos la syamsul marah ko...yg penting Allah x marah ko..2 lagi bahaye...anyway impress gak aku dgn ko punye blog...ni nak tanye ni..ko ni org BIRU ke HIJAU?saje tanye... :)

    BalasPadam
  13. BANG....LANTAK LA...BIAR APA ORG NK KATA...YG PENTING ABG BEST!!ABG TK PERNAH BERUBAH..DARI MULA KENAL KAT PONTIANAK MENJERIT,SAMPAI SKANG..U STILL THE SAME :)

    BalasPadam
  14. hmm dah namanye pun manusia..buat pekakkan telinga je dah le.. xyah le sampai berbalas2 mcm blog aqasha tu..semak jek.. anyway, i prefer u to be yourself and if can, all ideas come from u not from other blogs..thank u...

    BalasPadam
  15. ape beza orang dan manusia...
    hurm, jadilah manusia, jgn jadi orang..
    rambut sama hitam, hati laen2....

    sedangkan kadang2 mulut sendiri pun tak terjaga, inikan pula nak jage mulut orang...

    ape buley buat, llumrah manusia yang tak pernah puas dengan ape yang berada di depan mata...

    hurm, orang yg feymes dikecam hebat, orang yang tak feymes sgt pun ade story nye yang tersendiri....

    hurm, all i can say here, jaga diri, hiasi peribadi, insyaAllah, setiap perjalanan kite akan dirahmati.....
    =)

    BalasPadam
  16. ni syamsul kn pas ni mawi plak kot oooppss...

    BalasPadam
  17. alah...
    nie kan personal blog..
    bkn blog politik ke aper...
    kita nak tulis aper kita punya suka la...
    even kalau blog politik pun ader yg lagi dasyat punya...dia cakap camtu sebab dia jeles dia x der blog...kalau ader pun,ntah2 bkn dia yg update...minta P.A dia yg update...
    opssss...

    zed, x yah la rasa diri tu rendah sangat...u fizikali dah tinggi pun...hehehehe...

    keep on writing, pedulik org nak cakap aper...janji aper yg tertulis itu benar fakta bknn auta...

    cheers..
    dD SitekaTeki

    BalasPadam
  18. sabar. rilek sudah. setiap perincian hati manusia ni tuhan tahu semuanya. yang hipokrit, yang jujur, yang sabar, yang teranaiya, yang segala-galanya lah..

    hehe best ape baca belog ni. keep on writing ^_^

    BalasPadam
  19. huhu...bersabar jek la yek...
    sometimes rakan pown bleyh jd lawan...
    although in form yg kita x nmpak...
    ape2 pown...
    chill la bro!!!~

    BalasPadam
  20. ha...akak tahu masjid tu...dekat dengan umah kakak kembar akak...dia duk belakang tu je...kat kg sg penchala.... lain kali leh skodeng zek zaidi gi solat....huhuhuhu....

    BalasPadam
  21. tak pe zek...akak dan peminat zek...ramai yang memberi support 100% untuk zek...ok...sentiasa bersemangat ye dik...

    BalasPadam
  22. yup!! syamsul pemuda hebat cam bapak dia..sokong sgt ngan abg zed..
    but da prob is, none of his film i suka.. :P
    jgn marah yer.. i juz try to be honest..

    BalasPadam
  23. bro.. asyik pinjam ayat org ja.. bile nk kuar ayat sndri utk org pnjam plak?? anyway.. do ur best 4 ur life k.. chaiyok2!! hope u akn slalu bjye n bahagia..

    BalasPadam
  24. hehehe byk org, byk ragam kan????

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum,
    Memang susah nak buat org suka kat kita but mmg senang org x suka kat kita...bak pepatah saya"Berkawan biarlah ramai berkasih biarlah seorg...tapi kwn ramai2 pun x best jugak klau dia x mmahami kita"...

    BalasPadam
  26. baca kat sini......sebelum ni terbaca kat papaer ahad...ntahla....mcm2...yg penting kite bahagia!

    BalasPadam
  27. x paham lah org mcm u all ni...u shud stick to wat u said...suddenly nk cover line plak...naper???takut x dpt job ker?? if u said that symsul pra-matang...so what??? dis is ur blog..its ur damn right to say anything dat u want...why freak out???who cares what the paper said...after all they all uttering rubbish...n for actors like u all...watever dat might coume out from ur mouth or mind is utterly rubbish...it doesnt change d world...

    BalasPadam
  28. rajinlah berblog. ni mesti artis tak de kerja atau job. macam perasan bagus je nak kutuk org lain.

    BalasPadam
  29. First off all, pls understand what zed wrote abt syamsul & mawi in earlier post.. he was merely writing about what he felt/perceived about the 2 guys based on his past experience.. x adalah dia kutuk or what (bukan mengutuk or kritikpun)and every1 is entitled for own opinion.. I don't see any cover line or zed is not sticking to what he said.. he's just trying to explain what he meant now as everybody is making a big fuss abt it.. dlm baik ada jgk buruk.. dlm dia ckp x suka there are good things he sees abt syamsul too..yg anonymous kat atas ni emo apa hal? u said whatever they say/utter doesnt change d world right? so why are u freaking emotional here???

    How about millions of people who wrote bad abt U.S. President or our PM???????? so narrow..
    Open up and be objective..do not cloud yr judgement just because u like that guy and u don't like what this guy wrote about anybody..

    I don't like any of them either but I'm not letting myself to be a narrow-minded thinker....

    Keep on writing zed.....

    =>Ordinary citizen.. :)

    BalasPadam
  30. Salam..

    I just read BM this afternoon n wasn't shocked in what was written there coz i dah bace blog zed ni b4..mmg dah cross my mind bende ni akan jadi isu..

    Shamsul deserve to express his dissatisfaction..tpi bg i, zed ade hak utk menulis ape jugak bende yg bersarang di hatinye..name pon blog kan..
    Actually,isunye x de la besar sgt..ala,xde bendelah..

    I tetap support zed zaidi..cuma bro..kalo ade yg rase kene simpan tu..simpan jela, xyah la tulis dlm blog..nak pulak kalo kene mention nama org..nnt kene hentam lg..so in the future, careful sket bro...all the best bro..

    BalasPadam
  31. tak de benda bagi sesetengah orgla. mcm yg aqasha pernah cakap... org yang menampar takkan rase sakit org yang ditampar tu. betul perlu jd diri sendiri tapi ape kes plak yg ckp nak jadi diri sdiri tapi hakikatnye menjadikan dirinya seperti org lain... sgt sadis.. heheheh... jgn terasa ye pada yang terasa..

    BalasPadam
  32. xsangke ek..lelaki pun ske bergosip...ehmm...jgn jd sombong...jgn kisahkn org..kisahkn dri sdri...kisahkn sejadah 2 ble nk d usik...kisahkn hati ble nk terbuka nk jd muslim sejati..kisahkn dosa berlambak yang kompem2 bwk ke neraka ble da mati nnti....slamat beramal.......

    BalasPadam
  33. syamsul..
    nih kes wartawan CERDIK le nih

    contoh senang..
    dulu kes nora danish..
    member tuh br je dlm proses nk berbaik ngan husband..
    dihot2kan lagi ngan cite2 lain
    duk ckp itu ini pdhal pakai agak je.
    cam hampeh tol la.

    si zed nih sekadar ckpje..
    yg mungkin gak ada salah dia atau xkena cara..
    atau kasar..
    tp bila org provoke ko tanya itu ini..
    tuh yg ko tetibe rasa nk marah gile ngan zed nih hah.

    rilek bro
    kalo betul dia nk kutuk ko..
    xde langsung dia puji ko dlm entry aritu tuh..

    pk beb..pk..
    sape yg melaga2kan korang nih beb

    -enn

    BalasPadam
  34. zed..camnilah,ko punye citer pun dah tulis yg mmg samsul tu marah kat ko dan korg pun dah berbaik2 dlm sms... skrg ni,sapa yg bkk balik citer neh? sapa yg dok melaga2kan korg? nak bikin citer "hot" supaya sume org berpusu2 nak baca artikel dia tu? jwpnnye.. ko carik dlm bipop.. dan ko tau sapa punye angkara.. hahaha, biasa la keja org yg sengal, pemalas xnak carik bhn sendirik,sume nak harap korek dr org lain or cedok cr cari.com...:)

    BalasPadam
  35. Aku sebenarnya, seikhlasnya pun tak suka tengok muka kau, lebih kurang sama dengan apa yang kau gambarkan bila kau tengok muka Syamsul.

    Mungkin sebab dulu aku rasa ko ni takder chemistry bila berlakon, you are not romancing the camera. Tapi sekarang dah elok, dan kuranglah menyampah aku tu. Hahaha.

    Tapi bro, wartawan hiburan memang camtu, asal boleh jek. Fakta diaorang tu, kekadang langsung tak gambarkan benda yang tepat dan menyeluruh semata mata nak sensasikan benda yang depa tulis. Sebab tu wartawan hiburan ni kekadang aku rasa macam sampah.

    Kalau tidak, idaklah depa mengacah acah artis depan eskalator.

    Dasar tenuk memang camtu. Dan kenapa kau tak sebut jek nama orang yang jadi batu api. Kau pun ada hak nak pertahankan diri kau, dan biar orang tahu siapa jadik batu api tu.

    Kalau depa boleh letak nama ko besor besor kat paper, apa salahnya kau letak nama batu api tu kat sini.

    Hakikatnya, wartawan hiburan memang ramai yang bodoh dan tak tahu etika kewartawanan dan syok sendiri jek.

    Dan diaorang nilah yang menyebabkan profesionalisme wartawan jatuh.

    BalasPadam
  36. actually, FREINDZ!!
    we must-
    1) TRUST
    2) HONEST
    3) FUNNY
    4) FATIHFUL
    5) OPEN MIND

    that i use in my relationship with all my frens.. i also keep my frenz from my TADIKA lagi towh.. so, why must we talk about our fren at BACK!!

    BalasPadam
  37. biasala.. wartawan malaysia mostly mmg camtu, byk jadik wartawan segera je kot.. pendidikan tahap tadika.. so bile tulis artikel pun cam tahap bdk tadika la. melaga2kan org, suka tgk org bergaduh..itu yg jadik bhn berita, sensasi dan memberi masyarakat bhn yg x berfaedah dan yg pasti kebykan berita yg ditulis tu boleh masuk tong sampah!!

    BalasPadam
  38. macam ni la senang

    Cakap di belakang dah jadi MENGUMPAT
    Cakap yg tk betul dah jadi FITNAH

    So yg penting kat sini...tk payah la nak cerita hal orang lain kalau ianya mendatangkan KEAIBAN dan KEMARAHAN org..

    Menulisla dgn AKAL bukan NAFSU...wallahualam.

    BalasPadam
  39. peduli la zed dlm paper diorg nk tulis ape pun..kekadang diorg ni suke buat kecoh jek..padahal x de ape2 pun..saje nk laris paper takut x de org beli..kekeke..yg penting 2 kira promosi free kt blog ko la

    BalasPadam
  40. huhu..
    da tersebar kt paper..
    pape pun,i love abg syamsul.;)
    ngeh2..

    BalasPadam
  41. salam.. rajin nye zed zaidi menulis.. pjg2 post nyer... ;) best of luck..

    BalasPadam
  42. Kalau 2 2 dah berbaik..okla tu..tutup cite..
    Zed,now u fokus kat `50 most eligible bachelor' competition tu..lagi de pekdahnye..
    Nape dah lame x update facebook?
    Gud luck 2u mr charming.

    BalasPadam
  43. reportez al jubur bikin panas jadi batu api..
    kah..kah..kah..

    BalasPadam
  44. hello..
    aku bru je bukak blog zed ni..lepas kuar cite dlm paper..zed-syamsul..
    aku tgk ok je..ke reporter je yg lebey2..
    kasi panas jek cite..adess

    BalasPadam
  45. salam...zed dok kat area mofaz tuh yee..kakak sepupu saya pun dok kat situ..betui2 kat belakang mofaz exoticar tuhh...

    BalasPadam
  46. alah ape ko nak kisah ngan si syamsu bajet ensem tuh..memang muka mintak penyepak pon...so what..??die nak marah ko...??die berlakon pon cam kayu..lagi satu, reporter neh, memang camni..lebey2 jek..bab2 api2 kan orang no satu..bab cerite hampeh..cam bodo jek, reporter neh..

    BalasPadam
  47. as salam..

    1st time open ur blog itu pun tau daripada tv3 semalam nono kot rancangan tu.. tentang ur house...

    nice house... bab cermin tu memang funny but... memang betul pun bubuh cermin nampak lagi luas ruang rumah...

    macam tersilap entries je... tak pelah..

    bye..

    BalasPadam
  48. bro,

    salaam..

    stay cool!

    truskan lifes cm bese..

    kalo bro layan benda2 ni, last2 effect kat bro gk

    all d best bri & hv a great day ahead!!

    great career too...

    BalasPadam
  49. Kepada zed,
    Jgn menulis ikut perasaan...cuba menulis ikut iman...semoga kita semua dirahmati Allah selalu

    BalasPadam
  50. bese ar ni..dunia artis..sumtimess ada kt bwh sumtimes ada kt ats..bukan smuaa org suka kita..tgkk zedzaidi punya statement kt sini n syamsul py statement dlm srt khabar ada yg btul n ada yg salah..so kita kne ar saling support antara 1 sm lain bro,baru dunia yg ko ceburi bgerak saing maju ngn ngara luar..mgkritik tu bagus tapi terlebih kritik x bagus..renung2kan..

    BalasPadam
  51. aku nk bagi tau26 Mei 2009 2:15 PG

    Bro... Bro.... Bro......
    tlg la tukar ayat lain skit....
    kang tk pepasal jadi bruk .. bruk.... bruk....

    BalasPadam
  52. hee..go zz!!..ahahhah

    BalasPadam
  53. hidup ini indah jika kita sentiasa berbuat baik sesama manusia dan lebih tenang bila kita bisa memaafkan orang yang telah melakukan kesilapan terhadap kita...
    ingatlah,sedangkan nabi ampunkan umatnya..
    bagaimana masyarakat kita nak maju jika kita sentiasa memburuk-burukkan nama orang lain..

    BalasPadam
  54. a ah..relax jer la zed.yg pnting awak explain kat syamsul dan mawi,awak hanya mengeluarkan kenyataan mengikut ketulusan hati awak dpd awak main diam2x sekurang2x diorang tahu kekurangan diorang mawi org yg cool dia tak kan cepat melatah nyer,and by the way mawi adalah org yg penyabar pihak media jer yg lelebih.okk.lagi satu dulu kes fasha sanda tu,diorang benci ngan fasha sebab fasha berani marahkan wartawan yang buat buruk tentang kish peribadi dia,tapi apa cara mereka balas fasha sanda??mereka telah mempergunakan nora danish untuk membalas dendam kat fasha sanda dan terus mereka boikot fs!terus terang sya katakan msa ni mlas rasanyer nak beli majalah asyik muka artis yg sma jer tiap bulan,rindu pulak rasanyer ngan fasha sanda.terserah pada org yg benci ngan dia yg penting sya tak kan benci dgn org yg tak buat salah ngan saya.harap zed tabah menghadapi dugaan dan sentiasa bijak mengawal perasaan.ok.semoga maju jaya.amin....

    BalasPadam
  55. hahaha! pas aku baca berita harian aku masuk blog zed ni..aku mcm pernah jumpe zed ni kat klcc mase tu thn 2005..sombong gile..org senyum die bleh buat derk je..ko tengah hangin kot bro..so, aku tak salahkan ko..artis lain yg aku jumpe pon ada yg menyombong..sorang artis ni siap tunduk lagi mase aku tengok die..jangan harap lar aku nak g tgk filem die..kurang2 ko tengok gak aku balik walaupun muke masaammm je..hehehe..ape2pon kite takleh paksa orang suke kat kite dan kite pon takleh halang org benci kat kite..
    aku ingat pasni aku akan terus mengikuti blog ko nie...adios bro!

    BalasPadam
  56. kat kolej aku mamat yang kontrol hensem dipanggail ZED ZAIDI

    yang gila kereta kitorang panggil SAMSUL

    yang muka gay kitorang panggil SYED MUZAFAR


    sori bro.. realiti..

    BalasPadam
  57. nampaknya persepsi aku pada org yg nama zed zaidi ni kene ubah sikit,bl bc blog ni dier pegi solat jumaat..mula2 igtkan artis xkan ambil berat pasal solat..tp nmpknya xmcmtu..bagus bro...i like...hihihi

    BalasPadam
  58. syabas zek....betul u kata "sapa yg t'makan cili dia yg rasa pedas..."
    huhuhuhu.....

    BalasPadam
  59. vampirediaries19 Jun 2009 4:52 PG

    salam...
    i impress ngn u...
    cool dlm pew mslh yg dtgg...
    goob job bro...
    good luck n semoga sukses selalu... :))

    BalasPadam
  60. awk org kampar tanjong kerayong la zed..sy dah masak dengan perangai orang kampar tanjong kerayong mentakab ni....dalam myspace sy tanya pasal nenek awk bidan nama mak tua suri ke (saja nak menguji orang kata awk sombong) haram awk tak reply...memeng betullah cakap org awk ni sombong...jadi buat apa buang masa menjadikan awk sbg frend myspace sy...

    p/s: kalau awk begelar penyanyi laa zed
    lagu awk sesedap mana pun xkan laku punya.

    BalasPadam
  61. Saya hairan.. artis2 Malaysia termasuk u sendiri pandai cakap pasal agama sedikit sebanyak.. cth:jgn tinggal sembahyang jumaat lebih dpd 3 kali.. tapi bila berlakon pegang yg bukan muhrim dah lupa pasal agama.. Apa tu?

    BalasPadam
  62. Saya tak pasti sama ada saudara ini mmg berilmu atau hanya pandai bermain-main mengunnakan ayat ayat yang dipinjam dr pujangga sebelum saudara...Gaya dari bahasa sendiri menampakan saudara memang tidak berpendidikan. Bila ingin menyatakan rasa tidak puas hati perlu disusun ayat nya dahulu...dan apabila orang yg terasa akan ayat saudara lalu berubah barulaa dikatakan saudara ini berpendidikan dalam cara menegur org...Lagi satu, saudara tidak perlu tegur orang dalam bab agama, kerana orang memerhati dari pergerakan dan tingkah laku saudara bukan hanya dari percakapan sahaja..(kerana orang yang pandai bercakap satu msia telah mengkategorikan nya sebagai manusia poyo)jadi renung renungkan agar dijadikan panduan....

    BalasPadam
  63. zed pon baek ngan aku,shamsul pon baek ngak aku..lagi2 aku ni skandal ngan kwn shamsul..bg aku biase la dunia artis..

    BalasPadam
  64. sesungguhnya Allah swt..sentiasa bersama-sama kita..go go chayok abg zed..:)

    BalasPadam
  65. anak yusof haslam tada bakat

    BalasPadam
  66. Just a simple comment, as a public figure and a leader of an organisation, act like one, behave like one and think like one. Rakyat malaysia ke rakyat Singapura ke, kalau mati, jumpe Tuhan yang sama. Sifat iri hati dan busuk hati itu sifat syaitan.

    BalasPadam

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!