= TERKINI=
Perkembangan semasa..

SYUKRI HASHIM DALAM KENANGAN.....

4.10am - Damansara Perdana - Sebenarnya terpaksa jugak aku tulis dalam keadaan aku yang letih baru je TOUCH DOWN! dari kelantan terus je aku balik umah aku menulis di blog disebabkan SYUKRI HASHIM ni sangat rapat dengan aku. Dia sorang yang KELAKAR seorang yang PERIANG, tak kering gusi kalau lepak dengan beliau. Banyak jugak la drama yang aku dah shooting dengan dia.. CINTA GILA, IMPAK MAKSIMA VS REMPIT, A.D.A.M dan banyak lagi sampai aku dah lupa dah tajuk drama tu.

Aku dapat sms tengahari semalam 10 jun 2009 pukul 2pm di kota bharu kelantan. Masa tu aku tengah lunch dengan bisnes bisnesman yang kaya kaya dengan pihak RHB BANK. RHB BANK la.. yang belanja company aku makan sekali disebabkan company aku banyak kasi bisnes kat diorang. Borak borak borak dapat la sms dari ARASH MOHAMMAD yang sms dia berbunyi macam
ni AL-FATIHAH KEPADA SYUKRI HASHIM YANG SUDAH KEMBALI KE RAMATULLAH.

Bila aku baca sms aku TERKEJUT! aku rasa baru je habis shooting dengan ARWAH tapi bila aku dapat msg macam tu aku TERKEDU. Terus aku telepon ARASH tanyakan kesahihan cerita ni.. rupa rupanya betul... ARASH suruh aku pegi tengok arwah dan suruh contact DEN WAHAB sebab DEN WAHAB ada bersama sama dengan arwah di HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR.

Aku sebenarnya rasa RALAT sangat masa arwah sakit, bila arwah dapat tahu kena CANCER di HOSPITAL SELAYANG aku tak dapat jumpa arwah disebabkan aku SHOOTING luar dari KL. Bila aku di KELANTAN semalam memang niat dihati, aku memang nak melawat arwah.. tapi tak kesampaian HAJAT aku di TOLAK sampai arwah dah di KEBUMIKAN di TANAH PERKUBURAN AU2 KERAMAT dekat dengan rumah MAK aku. Jadi bila berkesempatan nanti aku akan menziarahi kubur arwah. Marilah kita disini sedekahkan AL-FATIHAH kepada ARWAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT AL-FAAAATIIIIHAAAH..... :(
Zed Zaidi Zed Zaidi Author

33 ulasan:

  1. Al-fatihah..
    Saya suka tengok dia berlakon.

    ~surney~

    BalasPadam
  2. a'a..sgt terhibur. dia ada karisma sebagai seorang pelakon berbakat.

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihiraji'un..

    BalasPadam
  4. tu ar kan..suke tgk die blakon..macam ayah2 yg sporting sgt...

    BalasPadam
  5. Semoga Allah memberkati rohnya..Actually i pun baru dengar...Bila i tengok read lit i baru i tau...thanks zed coz u hebahkan...Al-fatihah....

    BalasPadam
  6. semoga roh nye dcucuri rahmat..

    BalasPadam
  7. al-fatihah...semoga roh nya dicucuri rahmat.....

    BalasPadam
  8. zed,
    kite sedekah kan alfatihah utk arwah. moga rohnya tenang di sana. Insya'Allah.

    BalasPadam
  9. al fatihah..semoga ditempatkan dlm golongan org2 soleh. amin.

    BalasPadam
  10. wah...die meninggal on my birthday...akanku ingt smp bile2... ;(

    Innalillah...

    BalasPadam
  11. Innalillah...Al-Fatihah utk arwah...

    BalasPadam
  12. AL FATIHAH UTK ARWAH..
    suka tengok dia berlakon dalam Cinta Gila
    kelakar...

    Semoga rohnya di cucuri rahmat.

    AMIN.........

    BalasPadam
  13. AL-FatihAH...

    zEd...jgn LupEr sambung epiSod 2...

    BalasPadam
  14. AL FATIHAH utk arwah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat...
    AMIN.........

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah.... semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman..

    BalasPadam
  16. AL-FATIHAH utk arwah...lakonan arwah mmg best

    BalasPadam
  17. saya sgt terkejut ble d beri tau yg shukri hashim telah meninggal... saya x pernah tau yang dia sedang sakit n berita ini sangat2 mengejutkan... mula2 saya x percaya but then bila baca sendiri kat paper baru la sy percaya

    BalasPadam
  18. Al-Fatihah.... semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman..

    BalasPadam
  19. Al Fatihah..semoga roh nya di rahmati..dan kita yang masih hidup ni ingat lah masa kita akan tiba nanti..

    BalasPadam
  20. takziah buat keluarga arwah...al-fatihah........

    BalasPadam
  21. Al-fatihah..takziah buat keluarga arwah.semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

    BalasPadam
  22. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Kehilangan P. Ramlee dalam dunia seni amat merugikan kerana bidang seni tanah air makin hilang nilai-nilai mendidik jiwa bangsa seperti cerita P. Ramlee.

    BalasPadam
  23. innalillahiwainailahira'jiun...ingat lagi masa dia berlakon dlm drama mat despatch..

    BalasPadam
  24. tribute to the late Shukery Hashim
    Al-Fatihah.........

    BalasPadam
  25. al-fatihah kepada arwah syukri hashim...semoga roh nye di cucuri rahmat dan di tempat kan ke dalam golongan orang2 yang beriman...amin...

    lakonan nye sgtt mantap...
    boley berlakon dalam bnyk watak...
    suke tgk arwah berlakon dlm cinta gila...

    BalasPadam
  26. saya suka dgn arwah shukri hashim..die berlakon best..lagipun arwah shukri nih kawan ibu saya masa pegi haji tahun 2005..masih teringat gelak ketawa arwah..

    BalasPadam
  27. salam... w/pun dah lambat..tp
    al-fatihah buat arwah...
    suke tgk dia berlakon...
    bila dah xda kat depan mata br rase kehilangan kan... ajal maut smua DIA yg tentukan... doakan yang terbaik buat arwah... w'salam

    BalasPadam

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!