TIPS CINTA ZED ZAIDI? ( TIPS PERTAMA )
2:11:00 PTG- Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.
- Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
- Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
- Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali mengatakan kamu tak mencintainya lagi jika, kamu masih tidak dapat melupakan.
- Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
- Cinta itu suci, mahal, dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
- Cinta tak kira dimana dan apa yang dilakukan, ia sentiasa teringat kepada orang yang dicintai, Seolah olah fikirannya tidak berupaya memikirkan perkara lain.
- Percintaan penuh dengan percubaan. Tidak pernah bebas dari penderitaan, kebimbangan dan ketakutan. Dunia cinta juga dipenuhi dengan keindahan, kemesraan dan kenikmatan.
- Cinta itu boleh datang tanpa disedari dan kita akan membelai dan bajainya supaya ia semakin utuh tapi pernah tidak kita fikir cinta juga boleh merubah segala-galanya.
- Percayalah kekasihku walaupun kau jauh beribu batu di bumi eropah aku akan tetap setia menantimu jika diizinkan tuhan. AKU CINTA PADAMU!.
SYUKRI HASHIM DALAM KENANGAN.....
3:41:00 PGAku dapat sms tengahari semalam 10 jun 2009 pukul 2pm di kota bharu kelantan. Masa tu aku tengah lunch dengan bisnes bisnesman yang kaya kaya dengan pihak RHB BANK. RHB BANK la.. yang belanja company aku makan sekali disebabkan company aku banyak kasi bisnes kat diorang. Borak borak borak dapat la sms dari ARASH MOHAMMAD yang sms dia berbunyi macam
Bila aku baca sms aku TERKEJUT! aku rasa baru je habis shooting dengan ARWAH tapi bila aku dapat msg macam tu aku TERKEDU. Terus aku telepon ARASH tanyakan kesahihan cerita ni.. rupa rupanya betul... ARASH suruh aku pegi tengok arwah dan suruh contact DEN WAHAB sebab DEN WAHAB ada bersama sama dengan arwah di HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR.
Aku sebenarnya rasa RALAT sangat masa arwah sakit, bila arwah dapat tahu kena CANCER di HOSPITAL SELAYANG aku tak dapat jumpa arwah disebabkan aku SHOOTING luar dari KL. Bila aku di KELANTAN semalam memang niat dihati, aku memang nak melawat arwah.. tapi tak kesampaian HAJAT aku di TOLAK sampai arwah dah di KEBUMIKAN di TANAH PERKUBURAN AU2 KERAMAT dekat dengan rumah MAK aku. Jadi bila berkesempatan nanti aku akan menziarahi kubur arwah. Marilah kita disini sedekahkan AL-FATIHAH kepada ARWAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT AL-FAAAATIIIIHAAAH..... :(
MAAF PADA YANG TERASA MELALUI BLOG ZED ZAIDI..
3:51:00 PTG
29 MAY 2009 - JUMAAT, 5.27 Pm Pulau Pangkor - updated blog Pakai Hp blacberry! : perggg... penat TOK!!!.. aku masih di lumut perak... shooting 24 episod for RTM drama "TERATAK MAHLIGAI" bersama pelakon ZIZAN NIN YANG SEWEL ( opss.. jangan marah zizan aku cuma gurau takut kang ada yang termakan hati lagi.. hahaha.. ) bagi aku orang tak boleh bergurau ni, orang yang tak boleh di jentik sikit, malah pandangan aku la.. dia seorang anak MANJA! *wink! , siapa lagi eh.. KAK CHIK, NISHAR DIR, ARASH, NADIA MUSTAPAR, DIAN P.RAMLEE, NABILA dan bla..bla..bla... lagi.. :)HUH! sekian lama mengharungi... dugaan sebagai seorang artis dari KONTROVERSI, GOSIP, KRITIKAN dan bla..bla..bla.. , aku masih tetap tabah!. Nak jadi seorang ARTIS ni kena sanggup hadapi RISIKO.. sebab bila jadi ARTIS banyak CABARANNYA.., itu baru kita sorang je, belum kita BERKAHWIN lagi?, kalau dah BERKAHWIN nanti bertambah? tambah.. tambah! "tambah" la... cabaran dan dugaannya.. jadi, biar la kita belajar dari susah.. belajar lah terima kritikan.. bagi aku la.. kritikan ni bagus buatkan kita lebih matang, belajar dari kesilapan.. dan juga buatkan kita lebih PROFESIONAL! hah! kalau tak sanggup nak terima semua tu.. JANGAN LA.. JADI ARTIS!!! jadi je pegawai BOMBA ke? POLIS ke?.. betul tak? itu pun, kena kritik juga kalau buat keje lambatkan? GOTCHA!!! *wink! :P
Dah.. malas aku nak cerita semua tu.. bagi aku.. benda yang dah berlalu, biarkan ia berlalu.. aku mahu terus memandang kehadapan. Kalau semalam aku buat silap, hari ni takan berulang kembali.. dan semalam aku buat salah? lupakan!, mulakan hari baru hari ini! yey! itu lah.. sifat aku yang sebenar! hidup kena KEWL BEB! jangan nak jadi HERO! jangan jadi TAMAK dengan KEKUASAAN dan rasa DIRI BERKUASA BAI! takut menunjukkan kelemahan nanti.. PANAS BARAN! terkeluar ops!! malunya orang dah tau? huhuhu... kalau dah rasa DIRI BERKUASA! jangan terlalu TAKSUB dengan KUASA! sebab takut tergolong dalam orang-orang yang "SYIRIK" bagi aku ALLAH lagi MAHA BERKUASA! :) *wink!.
Hari ni aku rasa diri dalam keadaan tenang.. dan rasa releks sangat sebab takde tekanan lagi.. kalau ada , aku rasa bukan aku yang MENGISUKAN mungkin orang yang tak berapa BIJAK yang membesarkan isu ini! jadi biarkan. shu..shu..shu.. aku tiup supaya benda benda BODOH!!! di depan aku ni berlalu pergi.. sebab aku taknak jadi orang yang BODOH!!! melayankan pekara pekara BODOH!!! lagi.. :) argggghhhhhhhh...gggghhhhhh...!!!!!!!!, saje je jerit bagi tension hilang! hehehe.. :P *wink!
Aku nak mintak maap pada semua orang tak kira la.. orang yang aku tersebut nama sebelum ni .. orang yang terbaca, orang yang terkomen dalam blog aku... supaya dapat memaapkan kesalahan aku yang lepas dalam BLOG aku ni. Bukan aku sengajakan tapi tak disengajakan.. disebabkan aku ni penulis.. tahap beginner lagi! jadi maapkan la aku ye! hahaha... biasa la.. banyak yang aku perlu belajar dalam penulisan... sebab tu, aku belajar dari kesilapan.. sedangkan NABI ampunkan UMAT ini pulak kita manusia biasa.
Baru aku tahu.. ORANG POLITIK pun berkempen melalui BLOG hahaha... terasa kelakar pun ada..BUKAN PELIK? TAPI BENAR! kesan BLOG pada generasi sekarang sangat RELEVAN! jadi, pastikan korang ada BLOG! ZAMAN CYBER BEB!, dan dari sini lah.. aku baru tau.. KEKUASAAN BLOG ni macam mana, MENTOR BLOG aku adalah EIZLAN YUSOF.. aku masih berbincang nak kumpul dan buat KOMUNITI BLOG ARTIS nanti... bersama EIZLAN YUSOF.. insyallah... kalau takde arah melintang akan menjadi keyataan! yeh! semangat juang yang tinggi! hahaha..!! Pada aku la.. pesan aku pada korang, rasa nak kritik tu kritik la... aku NO HAL!!! punya.. aku nak jugak tahu kelemahaan aku... boleh la aku improve lagi pasal diri aku ni nanti dari masa ke semasa. Aku jenis yang boleh menerima kritikan, dan tak mudah MELENTING!!! sebab bagi aku MENGKRITIK TAK SEMESTINYA MEMBENCI! :).
"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)
SYAMSUL MARAH ZED?
2:12:00 PTG
22 may 2009 selepas solat jumaat aku terus je nak menulis mengenai perjalanan blog aku. Macam biasa hari ni hari jumaat aku pi solat kat MASJID GHUFRAN dekat dengan taman tun dan juga dekat dengan umah aku damansara perdana.. dan jugak dekat dengan kg sg penchala, ala... kalau korang tau MOFAZ n INGRESS AUTO BMW tu dekat situlah.. masjid tu atas bukit. :) pada kaum laki jangan lupa kita sebagai lelaki 3 kali tak solat jumaat takut terkeluar dari islam. so renung renungkan ok. :)
Baiklah lah.. hari ni aku nak bercerita pasal SYAMSUL DATUK YUSOF HASLAM. Banyak dah aku dapat feed back dari para blogger, chatters dan lain lain yang sewaktu dengannya.. mengatakan SYAMSUL kurang GEMAR dengan BLOG aku. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia BENGANG dengan aku. Aku ni di anggap PELANDUK.. di kelilingi oleh GAJAH takut PELANDUK mati ditengah tengah :) Dengan diri aku ni.. aku sedar.. dengan SYAMSYUL macam LANGIT dengan BUMI. Siapalah aku ni...
Aku menulis.. ikut peribahasa "KALAU TAKDE ANGIN TAKAN POKOK BERGOYANG" betul tak? sama jugak dengan penulis penulis lain.. walau kata " OFF RECORD" pun, masih keluar jugak artikel tu, JUJUR ke tu?. Dalam penulisan aku ni aku memang suka bersikap JUJUR dan TELUS, tapi apa kan daya.. aku ni di didik "HOPE FOR THE BEST, EXPECT THE UNEXPECTED" sentiasa berbaik sangka "HUZNUZZAN" disebalik apa juga yang akan terjadi pasti ada hikmahnya. :) JUJUR salah, TAK JUJUR pun salah. :P
Aku ni nak jadi penulis yang BIJAK aku mahu akal aku tak senteng, tak dangkal, tak pendek. (eg: Oh Bulan!, Oh Bintang!, Oh Bangang!- pinjam dari blog aqasha ) dan aku tak mahu menulis "TEPUK AIR DI DULANG MERECIK KE MUKA SENDIRI" cukup di sini aku menunjukan DIRI AKU! siapa yang membaca BLOG AKU, mereka sendiri dapat menilai sifat aku yang SEBENAR! sama ada AKU ni seorang yang kuat membaca buku atau disebaliknya?Yaaa!! Kenal-kenallah dengan diri sendiri. Wallahualam , Awaluddin Ma'rifatullah.
Banyak dah aku melalut ni, ok.. untuk pengetahuan korang YA! memang SYAMSUL MARAH dengan AKU mengenai artikel dalam BLOG aku ni. AKU dengan SYAMSUL sudah pun BERSMS dan berbincang dengan pekara ni. Jawapanya adalah POSITIF! aku mengenali SYAMSUL ni dah lama dah.. masa aku masih berlakon dibawah SKOP PRODUCTIONS lagi. :) aku pernah berbincang dengan SYAMSUL mengenai masa depan skop production, bila mana syamsul sendiri akan mengambil ahli teraju dari bapa dia. SYAMSUL becerita mengenai cara pentadbiran bila dia di beri mandat untuk menerajui SKOP PRODUCTION secara MUTLAK!
SYAMSUL menceritakan pada aku, tak silap aku la.. masa shoot filem SEMBILU 2005 dengan misi dan target dia. :) aku terkedu. sebab aku rasa dia seorang pemuda yang HEBAT! dia jugak telah membuktikan pada semua orang yang dia sudah berjaya pada hari ni dengan cara dia sendiri! SYABAS BRO!. Terus terang aku katakan dekat sini aku tak pernah IRI HATI pada dia pun. sebab aku sendiri tak minat mengarah, tak minat nak menulis skrip dan kalau aku tak berlakon aku masih ada PERNIAGAAN SENDIRI!
Jadi TOLONG jangan jadi BATU API! bagi aku dekat sini aku cuma nak ingatkan kepada orang yang menjadi BATU API! ini
- 1st of all, lu mengajar berapa juta rakyat Melayu Malaysia untuk fikir senteng macam lu.
- 2nd of all, lu kasi impact pada bangsa lain yang Melayu ni memang bangsat macam lu.
- 3rd of all, gua memang tak suka orang bodoh yang menyibuk macam lu.
- 4th of all, gua rasa Fir'aun pun tak bongkak macam lu.
(petikan dari blog aqasha aku cuma pinjam)
masih ada dalam dunia ni orang di anggap LALANG! dan cuba melagakan sesama manusia itu sendiri. Cuba bermain dengan api kecik disimbahkanya lagi dengan MINYAK PETROL! manusia jenis apakah ini? Janganlah sematkan semangat PHD ( PERASAAN HASAD DENGKI ) ok. Siapa yang makan cili, gigi dialah yang terselit biji!
Dalam SMS dengan SYAMSUL, dia sms yang dia tak kisah dengan gosip, kutukan, kontroversi sebab dia anggap semua ni macam sampah, yang pasti dalam diri dia bertekad untuk terus maju kehadapan. BAGUS BRO! aku sokong kau. "MENGKRITIK TAK SEMESTINYA MEMBENCI" :) dalam bersms dengan dia lagi, aku boleh lihat dengan kematangan SYAMSUL. Dalam masa yang sama aku ingin mengucapkan TAHNIAH pada SYAMSUL yang mana FILEM arahannya BOHSIA telah mendapat BOXOFFICE dan KEJAYAANnya aku di susuli oleh EVOLUSI KL DRIFT 2!
Sememangnya aku berbangga dengan kejayaan SYAMSUL dari mula aku kenal sampai ke hari ni, satu satunya pengarah muda yang BERANI membuat FILEM-FILEM aksi! dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Oh ya! aku lupa belum terlambat bagi aku sebagai kawan mengucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 25! pada 21 MEI 2009 khamis, semalam, semoga panjang umur dan di murah REZEKI BRO! :)
Aku suka berkawan aku tak suka mencari lawan... aku suka orang menyanyangi aku, dan aku tak suka orang memusuhi aku. aku masih ingat kata kata SEMANGAT yang masih segar dalam kepala aku ni
BUILDING FRIENDSHIPS
you can make more friends in two months
by becoming intrested in other people
than you can in two years
by trying to get people interested in you.
"DONT REGRET ANYTHING THAT EVER MADE U SMILE!" :)
